Thursday, July 31, 2008

Herba untuk afrodisiac

Apa sahaja yang dinamakan herba khas untuk Afrodisiac(menambah gairah sex) tidak akan dapat berfungsi dalam tempoh masa yang cepat.Viagra tidak boleh di katogorikan dalam istilah herba kerana ia telah diproses melalui tindak balas kimia sintatik.Walaupun pada asalnya daripada herba untuk tekanan darah tinggi atau jantung.

Akhir-akhir ini ada syarikat yang mendakwa mengeluarkan coklat herba untuk afrodisiac .Ramai pengguna yang telah mencuba dan katanya sangat berkesan.Syarikat yang tidak jelas ini mengaut keuntungan dari kehendak pelanggan yang tak putus putus.Peniagaan yang hanya bercerminkan wang semata-mata tidak akan mengambil kira tentang kesan sampingan kepada pengguna asalkan mereka percaya dengan perawatan tersebut.

Kementerian Kesihatan hari ini telah bertindak mengharamkan ubatan tersebut kerana mengandungi bahan kimia bahaya namun bagitu bagitu saya rasa tindakan KKM sangat lambat dalam menaggapi isu-isu bagini menyebabkan ribuan orang yang sudah menggunakan bahan bahaya ini.

Pengguna sepatutnya sedar kerana hal ini bukan perkara baru dalam masyarakat kita dan ingatlah bahawa herba bukan peluru ajaib yang dapat bertindak dalam tempoh masa yang sangat singkat.Ingatlah......

Rambutan dan Durian

Buah-buahan merupakan salah satu dari herba yang menyehatkan badan jika diambil betul dengan masanya.Ini sangat bergantung dengan musim.Bagitu juga dengan rawatan seperti bekam sangat sesuai dengan musim panas dan madu pula sesuai dengan musim sejuk.Buah-buahan yang keluar diluar musim tidak boleh di ambil banyak sebab ianya akan bercanggah dengan panas atau sejuk pada ketika itu.

Buah Rambutan bersifat sejuk pada tahap pertama,jika diambil oleh orang yang demam akan bertambah demamnya.Orang yang demam panas perlu diberikan herba yang dapat mengeluarkan kepanasanya tidak boleh diberikan dengan herba sejuk tahap pertama.Daun rambutan pula boleh dijadikan herba jaram untuk orang yang demam panas.

Buah Durian pula bersifat panas jika diberikan kepada orang yang panas akan bertambah-tambah panasnya.Buah durian yang di makan selepas pengambilan herba tongkat Ali boleh menyebabkan demam atau orang yang ada ulser menjadi pedih perut dan sebagainya.

Namun bagitu jika berlaku sebarang tindakbalas berhubung dengan keracunan buah-buahan ,ubi kayu,makanan beracun,boleh gunakan shark cartilage sebagai penawarnya.InsyaAllah.

Monday, July 28, 2008

Timbul riaksi elergi lepas mengambil madu

Percayalah...madu itu adalah ubat yang sangat bermanafaat terutama pada tubuh yang lelah kerana terlalu banyak kotoran .Madu tidak memberatkan buah pinggang dan menjadi pelawas pada usus besar.Madu juga mendatangkan tenaga segera bagi menolong membangkitkan imuniti yang lemah.

Guna madu bersama herba lain,insyaAllah berkesan.Jika terdapat gatal gatal ambil madu dengan corcinium dan omega 3.Kencing Manis pula madu dengan plantisol sangat baik untuk mereka yang mengalami impotensi kerananya.Kesemua sinergi dengan madu lebah perlu dibukakan kapsul terlebih dahulu.

Jika berlaku alergi teruskan pengambilan madu dan jangan berhenti sehingga sembuh.InsyaAllah

Mimpi buruk

Mimpi buruk boleh terjadi juga daripada keujudan heavy metal dalam darah terutama dalam saluran darah dikepala.Ianya datang dari makanan,asap,tampalan gigi,vaksin dan pelbagai lagi yang sukar untuk dielakan.Bagaimana menghilangkan heavy metal ini?

