Friday, April 17, 2009

Pork MIxtrad 30 dan daun Bongor.

Pork Mixtrad 30 ialah sejenis Insulin yang digunakan kepada pesakit kencing manis yang diambil daripada penkreas babi.Ia juga dikenali sebagai porcine Insulin.Pesakit kencing manis jenis yang pertama(type 1) akan menggunakan insulin ini seumur hidup.

Sampai bilakah kita akan menggunakan sumber yang haram ini sebagai ubat? kajian pengubatan yang lebih serious perlu dilakukan bagi mencari dan menghasilkan ubat-ubatan daripada sumber yang halal.Dalam keadaan kritikal kita terpaksa menerima juga insulin ini bagi menjaga kemudaratan yang lebih besar.

Persoalannya,apakah Allah yang mencipta penyakit tetapi tidak menyiapkan ubat dari sumber yang halal? Bukankah Rasullulah saw bersabda dengan maksud yang jelas bahawa Allah tidak mencipta ubat dari sumber yang haram.

Marilah kita memulakan pencarian ubat yang halal menggantikan porx Mixtrad ini.Salah satu herba yang telah dikenal pasti ialah daun Bongor yang menghasilkan 6.6 unit plantisol yang mempunyai aktiviti kimia sama seperti insulin.Mudah-mudahan herba ini akan menjadi pilihan disuatu hari nanti.InsyaAllah.

Kencing Manis,hati dan buah pinggang.

Perlu diingatkan dalam perawatan kencing manis kita bukan sahaja berusaha menurunkan glukos dalam darah tetapi perlukan perawatan bersepadu kepada organ-organ yang lain seperti hati dan buah pinggang.

Bagi mengelakan kerosakan buah pinggang kita menggunakan Alac/malac disamping penggunaan teh herba untuk penjagaan hati.Bila kedua-dua organ ini rosak pengubatan herba sukar dilakukan.Pesakit boleh diserang dengan teruk malah akan menyebabkan kerosakan total seluruh badan.

minyak VCO.

Minyak ini dihasilkan tanpa pemanasan tetapi melaui kaedah “minyak pancing minyak”.Minyak asli VCO dimasukan dalam santan dan dibiarkan beberapa lama.Kesanya ,santan akan bertukar bentuk menjadi minyak yang dikenali sebagai minyak VCO.Kelebihan yang ketara ialah untuk perawatan tairod dengan pengambilan VCO dalam bentuk soft gel (2 x 3) selama 3- 6 bulan disamping kapsul senggugut (3 x 3).Minyak VCO juga boleh memberikan tenaga segera selepas 10 minit mengambilnya.Ia juga dapat digunakan sebagai antibiotic kepada kanak-kanak demam disamping memperbaiki pencernaan

Minuman roselle.

Lukimia boleh disembuhkan dengan teh roselle.Sudah banyak penelitian menunjukan kesan positif herba ini dengan pesakit kanser darah(lukimia) walaupun kesan kesembuhannya akan berlaku secara beransur-ansur.IRoselle digunakan diseluruh dunia dan terdapat persamaan data terhadap kesannya kepada penyakit lukimia.

Saya juga percaya ianya baik digunakan untuk penyakit-penyakit yang ada hubungan dengan darah seperti darah tinggi,kurang darah,telesemia,Lukimia dan hemofelia.Walaupun kita masih belum mempunyai data-data yang menyokong kuat tetapi beberapa kes awal yang sembuh cukup memberi harapan kepada penyakit diatas.

Warna roselle juga seperti darah merah yang sangat terang walaupun dimasukan dengan air sejuk.(jangan menggunakan air panas kepada teh roselle).Penggunaan air panas akan memusnahkan khasiat teh roselle.

Hidung tersumbat

Masalah hidung tersumbat boleh diatasi dengan garlic dan teh serai.Sinergi ini mempunyai kesan “ekspectoran”pencair kahak dan sangat baik bagi mereka yang batuk .Kesan adanya kahak itu menjadikan pesakit penat dan susah bernafas.Herba ini juga akan mengawal pengeluaran lendir dari rongga hidung,bersin-bersin yang mengakibatkan masalah resdung.

Serai yang biasa digunakan ialah serai kampung bukanya serai wangi kerana serai wangi mengandungi minyak sari yang banyak dan boleh menyebabkan berlakunya iritasi dalam perut.

Periksa gigi dahulu.

Amalgam ialah tampalan gigi yang boleh menyebabkan keracunan kerana ia mengandungi mercury. Apabila tampalan itu pecah keracunan mercuri akan mengakibatkan kemandulan,keracunan darah,sakit seluruh tubuh,kaku sendi,pelupa,sukar tidur waktu malam,fikiran terganggu dan lain-lain lagi.Amalgam juga boleh menyebabkan telinga menjadi berdesing dan pesakit mendengar suara seperti orang berbisik.

Kaedah yang mudah bagi membuang logam berat ini ialah menggunakan deep C dalam bentuk air(sangat pahit) atau boleh juga dalam bentuk kapsul(produk baru).Disamping itu ia juga boleh disinergikan dengan omega 3,herba tuju angin,pelawas dan teh sepang.

