Tuesday, March 30, 2010

Air bermalam

Simpan air semalaman didalam tadahan dan buat mandian di awal pagi hari boleh mengubati penyakit yang berasal dari kepanasan. Selain daripada kesegaran,merinjis air di kepala antara azan subuh dan iqamat juga salah satu terapi yang telah diajarkan oleh Rasullulah saw. Namun hadis itu tidak menyatakan air bermalam tetapi memadai dengan air biasa.

Air bermalam ialah air yang di takungkan semalaman dan rasa dinginnya sangat sesuai bagi membilas tubuh yang panas. Jika kita mandi daripada air paip biasa,rasa panas batang paip besi menjadikan ia tidak alami. Di kampung dahulu biasa dibuat kolah air untuk takungan air paip dan kita akan mandi sepuas-puasnya tetapi hari ini ramai yang tidak menyedari penyakit yang mereka hadapi kerana kurangnya mandi dan mengakibatkan suhu badan yang tinggi diikuti dengan tidur yang tidak berkualiti. Jadi kalau anda sediakan wadah air/kolah air di rumah mandian akan lebih berkualiti. Mereka yang mandi pagi sentiasa sehat.InsyaAllah dibandingkan dengan orang yang kurang mandi atau mandi air panas diwaktu pagi.

Sunday, March 28, 2010

ayam organik.

Ayam yang dipelihara dengan cara organic lebih sehat daripada ayam yang diternak dengan kaedah konvensional. Kebiasaannya ayam diberikan ubat-ubatan kimia sejak dari peringkat umur 1 minggu lagi. Kematian diperingkat awal penternakan kebanyakan disebabkan oleh stress yang tinggi. Oleh sebab itu ubat kimia anti stress diberikan apabila melihat anak-anak ayam duduk berhimpun di satu tempat ataupun dijadikan sebagai peraturan yang tidak boleh ditinggalkan.

Air gula merah merupakan salah satu kaedah organic bahan anti-stress pada ayam. Ia akan menggantikan ubatan kimia di atas dengan lebih selamat dan alami. Ini merupakan langkah pengurangan penggunaan kimia dalam industry ayam sehinggalah ayam-ayam itu membesar bebas dari bahan kimia. Jadi jika kita memilih ayam organic HPA bererti kita sedang mengurangi timbunan kimia dalam tubuh. InsyaAllah.

Sos (souse) HPA

Selain tidak menggunakan pewarna,rasanya yang unik menyebabkan pemintaannya semakin tinggi. Jika anda mencuba buat kali pertama anda akan merasai kelainannya dibanding dengan jenama yang lain. Ini adalah disebabkan HPA mengekalkan penggunaan bahan yang asli bukannya perasa atau bahan tambahan murah yang lain.

Kini terdapat 4 sos HPA yang dikeluarkan iaitu sos cili,sos thai,sos tomato dan sos cili roselle. Jika ditanya yang mana satu lebih sedap,saya akan menyatakan bahawa semua sos sangat sedap apatah lagi bila kita mencari produk yang halal dan sehat.

Jadi,mulakan perubahan segera dengan menukarkan sos di rumah anda dengan sos HPA dan ini bererti anda seorang yang perihatin dengan masalah halal haram dan masalah kesihatan. InsyaAllah.

Saturday, March 27, 2010

Pembetulan tulang belakang.

Telah menjadi suatu kebiasaan bagi kita ,meminta anak-anak agar dapat berjalan dan memijak diatas belakang dalam keadaan kita tidur meniarap. Kaedah ini akhirnya menjadi satu method pengubatan yang berkembang di dunia yang dikenali sebagai pengubatan kiropraktik. Di sudut maknanya kiropraktik ialah pengubatan menggunakan tangan kosong dengan melakukan beberapa teknik manipulasi pada bahagian tulang belakang. Selari dengan perkembangan method ini ,ada satu lagi kaedah yang hampir sama tetapi lebih meluas dari manipulasi tulang belakang iaitu “shiatsu”.

Namun bagitu PTB yang kita kemukakan ini merupakan method pengubatan Melayu (JAWI) yang banyak digunakan oleh perawat-perawat terutama para bidan kampong. Tujuan awal kaedah ini ialah untuk memberikan urutan selepas bersalin kerana wanita yang bersalinlah yang banyak menghadapi masalah tulang belakang.