Menggunakan sejenis herba yang di namakan deep cleansing disamping pengambilan teh herba dan omega 3.Kita mempunyai banyak pengalaman membuat perawatan kepada heavy metal dan berlaku kesembuhan dengan izin Allah.Termasuk anak-anak yang autis juga kerana kadar mercury yang tinggi dalam darah.

Saturday, July 26, 2008

Kiropraktik dengan berkuda

Salah satu kaedah perawatan tulang belakang yang baik ialah menunggang kuda.Gerakan kuda berlari merupakan tindakan manipulasi dari tulang cervical sampailah tulang sakrum(ekor)Orang yang menunggang kuda juga hilang stressnya kerana ujudnya pemusatan mata dan otak ketika kuda berlari laju.
Anak-anak kecil yang diajar menunggang kuda menjadi cerdas minda dan fizikalnya dan banyak mengeluarkan hormon berani dan percaya pada diri.Sunnah menunggang kuda merupakan hobi yang sangat sesuai di ajar untuk anak-anak HPA bagi membentuk palapes masa depan.InsyaAllah suatu hari nanti HPA akan mempunyai "stablenya" sendiri untuk kelab anak-anak ahli.

Titik Limpa 6(SP 6)

Jangan bekam dititik ini jika mengandung sebab ia boleh menyebabkan berlakunya keguguran.Sebagai seorang pembekam perlulah mengetahui beberapa titik-titik yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk jika kita melakukanya.

Paling mudah untuk membekam,ambil sahaja titik bekam Rasulullah SAW yang ternyata memberikan kesan yang sangat luar biasa.Selepas bekam minum kopi radix atau madu lebah bagi mengembalikan kepanasan .

Pembekam perlu menjaga kebersihan kerana darah merupakan media penyebaran penyakit yang sangat mudah.Jika anda dalam keadaan yang tidak sehat elakan daripada berbekam orang yang lain.

masalah Hormon

Saya tidak menjumpai ada herba yang lebih baik dari paramaria untuk masalah hormon yang tidak balance.Tetapi paramaria hendaklah diambil bersama omega 3 kapsul agar berlaku keseimbangan daratan(herba) dan lautan(ikan).

Pengambilan paramaria ialah 3x3 dan omega kapsul juga 3x3 .

Sewaktu pengambilan herba tersebut elakan daripada memakan udang,sotong ,ketam dan apa jua produk yang terhasil daripadanya seperti belacan/terasi/cencaluk dan lain-lain lagi.Satu lagi yang perlu dikurangi ialah ayam yang telah menggunakan hormon penggemuk dan vaksin .Jika ini dapat dipatuhi InsyaAllah masalah hormon akan dapat di atasi.

Sayuran dan buah akan membantu mempercepatkan kesembuhan.InsyaAllah.

Tulang belakang yang bengkok

Untuk mengembalikan kedudukan tulang belakang yang bengkok sesuatu yang sukar kerana ia terdiri daripada ruas-ruas yang telah mengalami dislokasi mungkin sejak daripada kecil lagi.Cumanya kita perlu pastikan kedudukan tulang tersebut tidak terkena saraf yang menyebabkan berlakunya penyakit penyakit tertentu.

Saya telah menulis dalam blog yang lepas dan anda boleh merujuk kepada terapi untuk tulang belakang.Riadah untuk tulang belakang sesuatu yang sangat penting telah diajarkan dalam kursus kiropraktik.Dengan bantuang ahli kiro gejala pembengkokan akan dapat dikurangi sedikit demi sedikit disamping pengambilan herba yang betul.

Maaf,susu kadangkala mendatangkan masalah tulang belakang terutama kepada mereka yang kekurangan enzim lactase dan menyebabkan berlakunya asidosis dalam tubuh badan.Tulang akan dikuras bagi mengilangkan asidosis yang berlaku.tulang belakang menjadi semakin parah.

LDL penyebab sakit jantung.