Kesan amalgam juga boleh menjadikan sesaorang itu hilang kawalan diri dan mengalami tekanan perasaan.Dalam pengubatan Melayu pula mereka mengaitkan dengan gangguan makhluq halus kerana penyakit ini tidak dapat dikesan oleh doctor.Jika ada orang yang mempunyai penyakit seperti diatas sebaiknya periksalah dahulu giginya kerana kemungkinan ada tampalan amalgam yang telah pecah .

Herba-herba untuk prostat.

Bila prostat membengkak ia akan menjadikan saluran kencing tertutup.Air kecil sukar dikeluarkan dan pesakit akan terasa kesakitan yang amat sangat.Terapi di hospital ialah menggunakan tiup yang dimasukan melalui saluran kencing.Prostat yang asalnya hanya 8 gm kini membesar menjadi 100 gm.Jika peradangan ini dibiarkan ia akan menjadi kanser dan merbahaya.

Bila berlaku pembengkakkan prostat jauhi makanan berlemak dan daging.Makanan yang bergoreng dengan minyak juga perlu dijauhi dan lakukan riadah di waktu petang.Tekanan juga boleh menyebabkan pembengkakkan prostat .

Herba utama yang dicadangkan ialah shark cartilage(buka 2 kapsul,masuk dalam gelas di bancuh bersama air suam 3 kali sehari).

Selain daripada itu boleh menggunakan produk HPA yang lain seperti :-

1. Grapeseed oil soft gel

2. Minyak zaitun soft gel

3. Flaxseed oil soft gel

4. Omega 3.soft gel

InsyaAllah masalah prostat boleh diatasi dengan berkesan.

Jem Nenas.

Kelebihan jem nenas HPA ialah kerana ia mengandungi madu dan nenas pilihan.Tidak ramai yang mengetahui bahan bromelin dalam nanas, ubat yang sangat baik untuk buasir,menjadi pelawas dan mengurangi sakit buasir yang telah keluar.Selain daripada itu ia digunakan untuk reumatik,osteoarthritis dan rematoid arthritis.

Biarkan makanan menjadi ubatmu dan ubat menjadi makananmu.

Bila air laut menjadi pasang.

Bila air laut menjadi pasang besar menandakan kedudukan bulan semakin dekat dengan bumi.Hormon dalam tubuh pun turut berubah.Orang yang mengalami gangguan mental menjadi-jadi ketika bulan penuh.Bulan sempurna penuh pada 15 haribulan .Didalam hadis yang berhubung dengan hijamah , Rasulullah saw menyuruh berbekam pada 17,19 atau 21.kesemuanya ini mempunyai hubung kait dalam dunia pengubatan.Penyakit darah tinggi yang sukar turun darahnya perlulah dibekam.Namun bagitu jika berbekam bukan pada tarikh tersebut tekanan darah tetap tidak akan turun.Oleh sebab itu pilihlah waktu yang tepat jika mahu melihat kejayaan pengubatan melalui Hijamah .InsyaAllah.

Wednesday, April 15, 2009

UFO atau Tengelong?

Saya mengambil sedikit masa untuk bercakap tentang sejenis makhluk yang kami panggil di Utara sebagai nama "tenggelong".Mungkin kalau wartawan datang kedaerah kami dan mengambil gambarnya sedikit sebanyak dapat menyingkap misteri UFO di Johor baru-baru ini.

Ia sejenis makhluk terbang seperti bola api berwarna dan kebiasaanya warna putih terang macam bulan.Sering terbang berdua-duaan iaitu berpasangan dan muncul terutama pada malam hari atau waktu senja.Ia juga biasa terbang lebih rendah bila musim hujan sehingga kawasan pokok padi akan nampak terang walaupun malam gelap.Ramai orang kampung yang menyaksikan makhluq ini dan kami tak pernah menganggap ianya sebagai perkara pelik atau yang menakutkan.

Tenggelong juga dikenali sebagai tuju-tuju oleh sesetengah orang.Saya sendiri pernah dua kali bertemu dalam jarak yang dekat tidak sampai 3 meter dan kemudian dia akan menghilang.Pernah suatu malam saya memberhentikan kereta (isteri menunggu didalam) dan keluar untuk mengambil gambar dengan kamera saya yang agak canggih.Tapi tak sempat dia lebih cepat menghilang.Nanti bila saya berada dikampung saya akan cuba mendapatkan gambar-gambarnya bagi tontonan umum.Apakah Tenggelong ini sama dengan UFO?Apakah UFO itu dari bangsa Jin? apapun jawapanya manusia lah yang menjadi khalifah diatas muka bumi ini dan jangan ada orang yang mengaku boleh menangkap jin pula kerana kelebihan itu hanya diberikan kepada Nabi Sulaiman as.

aqidah herbalis Muslim.

Riddah

Ertinya terkeluar daripada Islam dalam keadaan tidak sedar melalui iktikad, perbuatan mahupun ucapan. Oleh itu berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu perkara apatah lagi apabila timbul perbahasan tentang ugama sedangkan keilmuan yang kita miliki adalah sikit. Banyakkan merujuk kepada ulamak yang dikatakan Nabi SAW sebagai “pewaris para Nabi”.

Kematian

Kematian merupakan kiamat kecil dengan kegoncangan yang sangat kuat dirasai oleh orang yang akan mati. Kiamat sebenar pula berlaku kegoncangan kepada seluruh alam yang maha dahsyat.Kematian juga merupakan pintu pertama bagi memasuki alam akhirat.

