Wednesday, September 30, 2009

TORCH

Masalah TORCH(Virus Toxo,rubella,cmv,herpes)

Kebiasaanya apabila penyakit ini si ibu tidak boleh mengandung atau jika ia mengandung anaknya tidak membesar dan akhirnya terpaksa digugurkan. Ia mengganggu kesuburan ibu dan kesihatan ibu.Herba yang dicadangkan ialah seperti shark cartilage (3x 3),VCO (3x3) ,roselle dan omega 3. Kopi radix juga boleh di jadikan amalan harian disamping pengambilan spirulina dalam dos yang tinggi.InsyaAllah

koko dan Teh Hijau

Kedua-dua herba ini baik untuk kawalan emosi namun bagitu teh hijau tidak di berikan kepada ibu yang mengandung sementara koko sebaliknya. Pemberian koko kepada ibu hamil akan memberikan rasa ceria pada hati si ibu dan ini akan mempengaruhi perasaan anak dalam kandungannya. Jika si ibu mengalami tekanan,kesedihan dan kemurungan sewaktu mengandung,anak dilahirkan itu juga akan cenderung kearah itu. Mereka akan jadi pendiam dan suka menyendiri daripada bergaul dengan masyarakat.

Koko radix merupakan minuman yang memberikan keseimbangan emosi termasuk kepada orang lelaki atau anak-anak kecil. Oleh sebab itu koko menjadi salah satu tanaman yang bernilai tinggi terutama dalam situasi dunia yang sedang tegang dengan permasalah semasa. Teh hijau juga mempunyai bahan antioksidan bagi mengelakan belakunya pengaratan dalam tubuh dimana tubuh terdedah kepada penyakit akibat dari lemahnya semua system tubuh badan. Amalan meminum koko dan teh hijau merupakan langkah kehadapan bagi mengelakan diri dari pelbagai penyakit yang kronik.InsyaAllah.

Sunday, September 27, 2009

Bila angin mula bertiup.

Aliran udara merupakan perkara yang penting dalam pembinaan sesuatu bangunan. Ia bukan ajaran Feng Sui tetapi ia merupakan perkara logik bagi mendapatkan keselesaan tempat tinggal. Islam mengajar umatnya agar menghormati jiran terutamanya dalam pembinaan bangunan yang lebih tinggi. Walaupun kita mempunyai hak atas tanah kita sendiri namun apabila ia melibatkan dengan ruang udara jiran,hal itu perlu diperbincangkan bersama. Inilah ajaran Islam yang sangat mementingkan hak jiran sehingga terbentuk masyarakat yang betul-betul harmoni.
Jadi jika kita berkata tentang feng sui maka Islam lebih dahulu mempertengahkan hal ini untuk kita amalkan.

Istiqamah.

Dia seorang wanita yang berusia 50an yang di terkena kanser payu dara. Walaupun ia menggunakan perawatan kimoterapi dan membuang payudaranya namun beliau tetap menggunakan herba HPA dengan istiqamah.(amalan- ubat periuk sirih hutan)

Sewaktu melakukan kimo,rambutnya juga tidak luruh dan keadaanya tidaklah seteruk pesakit-pesakit lain. Dia tetap juga mengamalkan herba-herba HPA dan kini umurnya sudah 60an dan tiba-tiba ia diserang pula dengan penyakit pneumonia . Doktor terus berusaha membuang cecair yang berlebihan diparu-paru dan wanita usia emas ini masih survive dan dibenarkan keluar dari hospital. Namun bagitu lubang tempat yang ditebuk untuk keluarkan cecair itu tidak tertutup dan sentiasa mengeluarkan air. Dia terus mengamalkan grape seed oil dan spirumadu dan sampai kini keadaan lubang itu telah tertutup sembuh dengan Izin Allah.

Friday, September 25, 2009

Tiori 4 unsur.