LDL dikenali sebagai kolestrol buruk yang boleh menyebabkan berlakunya ketersumbatan dalam arteri darah terutama di jantung.Biasanya LDL di kurangkan dengan peningkatan HDL .Banyak herba dalam HPA yang berfungsi bagi mengurangi LDL iaitu omega 3 soft gel,VCO soft gel dan Minyak zaitun Soft .Pengambilan mestilah istiqamah dengan setiap jenis tidak kurang dari doa 2x3 sehari.

Minyak ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi sangat berkesan samada dalam bentuk soft gel ataupun kapsul.Jika disinergikan dengan tuju angin kapsul ia menjadi lebih berkesan.Salah satu tanda LDL yang tinggi sesaorang itu menjadi cepat marah dan berlakunya penyakit darah tinggi.
Terjadinya plak di gigi juga sebagai petanda terbentuknya penompokan plak dijantung akibat dari LDL yang terlalu tinggi.

sakit Jiwa atau panas di dalam.

Bukanya semua pesakit jiwa menderitai masalah mental disorder tetapi ada juga kerana masalah kepanasan yang terlalu tinggi menyebabkan mereka tidak dapat tidur dan rehat.3 hari tidak dapat tidur menyebabkan sesaorang itu sudah mula merapu dan bagaimana jika seminggu atau dua minggu?
Cepat carikan rawatan untuk sejukan badan dan yang terbaik menggunakan air kelapa (isinya sudah ada tetapi macam agar-agar) di rebus dengan rumput sambau(jika ada)Jika wanita air kelapa terlebih dahulu di didihkan.
Bila pesakit jiwa diberikan dengan ubatan kimia,sesetengahnya akan menjadi semakin panas dan akhirnya tidak tertolong lagi.Dalam perubatan jawi selain daripada air kelapa,deep cleansing juga digunakan disamping penggunaan akar jerun dan air pulut hitam sebagai ubat tidur yang ringan.

Puraria juga boleh dijadikan ubat penenang jika diambil dengan jumlah yang mencukupi dosnya.

kanser payu dara

Rawatan kanser payu bukanlah sesuatu yang mudah.Ada yang berjaya dirawat dan ada yang sukar..Disamping Shark,imuniti,roselle ,herba rebusan,minyak zaitun dan kapsul sireh pelbagai lagi kaedah yang membantu seperti tungku garam telah digunakan.

Apa yang saya lihat penggunaan herba mestilah dalam kuantiti yang banyak kerana bahan aktif yang terdapat dalam sesuatu herba sangat sikit dan tidak memadai dengan keadaan parah sakit kanser payudara.Fikiran pesakit mestilah positif dan tidak di ganggu gugat dengan rasa tidak yakin dengan sesuatu pengubatan.

Apabila anda telah memutuskan untuk menggunakan pengubatan herba anda hendaklah memberikan kepercayaan kepada pengubatan ini sepenuhnya dan jangan mengambil separuh hati.Bincang dahulu sebelum memulakan pengubatan dan cari testimoni orang yang telah sembuh buat dijadikan semangat untuk berjuang.

Tablet kalsium

Pada pandangan saya pengambilan kalsium khususnya untuk masalah asteoporosis boleh menambah parah keaadaan itu.Ini kerana kalsium yang diambil sukar diserap tanpa bantuan beberapa vitamin dan mineral yang lain.Calsium mestilah diambil bersama magnesium dan vitamin D.Pengambilan kalsium yang tinggi juga menyekat penyerapan zink.Oleh sebab itu sumber kalsium yang terbaik adalah daripada tumbuh-tumbuhan terutama pada tumbuh-tumbuhan yang berakar tunjang.

Mari kita buat satu kajian siapakah yang lebih cepat terkesan antara pengguna calsium tablet dengan pengguna herba tuju angin HPA.Masalah kehausan tulang dan lendir tidak dapat diatasi dengan tablet kalsium tetapi boleh diatasi dengan Herba Tuju Angin(HTA). HTA mempunyai kalsium,magnesium dan zink dan pelbagai mineral lain yang ujud dalam bentuk mineral surih.
InsyaAllah kenapa kita tidak memberikan kepada ibu-ibu kita dengan HTA?.