Husnul Khotimah

Mati dalam keadaan beriman kepada ALLAH dinamakan Husnul Khotimah sementara mati dalam keadaan durhaka dinamakan Su’ul Khotimah.Kita perlu memohon kepada ALLAH agar dimatikan dalam keadaan Khosnul Khotimah. Kematian dalam keadaan redha dan diredhai.

Suasana di Mahsyar

Keadaan di Padang mahsyar sangat azab tenggelam timbul di dalam peluh masing-masing kecuali mereka yang dapat bernaung dibawah Arash Allah. Mereka mencari siapakah yang dapat berdoa bagi mempercepatkan hisab.Tidak ada seorang nabipun yang sanggup memberikan syafaat ini melainkan Rasulullah SAW.

Melintas Titian Sirat

Setiap manusia akan melintasi titian ini dalam keadaan tertentu mengikut amalan masing-masing. Di kiri dan kanan terdapat cakuk dari api neraka yang akan menarik orang-orang berdosa jatuh satu persatu ke dalam neraka di bawahnya. Keadaan orang yang melintas titian ini bergantung kepada amalan masing-masing. Nabi Muhammad SAW adalah orang yang pertama melintasi titian ini.

Keutamaan Diam

Banyak bercakap merupakan kecelaan apabila yang dicakapkan itu perkara umpatan, perihal orang lain, mencela sesama Muslim, menjadi batu api dan lain-lain lagi sehinggakan terdapat satu hadis yang menyatakan “barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat hendaklah dia bercakap yang baik dan kalau tidak ada hendaklah ia diam”

Keutamaan Jiran

Islam sangat mementingkan hubungan antara muslim terutama kaum kerabat dan jiran-jiran. Ini dinyatakan dalam hadis “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan jirannya.” Nabi juga ada menyatakan “hampir-hampir aku menyangka jiran mempunyai hak terhadap harta pusaka.” Menjaga hak jiran bererti menjaga hubungan dengan jiran agar jangan sampai bermasam muka.

Ucapan Riddah

Menyatakan semua ugama adalah benar merupakan ucapan yang menyebabkan Riddah. Tidak ada ugama yang benar selain daripada Islam. Itulah sebab kenapa turunnya penegasan ALLAH dalam surah Al-Kafirun. Namun begitu Islam memberikan hak kepada seseorang bagi memilih ugama yang diyakininya. Hukuman bunuh akan dijatuhkan kepada orang yang keluar ugama (murtad).

Fahaman Sekular.

Satu lagi fahaman sesat yang memisahkan ugama dengan aktiviti kehidupan harian. Islam hanyalah ibadat di masjid dan tidak ada kena mengena dengan politik, ekonomi dan pentadbiran negara. Fahaman ini merupakan ajaran dari ugama kristian yang memisahkan gereja dan pentadbiran negara.

Aqidah herbalis Muslim.

Peraturan ALLAH sesuai dengan sebarang zaman

Apa juga asas kemajuan sesuatu zaman mestilah mengikut kehendak ugama bukannya memaksa ugama diubah bagi menyesuaikan dengan zaman. Bila ALLAH menentukan wanita menutup aurat wajib dilakukan walaupun zaman dikatakan moden.

Kecintaan pada Nabi SAW

Sempurnanya keimanan kepada Rasulullah SAW ialah apabila kita meletakkan kecintaan pada Nabi SAW melebihi dari diri sendiri. Ini bererti dalam mempertahankan Nabi SAW atau ajaran Nabi SAW seseorang itu sanggup mengorbankan diri dan apa yang ada padanya seperti yang telah ditunjukkan oleh generasi Para Sahabat.

Ucapan Riddah

Kata-kata yang memprotes mana-mana peraturan yang diketahui datangnya dari Islam seperti berkata “orang perempuan tidak perlu dibungkus-bungkus pada zaman moden ini.” Ucapan ini boleh menyebabkan berlakunya Riddah. Ucapan seumpama ini sering kita dengari datang dari saudara-saudara se-Islam dengan kita yang tidak pernah mempelajari pengertian tauhid yang sebenarnya. Wajib kepada kita membetulkannya.

Aqidah herbalis Muslim

Sebagai seorang herbalis Muslim wajib padanya memahami perkara-perkara asas dalam Ugama kerana pesakit perlu dibimbing agar jangan sampai aqidahnya menjadi cacat.

1. Tauhid

Tauhid terbahagi kepada 3 iaitu tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’wa sifat. Kesempurnaan aqidah seseorang itu ialah apabila ia mempunyai ketiga-tiga tauhid ini. Orang-orang kafir hanya beriman dengan tauhid Rububiyah sahaja tetapi mengingkari dengan tauhid yang lain. Oleh sebab itu memahami ketiga-tiga jenis tauhid ini sangat penting agar benarnya aqidah kita.

2. Hukum meninggalkan solat

Pada umum hadis menyatakan “barangsiapa yang meninggalkan solat, kafirlah ia dengan nyata.” Hadis ini diperbincangkan dengan panjang lebar oleh ulamak menunjukkan betapa pentingnya solat. Cukuplah kita berpegang dengan zahir hadis agar solat itu terjaga amalannya.