Tidak semestinya tiori ini mempengaruhi semua tindakan sesuatu pengubatan namun ia boleh dijadikan sebagai panduan mula untuk mengenal karektor penyakit. Pengalaman guna sesuatu jenis ubat herba itu lebih penting kerana riaksi pesakitlah yang akan menjadi asas pengubatan. Apa yang lebih penting ialah “sinergi”selepas herba awal diberikan.

“Dos” juga lebih penting dipelajari kerana herba perlu lebih banyak penggunaanya dibandingkan dengan ubatan kimia sintatik. Jangan kerana kita tidak memahami tiori 4 unsur ini,kita enggan memberikan herba kepada pesakit.

Sesuatu herba itu telah lengkap dengan 4 unsur didalamnya,jadi pemberian herba kepada pesakit itu akan mengembalikan pengimbangan unsur-unsur itu.

Friday, September 11, 2009

Tazkirah usahawan Herbalis.

Ramai yang tahu tetapi sedikit yang mengambil pengajaran dari pengetahuanya itu. Bahawa semua rezeki itu datang dari Allah dalam apa jua bentuk dan apa jua cara.

Maksud firman Allah swt

“ setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab (kamar khusus ibadat),dia mendapati makanan di sisinya(Maryam),Dia berkata “Wahai Maryam!dari mana ini engkau peroleh?” Dia (Maryam) menjawab “itu dari Allah.”Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan. (Ali Imran : 37)

Kefahaman 1.

“Jagalah Allah nanti Allah akan menjagamu”.

Sebagai seorang ahli peniagaan yang mencari untung dua dunia maka seluruh aktiviti ekonomi itu perlu melepasi hambatan-hambatan walaupun ia menjanjikan keuntungan yang lebih. Andaikata di longgokan bukit emas dihadapan mata namun hati sama sekali tidak akan menerimanya jika ia diberi dengan jalan pendurhakaan kepada Allah swt.

Kefahaman 2.

“jika pintu rezeki yang terbuka dihadapan kita selama ini tidak halal maka tutuplah segera dan carilah dari pintu yang lain.”

Jika kita berniaga pastikan peniagaan itu halal dan membawa kepada pengampunan Allah. Jalan peniagaan yang tiada khianat dan barang peniagaan yang halal lagi baik. Dari sinilah bermulanya keberkatan dan keuntungan .Jika kita tidak yakin dengan jalan ini bererti imannya selama ini mengalami kecacatan kerana ia menafikan sifat “kaya” Allah swt dan dalam iktiqadnya ujudnya was-was tentang ketuhanan.

Kefahaman 3

“Tauhid itu mengakui keesaan Allah dalam semua perkara.”

Tauhid wajib bersifat jazam iaitu 100% dan tauhid 99.99% itu batal dan tertolak.Ini bermakna boleh jadi dunia kini dipenuhi dengan jutaan muslim pada nama tetapi tauhidnya tertolak. Mereka menjadi penentang kepada ugama mereka sendiri lantaran kejahilan tentang tauhid yang sebenarnya. Rezeki itu dari Allah dan kembalikan haq Allah tanpa sebarang keraguan.

Friday, September 4, 2009

Hamil Sembelit.

soalan: Isteri saya mengalami sukar buah air besar dan sekarang sedang hamil 1 bulan.

Jawapan: banyak herba yang boleh diberikan terutama untuk kesihatan ibu dan anak seperti spirulina atau spirumadu. Spirulina mengandungi serat yang bertindak melawaskan pembuangan air besar disamping mengandungi pelbagai zat makanan yang baik untuk bayi dan anak. Spirulina mengandungi zat besi untuk mengatasi masalah kekurangan darah dan mengelakan dari serangan virus.

Kanser payu dara.

Soalan : selain daripada shark apa lagi herba untuk kanser payudara?

Jawapan: saya biasa memberikan pesakit dengan ubat sapu (daun naga buana di tumbuk dengan halia didalam tempurung kelapa dan dibuat sapu ditempat yang bengkak tersebut.) Keberkesanannya juga ada bagi setengah-tegah pesakit. Testimoni yang saya dapat,ada yang menyatakan sembuh sepenuhnya.InsyaAllah.