Di sudut yang lain, PTB perubatan Jawi juga menggunakan besi panas yang saya kira lebih efektif daripada penggunaan tangan kosong “ kiropraktik” dan “shiatsu”. Besi panas yang dimaksudkan bukanlah “al kay” seperti yang dilarang dalam hadis tetapi kaedah bertungku yang betul. Berat tungku juga diambil kira pada mengikut berat badan pesakit. Selain daripada itu bagi kes tertentu pijakan dengan kaki juga dilakukan.

Tulang belakang terdiri daripada ruas Cervical (7), ruas Thoracic (12), ruas Lumbar (5),ruas Sacrum , ruas Coccyx (tulang ekor)

2. Punca sakit tulang belakang.

1. Ibu hamil

· Posisi tulang belakang dalam keadaan tidak normal kerana mengimbangi berat kandungan.

· Semakin lama kandungan menjadi semakin berat

· Dibetulkan selepas melahirkan anak.

2. Cara menyambut anak ketika kelahiran.

· Dislokasi tulang cervical

· Penglihatan menjadi rabun sejak kecil

· Pendengaran juga menjadi kurang peka.

· Setengahnya melibatkan bahagian otak yang mengakibatkan masalah kecerdasan akal.

3. Kecederaan/kesakitan sebelah kaki

· Berjalan dalam keadaan berat sebelah juga memberikan kesan pada tulang belakang.

4. Duduk yang lama terutama diatas kenderaan

· Berlaku ketegangan ligamen yang menarik ruas tulang belakang.

5. Duduk atau tidur dalam posisi yang tidak betul

· Tulang bergerak dari kedudukan normalnya.

6. Kasut yang kurang kualiti

· Hentakan tulang belakang tidak dapat diserap pada kaki.

7. Kecederaan sewaktu mengangkat barang yang berat

· Berlaku perubahan lokasi tulang dan baisanya berbunyi agak kuat.

8. Tilam yang tidak berkualiti

· Tulang belakang mengikut bentuk kelenturan tilam yang tidak selesa .

9. Lumpuh

· Sebahagian tubuh menjadi lemah mengakibatkan keadaan menjadi semakin teruk.

10. Kecederaan sewaktu bersukan.

· Boleh berlaku perubahan kedudukan tulang akibat gerakan yang kuat.

11.Jatuh ketika kecil (baru berjalan)

· Kesan jatuh masa kecil akan mula dirasai kemudiannya.

12.Bantal tidur yang terlalu tinggi.

· Bantal tidak boleh terlalu tinggi ataupun terlalu rendah.

13.Obesiti

· Berat badan yang berlebihan menyebabkan tidak bermasalah.

14.Kemalangan

· Akibat dari kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.

15. Kurang air dalam badan.

· Kekurangan air menyebabkan tulang sentiasa kering dan kehausan tulang boleh berlaku.

Sakit belakang

Bukan semua sakit belakang berasal dari tulang belakang kerana kemungkinan juga berlakunya jangkitan dibuah pinggang atau daripada masalah kawasan peranakan(wanita). Banyak juga disebabkan kekurangan air dalam badan atau kerana terlalu banyak meminum teh,kopi atau herba diuretic.

Selain daripada dislokasi tulang terdapat beberapa factor lain yang perlu diambil kira seperti :-

1. Patah

2. Tulang haus

3. Tulang kering

4. Bentuk tulang.

Terdapat bentuk tulang dalam keadaan tertentu seperti

a. Lordosis dan kifosis(bongkok)

b. Skoliosis.(tulang bentuk s)

Pemahaman ilmu PTB

Tulang belakang yang terdiri dari ruas-ruas yang berpisah juga merupakan satu jaringan saraf yang mengunjur dari kepala sampai ke ruas akhir tulang(lihat gambar rajah). Jaringan saraf ini mempunyai kaitan dengan semua organ sehingga dikatakan tulang belakang merupakan pusat kesihatan seluruh tubuh. Tulang juga sama seperti otot apabila ia digunakan ia menjadi semakin kuat dan penyempurnaan tulang belakang berlaku pada usia 20 – 30 tahun. Tulang terdiri daripada Kalogen(protein) dan mineral.