3. Hukum Allah

Wajib bagi seorang muslim menerima 100% setiap hukum yang telah ditentukan oleh ALLAH tanpa berdalih dengan seribu alasan. Mustahil bagi ALLAH yang menciptakan langit dan bumi memerintahkan sesuatu hukum yang tidak sesuai dengan zaman hari ini

Sijil Herbalis ke 16

Program sijil ini akan diadakan pada 11/5/09 hingga 31/5/09 bertempat di Sungai Petani Kedah.Ianya melibatkan team pensyarah yang terdiri daripada:-

Pengarah Urusan,En Jafri,Ustaz Ahmad Adnan,Dr Savitri,Dr Sri Septriyani,Ust Jamaludin,Dr Zaidul Akhbar,PJS Azizan,PJM Sharifah Sulaiman dan Bapak Sunaryo.

Pelajaran : Perawatan Islam,Ruqyah,perubatan jawi,Fisiologi dan patofisiologi,Diagnosis tapak tangan,herbalogi,iridology,diagnosis nadi dan lidah,al- hijamah,kiropraktik,akupunture,Nutritional healing dll.

Mereka yang berminat segera menghubungi bahagian latihan kerana tempat adalah terhad.Pembiayaan makanan dan tempat tinggal sebanyak rm2500 .Mereka yang berminat boleh hubungi cawangan-cawangan HPA diseluruh Malaysia.

Berguru dengan Allah.

Saya telah dihadiahkan oleh sesaorang dengan sebuah buku yang bertajuk “Berguru dengan Allah”.Buku ini mengajar beberapa method bagaimana mendapatkan kaedah untuk berdialog dengan Allah pada setiap persoalan hidup.Di selitkan beberapa nas Al-quran bagi tujuan rujukan kepada kaedah ini.

Bagi saya buku ini sangat mengelirukan kerana aliran pemikiranya hampir sama dengan gulungan anti-hadis dan agama Budha.Keunggulan petunjuk dari hadis atau sunnah langsung diketepikan seolah-olah ugama itu boleh didapati dengan cara merenung dan meditasi sahaja.Bukankah pengakuan ini sama seperti pengakuan “Gautama Budha”(pengasas budhisme) yang menyatakan bahawa dia telah mendapat petunjuk terus dari tuhan.

Buku “berguru dengan Allah” akan memberikan kesan bahawa ilmu itu tidak perlu dituntut,tidak perlu petunjuk Rasul,tidak perlu petunjuk Al-Quran dan akhirnya hidup beruzlah meninggalkan ugama yang dibawa oleh Rasulullah saw dalam bentuk muamalat,jinayat,munakahat dan ibadah.Buku ini bagi saya tidak boleh dijadikan panduan selagi ianya tidak berpegang kepada Al-quran dan hadis.Kesannya akan menjadikan sesaorang itu ragu-ragu terhadap apa jua ibadatnya termasuklah dalam solatnya.

Maksud hadis Nabi saw.

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selagi kamu berpegang kepadanya kamu tidak akan sesat sama sekali iaitu al-Quran dan sunnahku”.

Pengubatan Herba.

Berkata Imam Malik “ Seiap orang dapat diterima pandanganya dan dapat ditolak kecuali (pandangan atau pendapat) Nabi saw”.

Pengubatan herba merupakan sekumpulan penelitian dari orang-orang yang terdahulu terhadap sesuatu penyakit.Ada yang menulis dalam buku-buku catatan tetapi kebanyakannya diperturunkan tanpa catatan yang jelas.Ilmu ini kian hilang dengan meninggalnya generasi ini dan gulungan muda pula tidak berminat untuk mengkajinya kembali.Banyak herba-herba yang sudah tidak dikenali oleh generasi muda dan mereka mengambil jalan mudah dengan mendapatkan rawatan di hospital.

Saya sama sekali tidak menolak pengubatan moden hari ini malah berterima kasih atas kajian ilmiah yang mendalam terhadap sesuatu penyakit namun bagitu pilihan ubatan kimia bukanlah sesuatu yang tepat pada setiap masa.Herba boleh diambil sebagai komplimentari atau pelengkap bagi tujuan pengubatan.

Apa yang saya fahami, tubuh tidak boleh dibiarkan terlalu bergantung kepada ubatan kimia semata-mata sedangkan pengubatan herba yang lebih sedikit atau tidak ada langsung kesan sampinganya ditinggalkan.saya juga memiliki pengalaman yang cukup meyakinkan sekiranya herba diletakan pada tempatnya ianya akan menjadi altenative medicine dan porpular seperti ubatan moden hari ini.

Penyakit-penyakit kronik(menahun) sangat sesuai diberikan herba jika dibandingkan dengan penyakit acute(segera) kerana tindakan herba sangat perlahan dan memerlukan masa yang panjang.Namun bagitu kecekapan mendignosis dan mensinergikan herba yang betul merupakan kekuatan yang ada pada herbalis yang tidak ternilai kepakaranya.Kalau tidak masakan mereka dijadikan “sifu-sifu” rujukan oleh doktor-doktor moden terutamanya di China.

Friday, April 10, 2009

Pokok Beremi dan teh serai.

