Friday, April 30, 2010

Bagai rambut yang terbelah.

Petanda sel bermutasi menjadi abnomal sel ialah hujung rambut terbelah. Kemungkinan ada peradangan dalam tubuh,perlu dipastikan terlebih dahulu dengan pemeriksaan yang menyeluruh di hospital. Wanita lebih mudah terkena ketumbuhan daripada lelaki terutama pada rahim. Banyak sebab berlaku demikian tetapi penawar daripada pewarna kunyit adalah yang terbaik untuk pembersihan rahim.
Curcumin telah terbukti digunakan dalam perubatan Jawi sebagai ubatan yang berkesan pada tahap awal. Produk curcumin bukannya 100% daripada kunyit tetapi ia disinergikan dengan lada hitam untuk meningkatkan lagi keberkesanannya. Jika boleh saya sangat mengharapkan semua kaum wanita menggunakan curcumin sebagai amalan harian.

Selain daripada itu,curcumin juga digunakan sebagai ubat alzimer(pelupa) dan ia mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengeluarkan racun(logam berat) dari tubuh disamping ubat makan untuk mata yang rabun(catarak). Orang yang mengetahui khasiat kunyit pasti tidak akan meninggalkan penggunaan herba ini. InsyaAllah.

Wednesday, April 28, 2010

ketegangan fikiran

Ketegangan fikiran mungkin berasal dari gelombang handphone yang anda guna. Ini akan lebih ketara jika anda bercakap lama sehingga Handphone menjadi panas. Oleh itu lebih baik SMS sahaja dan gunakan phone biasa bila perlu berbual panjang. Adakah herba boleh membantu? sudah tentu terdapat herba yang baik untuk menurunkan ketegangan ini.

Ketegangan frekuansi otak dapat diredakan dengan pengambilan pokok bayam merah. Bayam merah juga menyerap gelombang bunyi sama seperti handphone dan sudah terdapat kajian di Jepun menggunakan bayam dalam handphone
.
Di HPA kita ada kapsul HB iaitu sinergi bayam merah dan pegaga. Ia sangat baik untuk menyerap gelombang handphone yang berlebihan dan menurunkan ketegangan di otak. InsyaAllah lihatlah keberkesananya nanti.

Kencing Manis.

Orang yang mengidap sakit kencing manis ,tubuhnya sangat mengharapkan sesuatu yang manis. Ini merupakan kecelaruan mekanisma tubuh dalam mengenal pasti antara keperluan dan pemintaan. Bagitu juga dengan orang yang ada masalah darah tinggi sentiasa berkehendakkan sesuatu yang masin.

Sel perasa di atas lidah sudah tidak lagi dapat memberi petunjuk yang betul kerana baginya sesuatu yang terlalu manis itu baru berada pada tahap manis biasa dan bagitu juga masin. Oleh sebab itu kekuatan akal diperlukan dalam menguasai emosi dan kehendak kerana mekanisma hemeostatik sudah tidak seiring dengan keperluan tubuh.

Sama seperti seorang yang berada dalam bilik hawadingin,walaupun mengalami kekeringan air tetapi tetap tidak haus kerana persekitaran dingin telah mempengaruhi tubuhnya. Akhirnya sesaorang itu akan terasa sakit di bahagian kepala dan pinggang kerana cairan pada otak dan pada tulang lumbar akan digunakan.

Dinasihati pada pesakit kencing manis juga jangan mengambil air ais batu kerana ini juga akan menyebabkan tubuh menjadi lembab untuk bekerja dan gula kemudianya akan ditukar menjadi lemak yang sukar untuk dihilangkan. Minum air hangat atau suam terutama sewaktu hendak tidur malam kerana ini akan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti kerana kencing manis dan darah tinggi akan semakin serius jika tidur tidak berkualiti.

Bukan itu sahaja,tidur di awal malam sangat baik untuk penyembuhan kedua penyakit ini daripada tidur lewat kerana penaruh hormone melatonin dalam menurunkan glukosa dalam darah dan tekanan darah tinggi . Proses ini berlaku pada awal malam di mana pineal gland merembeskan melatonin pada 1/3 malam yang pertama bermula dari waktu lepas magrib.

Meninggalkan makan nasi merupakan satu tindakan drastic untuk menurunkan gula dalam darah. Boleh mengambil nasi dalam kuantiti yang sedikit pada waktu tengahari dan jangan ambil pada malam hari.

Kencing Manis yang serious memerlukan displin pemakanan yang kuat kerana tanpa displin masalah penyakit ini sukar diubati. Jangan memandang mudah pesakit kencing manis yang luka kerana luka tersebut akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman dan pesakit boleh jadi koma dan meninggal.

Penyakit kencing manis juga akan menjadikan tubuh malas untuk bergerak ,mengantuk dan suka tidur lepas makan. Makanan akan member kesan tenaga sebentar sahaja kemudian menggigil semula dan memerlukan makanan lagi. Makanan kebanyakannya akan ditukar menjadi lemak dan terjadilah obesiti. Lama kelamaan gula akan merosakan buah pinggang,melemahkan jantung mengakibatkan tubuh semakin ditekan dengan penyakit penyakit baru.

Mengambil herba sama seperti menyapu sampah sarap daripada longkang yang tersumbat. Kadar gula akan semakin berkurangan hasil sinergi antara pemakanan dan ubatan. Ubatan menjadi penyapu dan pemakanan tanpa gula,beras,santan dan roti menjadi air yang akan turut mengalirkan sampah keluar tubuh. Tanpa makanan ,herba tidak berkesan dan tanpa herba makanan juga tidak berkesan. Inilah yang kita perlu tahu untuk perubatan herba yang berkesan InsyaAlah.