Keperluan kalsium untuk kekuatan tulang sebenarnya ialah 1000mg sehari. Namun bagitu calcium tidak berfungsi tanpa vitamin D. Menunggang kuda dan berenang merupakan dua bentuk riadhah yang membentuk tulang menjadi kuat disamping aktiviti berjalan kaki (laju )selama 20 minit sehari.

Pemeriksaan Tulang belakang

Membuat pemeriksaan kesihatan tulang belakang boleh dilakukan tidak lebih dari 2 minit jika kita mempunyai kemahiran. Selain dari mendapat petunjukan daripada jawapan pesakit,beberapa organ zahir dapat dilihat secara jelas.

1. Jari tangan.

- Bengkok terutama jari kelingking

- Tidak sama bengkok antara kedua belah tangan.

- Rasa kebas di hujung-hujung jari.

2. Kepala

- Sakit kepala

- Stress yang berpanjangan

- Tekanan jiwa.

3. Pinggang

- Sakit dan menjalar sampai ke dua belah kaki.

4. Jantung

- Laju.

Demikianlah tanda-tanda yang boleh difahami akibat dari masalah tulang belakang.walahua'lam.

Cuka.

Madu cuka nipah diambil selepas makan bukannya sebelum makan. Cuka sangat baik untuk menurunkan kolesterol tetapi jika tidak betul pengambilanya ia akan merosakan gigi. Oleh sebab itu cuka perlu dicampur dengan madu dengan kadar (95: 5) hanya 5% cuka sahaja yang dicampur dalam madu untuk mengelakan kesan negative pada gigi.

Setiap malam,kumur dengan air garam sebelum tidur,insyaAllah gigi anda akan kuat sampai ke usia tua. Tidak ada herba sekuat cuka madu yang dapat mengeluarkan plak di dinding arteri bagi mengelakan serangan jantung.

Pernafasan.

Bermulanya kehidupan dengan penafasan dan berakhirnya kehidupan juga dengan akhirnya penafasan. Belajar bernafas dalam-dalam dan melepaskan nafas pelahan-lahan sama seperti orang yang melepaskan asap rokok(merokok adalah haram) akan membantu tubuh yang sedang kurang oksigen. Apabila oksigen kurang ,tubuh akan mengalami ketegangan di mana ia akan merangsangkan pengeluaran hormone stress.

Cuba lihat,orang stress akan lebih parah kerana mereka juga akan cenderung bernafas pendek-pendek. Tekanan di atas tekanan menjadikan hidup tidak ceria dan tidak seindah zaman kanak-kanak yang berlari riang tanpa masalah.

Percayakah anda bahawa masalah itu hanya berada pada hujung nafas anda jika anda berlatih untuk bernafas panjang-panjang semua masalah akan di larutkan dalam hormon gembira setiap masa. Berenang juga akan memanjangkan nafas dan sekali sekali pergilah ke laut untuk mengembalikan nafas sebenar anda . amin.

Buah kurma

Buah kurma mempunyai zat besi yang tinggi dan ianya sangat diperlukan oleh tubuh kecuali pada pesakit buah pinggang. Memberi buah kurma pada pesakit buah pinggang akan menjadi penyakit semakin parah. Wanita lepas bersalin elok memakan buah kurma bagi mengatasi masalah kekurangan darah. Pesakit talesemia juga tidak dicadangkan untuk diberikan buah kurma kerana penyakit itu juga disebabkan lebihan zat besi.

Pernah anda mendengar istilah asidosis? Keadaan dimana dalam tubuh terlalu berasid.Kurmalah satu-satunya buah-buahan yang bersifat alkali dan dapat membersihkan tubuh daripada asid yang berlebihan.

Bagi orang sehat,kurangi nasi dan menggantikan buah kurma dalam diet harian terbukti meningkatkan tenaga/stamina. Kini kurma Mariami mula dipasarkan dalam MLM HPA. Jangan lupa mengambil 7 butir kurma sehari,mudah-mudahan terhindar dari serangan jantung. Amin.

sweet crazy

Kita boleh mengetahui samada tubuh kita mengalami kelebihan gula atau tidak. Bagaimana? Jika kita sangat-sangat menginginkan sesuatu yang manis –manis menandakan gula dalam tubuh sedang tinggi. Semakin diikut selera “sweet crazy”maka kita akan sukar mengurangi tahap gula dalam tubuh dan sekaligun memberi isyarat akan terkena kencing manis,jantung dan obesity.