Hari ini ada berita tentang pokok beremi dalam Utusan malaysia atau dikenali sebagai pokok sembilang"Pokok ini mempunyai rupa yang sama seperti pokok urang aring atau pokok kermak itik namun ia tumbuh ditepi laut bukan di tanah kebun.Ia termasuk dalam jenis herba sejuk yang memberi kesan "expectorant" iaitu peluruh kahak.Baik untuk paru-paru terutama mereka yang menghisap rokok.Kahak yang mengental membaluti paru-paru menyebabkan penafasan terganggu.Bila oksigen tidak dapat diambil sepenuhnya ia akan menyebabkan batuk,penat,sakit kepala dan sakit sendi.

Terima kasih pada badan pengurusan Persatuan Nelayan Kuala kedah yang telah bersedia membekalkan pokok beremi pada HPA untuk diedarkan.HPA mengedarkannya dalam bentuk jeruk dimakan bersama nasi.Ia juga menjadi penyedap makanan.Selain daripada pokok beremi serai juga mempunyai kesan "expectoran"yang berkesan.HPA juga mengeluarkan teh serai untuk orang yang batuk berlendir.

Tuesday, April 7, 2009

Minuman elg.

Minuman elg merupakan salah satu produk herba dalam bentuk uncang(sachet) teh .Ia dibuat 100 peratus dari daun kaca beling matang .Selain digunakan untuk tujuan melawaskan kencing,darah tinggi,gout dan batu karang,HPA menggunakan teh elg untuk tujuan anti kanser,atau anti ketumbuhan serta resdung yang serius.Jika produk corcinium mungkin agak panas kepada sesetengah orang berbeza dengan minuman elg yang bersifat dingin.Dalam penggunaan harian ada juga masyarakat yang menggunakan herba ini untuk demam panas.Apapun elg sangat baik digunakan sebagai minuman harian untuk kesihatan.

Saturday, March 21, 2009

Gastrik

Testimoni yang banyak juga kita terima dari pengidap gastrik yang sembuh dengan pengamalan herba tuju angin dan pelawas.Herba tuju angin menggunakan sejenis pokok teja(sama keluarga dengan kulit kayu manis)yang berkesan untuk gastrik dan penyakit kencing manis.Ini juga membuktikan bahawa herba mampu menggantikan ubatan gastrik masakini.Pelawas pula berfungsi untuk mengeluarkan semua hampas yang tidak perlu melalui usus besar agar tidak berlaku penapaian dan pembentukan gas akibat sembelit.Selain daripada itu kapsul Radix juga mempunyai sama fungsinya malah membekalkan sumber tenaga segera seperti kopi radix.Kedua-dua produk ini telah diluluskan oleh kementrian kesihatan sejak tahun 1997 lagi.

Senggugut

Sakit ketika kedatangan haid boleh disembuhkan dengan mengambil sinergi seperti dibawah:
1. Paramaria - 2 X 3
2. Tuju angin - 2X 3
3. Senggugut - 2 x 3

InsyaAllah senggugut tidak akan berulang dan banyak testimoni yang diberikan oleh pengguna sehinggakan kita boleh katogorikan sinergi ini sebagai sinergi yang mempunyai keberkesanan melebihi 90%.Disamping itu juga terdapat kes ketumbuhan seperti fibriod yang menjadi semakin kecil.Biiznillah.

Friday, March 6, 2009

Musim hujan

Musim panas akan berakhir diutara dan kini kita sedang melangkah kemusim hujan.Pertukaran cuaca ini banyak yang akan demam,sakit tekak,selsema,sakit-sakit sendi dan lain-lain lagi.Oleh itu kuatkan imuniti dengan pengambilan kopi radix campur madu dan jika telah demam ambil spirulina kapsul (5 x 3).Boleh juga menggunakan spirumadu tetapi jangan terlalu banyak cukup sehari 3 sudu(3 kali).Jangan minum air ais dalam musim bagini keran ia akan menyebabkan penyakit menjadi parah dan suara hilang.Buah-buahan seperti tembikai,mangga dan cendawan dikurangkan.Penggunaan IMT sangat berkesan dalam saat ini tetapi perlu diambil dengan teh roselle.InsyaAllah sembuh.

Wednesday, March 4, 2009

Kaca Beling.

Kaca Beling atau pecah kaca merupakan sejenis herba yang akan digunakan oleh HPA dalam penghasilan teh ELG/minuman ELG.Herba ini merupakan herba diuretic yang akan

membanyakan pembuangan air kecil .Manafaat daripada teh ELG ialah:

1. Resdung/sinusitis

2. Darah tinggi

3. Pecah batu karang

4. demam

5. Sakit sendi.

5. Mengecilkan ketumbuhan.

Produk ini akan segera berada dipasaran mlm

InsyaAllah

Sunday, February 22, 2009

Penyakit Kencing Manis

Penyakit ini merupakan satu penyakit yang perlu dikawal dengan sebaik-baiknya jika tidak ia akan menjadi silent killer.Selain daripada ubatan herba seperti plantisol,teh herba ,habatul saudak,Vitex,teh tropika dan lain-lain lagi herba yang boleh disinergikan,penyakit KM ini sangat tergantung kepada dua faktor iaitu:-
1. pemakanan
2. kerehatan.