Radang Paru-paru

Radang Paru-paru memerlukan pengubatan yang khusus namun bagitu produk baru yang akan kita keluarkan ialah jeruk portulaca atau pokok beremi.Banyak kes pada masa dahulu orang yang kena radang paru-paru sembuh dengan memakan pokok beremi ini.Seperti yang saya tuliskan terdahulu serai juga sangat baik untuk tujuan ini.
Kalau dalam perubatan jawi kita akan memberikan shark,spirulina dan pelawas pada pesakit radang paru-paru disamping menggunakan ubat periuk yang terdiri dari 4 jenis herba iaitu:-
1. pokok halban - 100 gm
2. Pokok Keriang - 100gm
3. Pokok serai - 100gm
4. Jadam sebesar ibu jari tangan pesakit.

InsyaAllah akan sembuh dengan IzinAllah.Ubatan periuk boleh order dengan JHS.

Sakit sukar sembuh

Sakit sukar sembuh jika pesakit tidur lewat pada waktu malam.Oleh itu dinasihati bagi mereka yang kurang sehat cuba mendapatkan tidur awal pada tiap tiap malam kerana proses repairing hanya berlaku diawal malam sahaja.Masukkan mengkudu kapsul (buka 2 kapsul) kedalam air suam dan minum selepas solat Insya.

Matikan TV dikamar tidur anda kerana medan letrik dari gelombang itu juga sangat mempengaruhi kesegahan otak anda dari mengeluarkan melatonin.Anda akan jadi tidak mengantuk walaupun tubuh anda sangat memerlukan tidur yang cukup.InsyaAllah tidur awal menjadikan penyakit cepat sembuh dan fikiran menjadi segar diawal pagi.Amin.

Friday, July 25, 2008

Perubatan Holistik VS Mistik.

Perubatan yang memberi tumpuan kepada ilmu kejiwaan atau soal-soal kerohanian.Perubatan Holistik percaya bahawa tubuh itu akan segera sembuh bila keyakinan itu mendalam untuk mendapat bantuan daripada Allah SWT.Malangnya hari ini perubatan holistik telah berbaur dengan sesuatu yang mistik seperti kepercayaan kepada ilmu-ilmu seperti susuk,saka,aura dan pelbagai istilah yang telah dikomersialkan.

Sepatutnya semakin pendekatan holistik diambil semua hal-hal tersebut dibuang dalam kerangka minda sesaorang terutamanya yang bernama muslim ,yang ada hanyalah kebesaran Allah swt.Holistik hari ini telah bertukar kepada mempelajari sesuatu yang mistik.Holistik yang membawa manusia agar redha dengan penyakit yang telah didatangkan Allah padanya kini telah menyabitkan penyakit tersebut dengan hasad dengki orang kepadanya.

Pengubatan Holistik yang sebenarnya ialah membawa sesaorang itu kepada kehalusan alam rasa untuk lebih menyerah kepada Allah SWT.Cukuplah kepada Allah tempat kita bertawakkal dan daripadanya kita datang dan kepadanyalah kita dikembalikan.

gangreen Pesakit Kencing Manis

Bila kaki telah luka dan sukar sembuh,keadaan ini menjadikan seorang pesakit kencing manis itu demam berpanjangan.Demam itu menandakan berlakunya jangkitan pada tempat luka tersebut dan mendatangkan bau busuk.Kuman akan menyerang ke otak menyebabkan berlakunya koma.

Oleh sebab itu perhatikan perubatan ini betul-betul jangan sampai tersalah pengambilan kerana akibatnya boleh membawa kematian.Daun hempedu bumi/sombiloto yang basah ditumbuk dengan minyak but-but lalu di tempelkan ditempat yang luka tersebut.Ganti setiap hari sehingga daging-daging yang reput tumbuh merah kembali.InsyaAllah di samping pengambilan herba Imuniti,plantisol,teh herba dan ubat periok plantisol.