Bagitu juga dengan keinginan untuk memakan sesuatu yang lemak. Ini menandakan tahap lemak yang tinggi/kolesterol dalam tubuh badan. Penyakit darah tinggi,jantung,gout dan pelbagai lagi akan mula berdatangan.

Oleh itu jangan ikut rasa nak makan atau rasa nak minum kerana rasa akan menyebabkan kita binasa. Minum minyak zaitun 2 sudu besar 3 kali sehari atau 5x 3 (dalam bentuk soft gel).

Jantung berlubang

Kesempurnaan tulang belakang pada awal pembentukan janin itu sangat penting bagi menentukan kesempurnaan anak yang bakal dilahirkan. Jika di scan dan didapati tulang belakangnya sempurna ,InsyaAllah sempurnalah anak tersebut. Bagi kes jantung berlubang pada anak-anak kecil ianya perlu dicuba dengan ubatan herba terlebih dahulu.Di sini saya terangkan bagaimana membuat perawatan untuk jantung berlubang menggunakan kunyit ( curcumin kapsul ) dan air gamat (dalam bentul slm). Curcumin dalam bentuk kapsul di ambil 2 x 3 sehari dengan istiqamah. Elok jika dibuka kapsulnya dan dicampurkan dalam segelas air suam tetapi jika sukar untuk meminumnya boleh diambil terus dalam bentuk kapsul .

Selain daripada itu ,kita juga boleh menggunakan kunyit hidup di mana satu ibu kunyit (sebesar 2 ibu jari )sudah memadai digunakan untuk sehari. Parut ibu kunyit dengan ditambah air menjadi setengah gelas . Bahagikan kepada tiga bahagian dan minum pagi,tengahari dan juga malam.

Air gamat juga di minum 3 kali sehari iaitu satu sudu teh selepas makan. Kebiasaanya anak-anak kecil lebih mudah sembuh jika dibandingkan dengan orang dewasa. Namun bagitu elok dicuba dahulu resepi ini dengan penuh yakin dengan pertolongan Allah pada bila-bila masa sahaja.

Khurafat

Hari ini kita berhadapan dengan zaman jahiliah moden yang membangkitkan kembali amalan amalan sebelum kedatangan Islam sebagai satu "kehebatan". Belajar meramal berdasarkan tarikh lahir,bintang dan sebagainya. Kitab Mujarabat yang penuh dengan mentera dan wafak dijadikan rujukan dengan alasan "orang yang mengerti sahaja yang mampu mengambil manafaatnya". Mereka yang menolak penggunaan pengubatan ini dikatakan jahil dan mempunyai fahaman wahabi.
Kitab-kitab yang lain seperti " bintang 12","pati rahsia" itu lebih dipelajari daripada memahami hadis-hadis sohih dan al Quran. Jika membahaskan ayat-ayat al Quran,mereka cenderong mencari ayat-ayat mutasyabihat dari melihat ayat-ayat yang nyata dan terang disamping membicarakan ilmu laduni(terus dari Allah). Hujah dari ilmu laduni tidak boleh dipertikaikan oleh pengikut sebab langsung dari Allah. Alasan bodoh ini membolehkan sang guru terus memperbodohkan manusia yang suka mencari sesuatu kelebihan(mistik ).

Kenapa keadaan ini boleh berlaku? jawapannya kerana ilmu itu dipelajari untuk membanggakan/melebihkan diri di kalangan orang ramai. Mereka juga mencetak gambar tuan-tuan guru sebagai tokoh untuk disanjungi dan diagungkan. Pemujaan tokoh akan mematikan hati dan iman sehingga mereka memahami selain dari Rasullulah saw ada lagi manusia yang maksum(tidak melakukan kesalahan) itulah guru mereka yang mendapat ilmu terus dari Allah.

Hancurlah ugama kalau semua orang mengaku mendapat ilmu terus dari Allah. Tidak perlu Nabi dan tidak perlu Al Quran dan secara tidak sedar mereka yang mendakwa itu kebanyakanya
tidak lebih dari mencari porpulariti dan tertipu dengan ramainya manusia yang datang menemuinya.