Elakan daripada pengambilan nasi putih,gula putih,roti dan makanan yang menggunakan santan seperti nasi lemak dll.Pengambilan herba akan menjadi tidak berkesan jika masih terus dengan pengambilan tersebut apatah lagi jika kita sentiasa mengambil teh tarik yang dimasukan sakarin(pemanis buatan) yang tinggi.Orang yang ada KM memerlukan waktu berehat terutama pada waktu malam dan keadaan ini akan lebih parah jika pesakit juga masih makan pada waktu malam.

Sumber tenaga yang baik untuk pesakit kencing manis ialah daripada buah kurma dan madu lebah dan penggunaan santan digantikan dengan VCO ataupun minyak zaitun.Orang yang belum ada penyakit KM juga dinasihatkan agar menyediakan menu menggunakan makanan sihat seperti minyak vco menggantikan santan dalam penyediaan nasi lemak.

Kapsul mengkudu juga boleh digunakan dan pesakit KM jangan mengambil sama sekali minuman berkarbonat.Herba terus diamalkan istiqamah disamping pantangnya yang perlu dipatuhi.

Monday, January 19, 2009

Sabun clay

Sabun ini telah mula memasuki pasaran MLM dan mendapat pemintaan yang tinggi.Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema,gatal-gatal dan lain-lain lagi.Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 - 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut.
Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam pengubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini.Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna.Insyaallah.Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah.
Dari testimoni yang telah disampaikan terutamanya daripada leader-leader di utara menunjukan pemintaan sabun clay akan meningkat sekali ganda dipasaran HPA.Insyaalah.

Sunday, January 4, 2009

Medan Besi Khursani.

Besi khursani merupakan salah satu mineral yang digunakan untuk menguatkan aliran darah.Pada masa dahulu besi ini digunakan untuk menjadikan tubuh panas terutama bila diletakan pada mana-mana bahagian badan.Panasnya badan ini disebabkan kerana pengaruh beberapa jenis mineral kepada jantung dan aliran darah.Tidak ada kelebihan ajaib pada besi khursani melainkan dia sejenis mineral yang boleh melancarkan perjalanan darah terutama bagi mereka yang sejuk kakitanganya.
Namun bagitu anda akan dapat merasakan medan seperti eletrik statik ringan apabila besi ini digenggam.Rawatan yang boleh digunakan dengan besi kursani ini ialah rawatan khusus bagi masalah yang terkait dengan saraf tulang belakang,otak dan jantung.Masyarakat dahulu mengaitkan besi ini khusus bagi orang lelaki terutama masalah impotensi.Ini mungkin ada kebenaranya terjadi akibat dari kelancaran darah si pengguna.
Bagaimana untuk memastikan benar-benar besi Khursani?Selain daripada medan magnetiknya yang boleh dirasa ,besi yang terbentuk seperti batu ini juga melekat kepada magnet(besi berani) sama seperti besi yg lain.Sekali-kali jangan dikaitkan besi ini dengan tujuan ajaib yang lain kerana kepercayaan bagini boleh membawa kepada syirik.

Wafak,Yoga dan Gambar.

Berhubung dengan isu "Wafak" yang telah dibangkitkan dan pendirian HPA dalam persoalan ini telah jelas dinyatakan.Jika masih ada lagi perbahasan, saya ingin menyatakan bahawa HPA memilih jalan yang paling jelas bagi urusan-urusan yang terlibat dengan aqidah.Penggunaan wafak benar-benar mrengelirukan umat Islam terutama bagi mereka yang lemah imanya.Sikap berkecuali dalam urusan yang berkaitan aqidah ini tidak menguntungkan ummat Islam apatah lagi disaat negara yang sedang mengalami krisis ekonomi.

Bila persoalan ini ditanya kepada Dato Dr Harun Din,beliau menjawab wafak boleh membawa kepada syirik kerana dibimbangi ia menjadi sebahagian dari tangkal yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw.

Selain daripada wafak terdapat kepercayaan dengan mengantungkan gambar sesaorang dipercayai boleh mendatangkan rezeki kepada sesuatu peniagaan(pelaris).Ada golongan yang menyatakan hal ini tidak perlu diperbincangkan tetapi bagaimana hati dan perasaan anda bila melihat lebih 50% kedai-kedai makan terutama di Kedah yang mengantungkan gambar-gambar tertentu dengan tujuan pelaris.Mereka mewarnakan gambar hitam putih seorang tokoh kemudian beriktikad bahawa larisnya peniagaan mereka kerana gambar tersebut.

Kalau Yoga difatwakan haram kepada orang Islam bagaimana pula kepercayaan tentang urusan rezeki yang ada pada sekeping gambar?Mudah-mudahan majlis ugama Islam Negeri dapat membetulkan pegangan Umat Islam yang semakin terpesong.

Friday, December 19, 2008

Chikungunya

Sekali lagi perbincangan tentang penyakit ini menjadi isu dan saudara boleh membaca tulisan saya yang telah lalu berhubung dengan masalah ini.Penyakit yang menyerupai tanda demam denggi dan Malaria ini juga boleh diterapi dengan menggunakan habatulsaudak kerana habatulsaudak terbukti dalam kajian saintifik mampu memecahkan dinding sel virus serta menghapuskanya.
Habutusaudak juga sangat baik untuk batu dalam hempedu dengan disinergikan bersama minyak zaitun.Jika ditambah sinerginya lagi dengan madu ia juga dijadikan ubat bagi masalah slip disc(masalah tulang belakang)Dalam buku 13 kaedah detox ianya termasuk dalam kaedah pengubatan Islam kerana pernah digunakan oleh Rasullulah saw merujuk kepada beberapa hadis-hadis tertentu.