Ubat Hati dengan Hati

Bagi penyakit hati seperti hepatitis, sirosis atau demam kuning maka ubat yang terbaik digunakan ialah hati.Ambil hati lembu sebesar 3 jari pesakit di bakar sampai masak dan dimakan 3 hari berturut-turut .InsyaAllah diulangi pada minggu kedua,ketiga dan keempat.Kita akan mendapati penyakit tersebut akan beransur sembuh.

Bagitu juga jika anda ingin melakukan detox pada hati maka hati lembu merupakan bahan yang terbaik dengan kaedah seperti di atas disamping anda mengamalkan pelbagai jenis herba.InsyaAllah.

Hempedu kambing juga baik dijadikan ubat bagi pelbagai jenis penyakit dengan dos pengambilan setahun satu hempedu.selama 7 tahun berturut-turut disamping itu ia juga mengekalkan awet muda.

Persediaan herba untuk anak kecil.

Herba boleh disediakan untuk anak-anak kecil melalui pemberian air herba yang telah digoncangkan 300 kali dalam botol mineral 500ml.Masuk satu atau dua kapsul ubatan herba yang dipilih(buka kapsul dahulu) selepas digoncang ambil air tersebut satu sudu dan boleh dicampurkan dengan air mineral biasa.

Sunday, July 20, 2008

Anak anak yang pendiam

Anak-anak yang pendiam boleh berubah menjadi ceria setelah mengambil omega 3 kapsul berterusan selama 40 hari.Omega 3 meningkatkan hormon yang boleh mencetuskan keriangan,keberanian dan keyakinan dan omega ini kedapatan dalam beberapa jenis ikan seperti ikan Tenggiri Biru (yang digunakan oleh HPA)

Ikan juga merupakan salah satu makanan mengikut Sunnah Nabi Saw yang mana kelebihanya banyak sekali.Nabi melarang ikan di ambil bersama susu.Omega 3 juga dapat dihasilkan dari dalam tubuh sesaorang lebih lebihlagi disaat dia sedang berpuasa.

Air susu ibu juga mengandungi omega 3 yang mempengaruhi perasaan anak.Ibu yang sedang menyusu anak dicadangkan pengambilan spirumadu bagi menghasilkan kualiti susu yang tinggi dan mengelakan anak dari menjadi seorang pendiam.InsyaAllah.

Batuk

Pada penderita batuk berkahak ataupun mereka yang mengalami athma dalam situasi sukar mengeluarkan ledir dan kahak tebal menyebabkan gangguan pernafasan bolehlah mencuba resepi herba ini.

Ambil 3 batang serai makan,termasuk akar dan batang(daun tidak perlu)di rebus sampai mendidih dalam 1.5 liter air mineral HPA(biru) dan minum berulang-ulangkali hingga habis dalam tempoh sehari.InsyAllah mukusa yang tebal itu dapat dikeluarkan dan penafasan menjadi baik.InsyaAllah.

Serai adalah sejenis herba diuretik dan peluruh lendir(kahak) dalam badan.Jadi serai memang sesuai dugunakan dalam perawatan athma.Abu daunya pula dijadikan ubat senggugut jika diambil apabila waktu sakit.

Sunday, July 13, 2008

Barut Berherba

Digunakan untuk wanita lepas bersalin,melawaskan buang air besar,masalah angin dalam perut dan lain-lain lagi.barut ini menggunakan daun lemuni,jintan manis dan rempah ratus sebagai bahan utamanya.
Pemakai akan merasai sedikit panas hasil dari rempahan yang digunakan dan terlebih baik jika dilumuri dengan minyak barut atau minyak but-but terlebih dahulu.Jika minyak but-but di masak dengan bawang putih ia akan menjadi lebih berkesan.InsyaAllah.

Shark cartilage sebagai penawar keracunan

Kita biasa membahaskan kegunaan shark untuk tujuan rawatan kanser dan arthritis.Namun bagitu ada satu lagi kegunaan shark cartilage dalam perubatan Jawi ialah sebagai penawar keracunan terutamanya bila berlaku keracunan sesuatu makanan.Keracunan makanan akan menyebabkan cirit birit dan muntah yang kadangkala mengeluarkan darah yang banyak.

