Saya menemui satu penawar yang sangat berkesan bagi merawat penyakit yang sukar diubati iaitu IKHLAS.Tidak ada dalam simpanan hatinya melainkan rasa ingin menghulurkan bantuan pada pesakit yang sedang menderita.Perawat meletakan dirinya ditempat orang sakit bagi menghayati sebuah pengharapan yang tinggi.
Biasakan berdoa tanpa diketahui oleh orang sakit termasuk dalam sujud akhir solat waktu maupun sunat.Berdoa tanpa minta dilihat oleh orang lebih membawa kepada keikhlasan sama seperti solat malam dalam keadaan tidak dilihat oleh manusia.Jangan berkata "engkau sembuh dengan sebab doaku atau berlaku sesuatu perkara itu kerana doaku"kerana itu merupakan penyakit ujud yang muncul hasil dari bisikan syaitan.
Kesembuhan itu bukan kerana kepandaian dan doa kita tetapi merupakan takdir yang telah ditentukan oleh Allah.Kita lakukan ikhlas dan tidak minta disebut atau menyebut.Boleh jadi kesembuhan itu kerana kebaikan pesakit pada ibubapanya.Orang yang ikhlas tidak merajuk bila namanya tidak menjadi porpular dan tidak melarikan diri apabila di kritik kerana dia sahaja yang mengerti tentang hatinya.
Makin ikhlas tangan yang menghulurkan ubat makin tinggilah peluang kesembuhan.Persoalanya jika orang tidak ikhlas apakah pesakit tidak sembuh?jawapanya,pesakit mungkin sembuh tetapi perawat pula yang diserang penyakit riyak.lebih parah kan?
No comments:
Post a Comment