Saturday, October 11, 2008

Kulat Susu Harimau

Mengikut ceritanya cendawan ini tumbuh dari tumpahan susu harimau namun tidak dapat dibuktikan kebenaranya namun bagitu dari zahirnya kulat ini seolah-olah sebuah ketumbuhan dipayu dara.Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan.
Dalam pengubatan ,kulat ini dijadikan ubat sapu dimana biasanya kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara.Pesakit akan merasai dingin dan mengurangi peradangan atau bengkak susu .
Air asahan tadi boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakan berlakunya peradangan yang lebih teruk.Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat didalam hutan-hutan tebal dibanjaran titiwangsa.
Kulat yang baik yang mempunyai berat bila di timang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong.jika telah ada pembengkakan yang ada nanah penggunaan kulat ini akan menyebabkan ia pecah dan dnanah dan darah kotor akan mengalir keluar.

Thursday, October 9, 2008

Minyak But-But menghitamkan Rambut

Minyak but-but boleh dijadikan sebagai minyak penumbuh rambut khususnya pada bayi.Rambut akan menjadi lebat dan hitam.Bagitu juga menghitamkan uban pada orang dewasa disamping menguatkan akar rambut agar tidak gugur.Kaedah penggunaanya cukup di sapu sedikit sambil menyampaikannya kekulit kepala.
Pengetahuan tentang khasiat MBB sebagai tonik rambut telah lama diketahui dan telah terbukti sejak zaman berzaman.Pada masa dahulu orang menyatakan MBB sebagai minyak MALI bererti minyak untuk rawatan kebotakan.Minyak yang digunakan sebagai base MBB bukan dari minyak petroliumyang panas tetapi dari jenis minyak tumbuh-tumbuhan yang menyejukan kepala.Herba yang terdapat dalam MBB dikatakan menjadi baja(tonik) bagi pertumbuhan rambut yang sehat.InsyaAllah lihatlah perubahannya selepas sebulan menggunakanya.Amin.

Tekanan Jiwa.

Tekanan jiwa merupakan salah satu penyakit yang ada hubungan dengan faktor kerohanian .Akibat dari masalah spiritual yang lemah menyebabkan belaku riaksi imbalance horman dalam tubuh badan.Pesakit sukar untuk tidur pada malam hari dan kadangkala sampai diperingkat ingin membunuh diri.Biasanya pesakit diberi ubat penenang bagi mendapatkan kerehatan dan supaya tidak menjadi aktif.

Seperti diatas keadaan ini berlaku kerana masalah spiritual yang lemah oleh itu bagi memperbaiki keadaan hormon tersebut hendaklah memperkuatkan kembali amalan-amalan kerohanian seperti zikir,bacaan quran,majlis ilmu,banyakkan istifar,salawat dan doa.

Amalan-amalan ini ada diterapkan dalam program PBC khusus bagi membina semangat hidup baru bersama HPA.InsyaAllah.

Monday, October 6, 2008

Hilang Ingatan

Berlaku dalam situasi seorang pesakit yang mempunyai masalah kencing manis dan darah tinggi yang serious tiba-tiba menjadi hilang ingatan,gelisah,meracau,keluar berjalan dari rumah tanpa disedari dan lain-lain lagi.Pesakit itu sendiri tidak ingat perkara yang berlaku.Situasi ini sering dikaitkan dengan gangguan makhluq halus,saka dan lain-lain lagi.
Sebenarnya keadaan ini berlaku akibat daripada pengaruh ubatan kimia yang kini mengganggu buah pinggang.Bila berlaku keadaan ini air sangat kering dalam badan menyebabkan kesedaran mulai menurun.Darah tinggi atau kencing manis yang meningkat gulanya boleh menyebabkan situasi ini.
Bila dalam keadaan bagini,beri pesakit minum air yang mencukupi dan sebaiknya menggunakan teh herba dan malac/alac .Jika keadaan pesakit susah tidur pada waktu malam akan menyebabkan pesakit menjadi semakin parah,penggunaan VCO adalah dicadangkan.

Monday, September 29, 2008

Teh Manjakani

Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakanya di import daripada India.Ia mempunyai sifat astringen,antiseptik dan hemostatik.Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan,peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.
Teh manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.

Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi,senguh,sakit atau kelebihan asid urid .Kesan jangkapanjang yang akan dapat dilihat teh manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh.Ini dapat dilihat setelah 1 bulan mengamalkanya.InsyaAllah.

Monday, September 1, 2008

Pemakaian kaca mata

Pemakaian kaca mata juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi tidak turun.Bila anda memakai kemudian timbul gejala seperti ini,sakit tengkok,sakit telinga,tak boleh mendegar bunyi tertentu terasa menyucuk dalam telinga,sakit bahu,cepat marah,mood tak baik ,ini menandakan bahawa kacamata anda menjadi penyebab utama berlaku demikian.
Pada peringkat yang lebih serious akan menyebabkan tekanan darah meningkat,lumpuh,katarak dan tekanan di jantung.Sebaiknya anda mengamalkan shark cartilage(2x 3) dan omega tiga(2x3) .
Silau cahaya juga boleh diatasi dengan kaedah ini.InsyaAllah.