Ulamak pewaris para Nabi pula ialah mereka yang akan mempertahankan al- Quran dan Hadist melebihi dari kepentingan diri mereka sendiri. Mereka rela mempertahankan kebenaran walaupun bersendirian dan tidak tertakluk kepada tekanan di kiri dan kanannya. Mereka berjuang demi ugama bukan peribadi dan mereka takut hanya pada Allah dan hari penghisaban kelak. Semoga kita termasuk didalam kumpulan tersebut.Amin.

Wednesday, March 24, 2010

Shark cartilage

Ramai yang idak mengetahui bahawa shark cartilage sebenarnya boleh dijadikan ubat terbaik untuk masalah sakit lutut. Masalah kekeringan lendir dilutut boleh menyebabkan sendi mengalami kesakitan yang berpanjangan dan kebiasaanya agak sukar diubat dengan ubatan kimia. Pembedahan akan menjadikan keadaan bertambah parah bukan menyembuhkan. Cara mudah ialah anda memberi sedikit peluang kepada diri anda sendiri untuk menggunakan shark cartilage yang telah dikeluarkan oleh syarikat HPA Industries. Memang benar terdapat banyak syarikat lain yang menghasilkan shark cartilage di pasaran tetapi ianya tidak sama dengan produk HPA.
Dalam buku Jawi Med Herb 1,saya telah nyatakan bahawa shark cartilage yang dihasilkan oleh HPA tidak sama kerana ia memasukan sejenis pokok terung yang dikenali dengan "solanum album". Sinergi ini hanya biasa digunakan oleh keluarga kami dan tidak pernah saya temui pada produk shark yang lain. Ini perlu saya jelaskan kerana ada setengah pehak mendakwa bahawa HPA menggunakan ramuan shark seperti produk produk yang lain dipasaran.
Penggunaan shark dalam perubatan telah digunakan oleh datuk saya dan diperturunkan ilmu ini kepada bapak saudara saya(hj Mat) dan seterusnya pada saya.

Friday, March 12, 2010

Musim panas kering

Sakit kerongkong dalam cuaca panas tidak sama dengan sakit ketika musim lembab. Oleh sebab itu herba yang digunakan juga perlu betul. Jika anda menggunakan daun hempedu bumi yang bersifat pahit(IMT),ia akan menyebabkan kerongkong semakin kering. Herba yang baik ialah herba yang bersifat masam seperti roselle. Sama juga dengan madu,tidak boleh di ambil banyak pada musim panas dan menjadi sinergi utama untuk musim sejuk.
Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dengan tambahan herba yang bersifat masam seperti jus asam jawa(produk baru dari HPA).

Thursday, March 11, 2010

Tarikh lahir dan tandatangan.

Pelbagai kursus tentang tarikh lahir kini muncul dalam pasaran. Mudah-mudahan ahli-ahli HPA maupun pemimpin-pemimpinnya apatah lagi PJS tidak terlibat dalam program sedemikian. Menentukan sesaorang (apa sahaja) berdasarkan tarikh lahir, sesuatu yang tidak ada dalam Islam. Apatah lagi jika kepercayaan ini menjadi aqidah atau sebagai pegangan sudah tentulah akan menyebabkan berlakunya gejala syirik. Nauzubillah.

Jika anda dapat mengetahui nasib melalui tarikh lahir maupun tandatangan sudah tentu anda dapat mengetahui perkara yang ghaib(akan datang ) sedangkan Rasulullah saw sendiri menyatakan baginda pun tidak mengetahui perkara akan datang kecuali sesudah mendapat wahyu. Ajaran menentukan nasib berdasarkan tarikh lahir benar benar bidaah yang sesat lagi menyesatkan.

Sesuatu yang berunsur ibadah asalnya perbuatan itu diharamkan kecuali jika terdapat didalam Quran maupun hadis. Oleh sebab itu mengadakan kursus dengan tujuan memahami tarikh lahir merupakan ramalan dan takutlah dengan pesanan Rasullulah saw bahawa orang yang mendatangi peramal(tukang nujum) tertolak amal ibadatnya 40 hari dan dalam hadis yang lain menyebut jika ia percaya,dia telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi saw(Quran)

Hanya masyarakat minda kelas kedua sahaja yang percaya hal ini sedangkan mereka meninggalkan ilmu-ilmu yang wajib dituntuti dengan tarikh lahir dan tandatangan.Semoga Allah memberi taufik kepada golongan ini dan kembali kepada Islam yang syumul Amin.