Kaedah rawatanya ialah dengan membuka 2 kapsul shark dan dibancuhkan kedalam air suam dan kemudian meminumnya.Kaedah ini sering digunakan oleh masyarakat dahulu apabila berlaku keracunan makanan seperti tembikai dengan coca cola,mabuk tapai,kopi dengan durian dan lain lain lagi.Ambil 3 kali sehari hingga sembuh.InsyaAllah.

Kiropraktik

merupakan salah satu kaedah perubatan yang telah digunakan oleh perawat perawat Islam pada masa dahulu.Namun bagitu ilmu ini masih lagi tidak boleh diterima oleh sebahagian besar para doktor di barat maupun d itimur.Namun bagitu kaedah kiro memerlukan kepakaran yang tinggi dan bagi mengelakan salah kiro beberapa perkara perlu dilihat seperti:-

1. Berat tekanan yang dilakukan
2. lokasi yang dipilih
3. Melakukan perengggangan terlebih dahulu
4. Dalam keadaan relax/santai
5. Tubuh pesakit tidak kering.
6. Tidak berlaku keropos tulang pada persakit
7. Tidak ada besi dalam tulang
8. Tidak ada keceraan berdarah yang masih baru
9. Menyediakan tempat yang sesuai
10. jangan melakukan dengan kasar.

Semoga kaedah ini menjadi pelengkap dalam pengubatan jawi InsyaAllah.

Friday, July 11, 2008

Senggugut

Kesakitan apabila kedatangan darah haid (senggugut) merupakan satu keluhan yang sering ditanya dalam KPJ.Dalam pemerhatian saya ada pasangan yang tidak mendapat cahaya mata mungkin ada hubunganya secara langsung atau tidak dengan masalah senggugut.Ini dapat dilihat apabila senggugutnya hilang ,si isteri didapati mengandung.

Kalau hanya untuk menghilangkan kesakitan senggugut, anda boleh menggunakan sedikit(hujung jari) kapur makan yang dimasukan dalam air teh biasa dan minum,InsyaAllah akan beransur-ansur sembuh dengan izin Allah.Namun bagitu bagi pasangan yang tidak mendapat cahaya mata hendaklah mengambil ubat periuk senggugut dahulu dan kemudian mengambil set kesuburan lelaki dan set kesuburan perempuan.

Set kesuburan lelaki ialah Radix kapsul,Omega 3,EQ minda,roselle dan tuju angin dan set kesuburan wanita pula ialah Paramaria plus,omega 3,roselle dan spirulina . Jika "infertiliti" itu disebabkan oleh logam berat (rambut gugur,gatal-gatal kulit dan kuku rosak)sebaiknya menggunakan "deep cleansing" sebagai tambahan.

Thursday, July 10, 2008

Paramaria gold menggantikan HRT.

Masyarakat di barat tidak pernah mengetahui bagaimana herba boleh menggantikan HRT.Mereka menggunakan terapi hormon bagi mengurangi proses penuaan.Sebenarnya dalam herba sudah memadai dan kaya dengan Pytoestrogen.Akibat daripada penggunaan terapi hormon maka berlakulah penyakit jantung,kanser payu dara,stroke dan pembekuan darah.

Kaedah yang selamat ialah dengan penggunaan herba yang kaya dengan pyto estrogen seperti dalam kacang soya,tempe,spirulina,alge laut dan yang terakhir ditemuai dalam herba yang dikenali sebagai Puraria.HPA akan mengeluarkan produk menggunakan puraria yang dikenali "Paramaria gold "

Herba bukan sahaja membekalkan hormon estrogen malah mengandungi bahan bagi merangsangkan pengeluaran HGH(Human Growth Hormone)bagi mengekalkan keremajaan (anti aging).

Sakit Jantung.

Kes baru yang ditanyakan pada saya ialah seorang wanita meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung dengan tiba-tiba.Sebelum itu tidak ada sebarang tanda yang dapat dikesan.