Wednesday, August 13, 2008

Chikungunya

Tanda-tanda penyakit ini dimulai dengan sakit tekak,demam panas yang sangat kuat,batuk seperti batuk kering,sakit disendi sehingga kadangkala seperti hendak lumpuh.juga ada simtom seperti demam denggi dan seperti demam campak.Dipercayai disebarkan oleh nyamuk dan biasanya berlaku di Afrika.

Kaedahnya dalam perubatan Jawi menggunakan herba yang dapat meningkatkan imuniti seperti D Det,spirumadu ,Roselle,omega 3 dan kapsul radix. InsyaAllah sembuh dengan Izin Allah.

Wednesday, August 6, 2008

Hamil dan jantina anak.

Ibu yang hamil tetapi suka makan makanan yang masam cenderong mendapat anak perempuan.Bagitu juga yang selalu berlaku demam pagi keberangkalian anak perempuan juga bagitu tinggi.Kesemua ini merupakan pengaruh hormon pada anak tersebut.

Ibu yang mengandung anak lelaki agak sukar melangkah jauh kaki kanan kerana anak lelaki biasanya cenderong menghimpit ke kanan dan sebaliknya pada anak perempuan.Pengambilan kopi radix juga menjadikan anak lelaki lebih ramai dari wanita denga nisbah 4: 1

Namun perlu diingatkan bahawa semua yang kita lakukan adalah dengan Izin dari Allah swt.Dia lah yang menentukan jantina anak tersebut samada lelaki atau perempuan.

Aura.

Dari mana datangnya perkataan aura? Dari penganut ugama budha terutama yang percaya dengan kuasa batu seperti batu jade dan sebagainya.Akhirnya perbincangan aura dikaitkan dengan warna yang ujud pada tubuh badan manusia.Warna ini akan berubah apabila dikenakan batu pada tubuh.Aura digunakan meluas bagi membayangkan keadaan negatif (buruk) atau positif(baik)pada sesaorang.

Persoalanya aura bukan sahaja pada perasaan tetapi ia akan membawa kepada kepercayaan bahawa pelbagai kaedah boleh digunakan bagi membetulkan aura seperti pemakaian batu dalam bentuk kalung dan gelang,meditasi seperti Yoga,Reiki dan pelbagai kaedah lain yang bercanggah dengan Islam.

Terdapat satu istilah yang lebih tepat digunakan oleh orang Islam iaitu "Warid".Warid ini hasil daripada wirid(amalan zikir yang berterusan)meujudkan kejernihan dan ketenangan hati "sakinah".Tidak sama dan tak mungkin boleh dibandingkan antara aura dengan cahaya Rabani Allah yang esa.Oleh sebab itulah berhati hati dengan istilah aura kerana sandaran aura ini kepada benda dan latihan kerohanian yang mensyirikan Allah.

gangreen Pesakit Kencing Manis

Orang yang ganggren tidak boleh makan buah dokong atau langsat.Kalau mengambil buah-buahan ini akan menyebabkan seluruh daging menjadi pecah dan darah akan keluar pada tempat ganggren (tangan atau kaki).Herba yang terbaik ialah pokok benalu yang tumbuh diatas pokok jering.Di rebus 200gm dalam air 2 liter hingga mendidih.Minum setiap hari hingga tempat ganggren tadi menjadi sembuh,InsyaAllah.

Tuesday, August 5, 2008

Beras perang

Beras yang tidak diproses dan dibuang kulit arinya.merupakan beras yang mempunyai keseimbangan dan digunakan untuk tujuan pengubatan.Beras ini menggantikan beras putih yang boleh digunakan sebagai ubatan untuk semua jenis penyakit.

kelebihan beras perang
1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. Mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.


Beras perang organik lebih lagi berkhasiat serta memberikan banyak tenaga kepada tubuh.InsyaAllah.

Ficus/bedak delima (biji) untuk buasir

Ficus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk buasir.Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa.Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah.Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5x 3 dan di bancuh dengan air panas segelas ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan bedak delima (biji) yang baru dipasarkan.

Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut,InsyaAllah.

Sunday, August 3, 2008

D det

Produk ini mengandungi 28 jenis herba yang memberikan perawatan menyeluruh khususnya kepada penyakit 4 serangkai iaitu Jantung,kencing manis,Darah Tinggi dan buah pinggang.Namun bagitu bagi mendapatkan keberkesanan kepada d det ia perlu diambil dengan d deu kerana kandungan vitamin c atau roselle menyebabkan d det bertindak 13 kali ganda kekuatanya.

Dos yang biasa ialah 1 x 3 namun bagitu bagi penyakit yang sudah bertahun boleh menambah dosnya kepada 2x 3 .Jika terdapat keluarnya cairan seperti hingus hendaklah mengurangi pengambilan herba ini.

D det juga baik untuk arthritis atau sakit sendi jika diambil berterusan namun bagitu pehak saya mencadangkan pengambilan set lengkap 3 D terus bagi mempercepatkan kesembuhan.InsyaAllah