Oleh sebab itu perlu ada sedikit pengetahuan khususnya bagi wanita yang telah menopaus.Dalam usia bagini penurunan hormon estrogen juga menyebabkan penurunan HDL (kolesterol baik) dan peningakatan LDL(kolesterol buruk) .Pada ketika ini wanita tersebut terdedah pada risiko serangan jantung.Estrogen yang dahulunya bertindak melindungi dari serangan jantung kini sudah semakin kurang dengan peningkatan usia.

Kita perlu mendapatkan estrogen daripada tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai pytoestrogen.Banyak didapati dalam produk HPA seperti spirulina,spirumadu,paramaria dan lain-lain lagi.Namun bagitu pengambilanya perlu disinergikan bersama produk ikan seperti omega 3 .Tidak cukup dengan itu herba yang mengandungi vitamin C dan vitamin E juga diperlukan seperti roselle dan minyak zaitun.

Bibir hitam

Bibir menjadi hitam akibat daripada penggurangan kalogen kerana proses penuaan.Kaedah biasa yang sering digunakan oleh pakar-pakar kecantikan ialah menggunakan hyaluronic asid.Namun bagitu hasilnya juga tidak bagitu ketara dibandingkan dengan kaedah pengubatan Jawi.
Anda boleh mencuba dengan menyapu madu lebah sebelum tidur malam pada bibir dan dilakukan selang 3 hari .InsyaAllah bibir kan menjadi cantik,halus bak limau seulas.Selamat mencuba dengan madu lebah HPA.

Penawar ada pada ikhlas

Saya menemui satu penawar yang sangat berkesan bagi merawat penyakit yang sukar diubati iaitu IKHLAS.Tidak ada dalam simpanan hatinya melainkan rasa ingin menghulurkan bantuan pada pesakit yang sedang menderita.Perawat meletakan dirinya ditempat orang sakit bagi menghayati sebuah pengharapan yang tinggi.

Biasakan berdoa tanpa diketahui oleh orang sakit termasuk dalam sujud akhir solat waktu maupun sunat.Berdoa tanpa minta dilihat oleh orang lebih membawa kepada keikhlasan sama seperti solat malam dalam keadaan tidak dilihat oleh manusia.Jangan berkata "engkau sembuh dengan sebab doaku atau berlaku sesuatu perkara itu kerana doaku"kerana itu merupakan penyakit ujud yang muncul hasil dari bisikan syaitan.

Kesembuhan itu bukan kerana kepandaian dan doa kita tetapi merupakan takdir yang telah ditentukan oleh Allah.Kita lakukan ikhlas dan tidak minta disebut atau menyebut.Boleh jadi kesembuhan itu kerana kebaikan pesakit pada ibubapanya.Orang yang ikhlas tidak merajuk bila namanya tidak menjadi porpular dan tidak melarikan diri apabila di kritik kerana dia sahaja yang mengerti tentang hatinya.

Makin ikhlas tangan yang menghulurkan ubat makin tinggilah peluang kesembuhan.Persoalanya jika orang tidak ikhlas apakah pesakit tidak sembuh?jawapanya,pesakit mungkin sembuh tetapi perawat pula yang diserang penyakit riyak.lebih parah kan?

Kencing Manis Dan herba yang berwarna hitam.

Dalam perubatan Jawi kita dapat mengesan ada satu kesinambungan pengubatan kencing manis dengan menggunakan herba yang berwarna hitam seperti tebu hitam,habatul saudak,beras pulut hitam/ketan ,ayam hitam dan lain-lain lagi.Garam yang digunakan untuk membuat deep cleansing juga berwarna hitam(garam bukit).

Madu lebah yang terbaik untuk pesakit kencing manis juga yang berwarna hitam.Madu lebah yang berwarna jernih boleh menjadi hitam setelah disimpan setahun.Bagitu juga dengan herba yang berwarna hijau kehitaman seperti pokok daun kari atau kayu yang berwarna kehitaman iaitu kulit kayu manis.

Dalam kajian nutrisi mendapati kebanyakan herba yang digunakan untuk kencing manis mengandungi cromium yang tinggi . HPA menggunakan dedalu/benalu yang daunnya merah kehitam hitaman yang terdapat dalam plantisol.Cuma pesakit kencing manis perlu meninggalkan 2 dan menggantikan 2. Perlu meninggalkan santan dan roti dan menggantikan gula putih dengan gula merah serta menggantikan beras putih dengan beras perang atau beras merah.InsyaAllah .

Monday, July 7, 2008

Demam denggi

Demam Denggi berdarah merupakan penyakit virus yang di sebarkan oleh nyamuk Aedes.Dalam pengubatan Jawi kaedah pengubatan yang digunakan ialah Teh herba yang pekat(kental) iaitu satu jar air panas dengan 10 sachet teh herba HPA.

Minum selang sejam sedikit demi sedikit sehingga habis satu jar air dalam masa 24 jam.InsyaAllah akan pulih dalam tempoh yang segera.Selain daripada itu saya sering juga memberikan kapsul radix yang dibuka 3x3 dan saya yakin suatu hari nanti pengubatan kita akan menjadi pilihan utama untuk perawatan ini.Amin.

Batuk kokol

Batuk kokol yang disebabkan oleh bakteria pneumokokus boleh disembuhkan dengan beberapa herba HPA yang diambil dengan intensif iaitu:-

1. Corcinium plus - 2 x 3
2. Teh herba - 2 sachet/hari
3. Kapsul roselle - 6 x 3 (buka)
4. Spirulina - 6 x 3
5. Spirumadu - 2 sudu x 3

dan sebagai tambahan

1. imuniti - 2 x3 (slm)
2. Deep cleansing - 1 x 2

Batuk ini menyebabkan pesakit demam dan pembengkakan pada tekak dan terasa sangat perit.Pada kanak-kanak boleh menyebabkan kematian.Sila dapatkan khidmat nasihat yang betul.

Ekzema

Sejenis penyakit kulit yang mula menyerang pada peringkat bayi lagi.Pelbagai ubatan telah digunakan untuk nengurangi masalah iritasi,kemerah-merahan pada kulit dan kadangkala menyebabkan gatal .Dalam pengubatan Jawi kita melihat penyakit ini adalah kerana kelebihan unsur api dan memerlukan herba yang bersifat dingin(sejuk).
Ada 3 cara yang digunakan dalam pengubatan ini iaitu:-

1. Menggunakan bedak delima (MLM) yang dibuat (dari pegaga 100% + bedak sejuk)
2. Jika tidak sembuh gunakan bedak kulit delima (dari kulit delima 100% + bedak sejuk).Produk
ini sedang disiapkan masih dijual dalam bentuk slm.
3. Menggunakan bedak tanah liat 100% (slm)

Pesakit ekzema juga diberikan dengan kapsul raselle(buka kapsul) dicampur dengan air dan madu lebah.InsyaAllah.

Sunday, July 6, 2008

Rheumatoid arthritis

Sejenis penyakit autoimun yang menyebabkan pembengkakan terutama pada jari-jari tangan dan kaki .Berlakunya keadan ini kerana tidak seimbang antara 4 unsur (tanah,air,api,angin) menyebabkan salah tafsir dalam sistem "kod" tubuh badan.

Cuka (cuka apel asli)adalah herba yang seimbang(tidak panas dan tidak sejuk) di minum 2 sudu besar pada tiap pagi dan dicampur dengan air kosong segelas(boleh di tambah madu).Selepas itu pengambilan 3 D dari produk HPA setiap hari 3 kali.

D det - 1 x 3
D deu - 3 x 3
D karm - 3 x 3

Detox air dilakukan 1 minggu sekali .

Berbekam pada tiap-tiap bulan terutama pada 17 hb (elakan dari hari rabu) disamping itu banyakan mengambil sayuran hijau dan jangan mengambil daun kucai dan jenis kekacang.InsyaAllah.