Friday, April 9, 2010

Santau Angin (catatan hidupku).

Datukku dahulu seorang bomoh santau yang mungkin terkenal pada zamannya(Husin Tok Tukang Awang). Beliau juga meninggal dunia muntah darah selepas meminum secawan kopi(juga dikatakan terkena santau) Banyak juga aku dengar tentang ilmu santau ini . Lebih-lebih lagi aku juga sangat cenderung hati bagi mempelajari ilmu perubatan tradisonal Melayu. Datok meninggalkan sebuah beg kain kecil yang mengandungi geliga untuk orang yang dikatakan terkena santau. Aku tak melihatnya tetapi ibuku dan bapak saudaraku mengesahkan hal ini memang benar. Aku hanya sempat bertanya bapak saudaraku(HJ Mat) apakah geliga itu,dia menyatakan antaranya ialah tulang ikan Yu Kemian dan akar terung pipit.(sekarang produk shark cartilage)

Di sini aku ingin mempertengahkan pandanganku tentang santau angin. Isteriku juga pernah bertanya “apakah aku percaya atau tidak dengan santau angin?”.

Aku anak kampong yang dilahirkan dalam masyarakat yang banyak menggunakan perkhidmatan “bomoh”. Mungkin anda sekelian tidak mengetahui tentang “racak” yang di hanyutkan ke sungai atau ke Laut atau mungkin anda sekelian tidak pernah tahu tentang “kayu pasong hantu” yang diletakan dirumah dengan pelbagai kepercayaan. Mungkin anda semua juga tidak mengetahui tentang “tahi besi” bagi menghalau Jin dan sebagainya. Semua yang aku katakan diatas pernah kulalui di zaman kecilku.

Aku juga ingin menambah sikit lagi maklumat tentang keluargaku yang mempunyai pantang larang dalam kehidupan. Di rumah tidak boleh membuat buah Melaka(perlis) dan kalau dibuat juga walaupun sembunyi-sembunyi semua ahli keluarga akan demam. Di kampungku (tempat tapak madrasah) juga tidak pernah berlaku sebarang kecurian kerana dikatakan mempunyai penunggu dan perkataan yang sering disebut iaitu “sahabat”.

Sejak kecil ayahku memang sedia sakit, datokku akan datang berikhtiar dengan pelbagai cara. Waktu malam aku sering mendengar derapan kaki orang berjalan diatas bumbung rumah dan juga di atas bumi. Kadangkala rasa takut dan kadangkala tak rasa apa-apa.

Kedatangan “Shiekh Ismail(sama nama) ,tuan guru dari Mekah telah mengubah kehidupan kami keseluruhannya. Kami di kenalkan dengan rupa tauhid yang sebenarnya. Pak long Mat pertama kali menerima kefahaman ini lantas membakar semua buku-buku perubatan datok yang bercampur mistik. Aku yang belajar dengan pak Long Mat juga meyakini bahawa beliau memilih jalan pengubatan yang benar. Kami yakin pada Allah dengan sepenuh hati dan tidak ada tapi-tapi lagi.

Pak long yang digelar sebagai “Mat licin” dikatakan memiliki ilmu kebal (pernah ditembak dari jarak dekat dan terbukti) menyatakan “kita perlu keluar dari jahiliah kepada muslim yang sebenarnya”. Dia benar-benar bertaubat dan aku lihat Allah mengurniakan” ilmu yakin” padanya. Keyakinannya tinggi melebihi dari kebanyakan guru ugama yang pernah aku temui. Dia sanggup berhadapan dengan siapa juga manusia yang kononnya memiliki ilmu dunia yang tinggi demi menegakkan kebenaran dan membenteras syirik. Apa yang aku lihat biasanya orang yang dikatakan kerasukan jin akan hilang bila sampai bertemu dengannya.

Ilmu-ilmu mistik sebenarnya kian hilang dalam masyarakat Malaysia tetapi kini tiba-tiba ia muncul semula dengan arus yang lebih hebat. Inilah pengaruh filem yang aku lihat 10 tahun dahulu di Indonesia. Alangkah jauhnya saudara-saudaraku yang masih lagi berada dalam alam mistik lagi syirik,perasangka jahat pada setiap orang dan percaya dengan kata-kata orang samada bomoh ataupun ustaz.

Pak Long sangat marah jika dikatakan buatan orang! Aku juga tak lah macam pak Long sangat tapi geram juga bila penyakit selalunya dikaitkan dengan orang. Pak Long kata “ biar kita mati sekali-kali jangan bersyirik pada Allah” dan aku pegang kata-kata itu kerana itulah yang diajar oleh Nabi saw.

Di sinilah perubatan Jawi berpisah dengan pengubatan Islam yang lain kerana Kami tidak akan menyabitkan penyakit dengan saka,santau angin, buatan orang dan lain-lain lagi kerana kami sangat yakin bahawa kesemuanya itu berlaku dengan izin Allah.

Sakit itu sebab dosa kita sendiri(penghapus dosa) kenapa pula dikaitkan pada orang lain. Santau angin adalah ulser perut dan akhirnya menyebabkan muntah darah. Mereka berkata kalau ada ulser kenapa tak dapat dilihat oleh doctor? Inilah yang hujah para pengamal perubatan batin lagi batil. Tidak lihat bukan bererti tak ujud kerana pengalamanku dalam dunia perawatan ,penyakit pada tahap awal kebiasaannya tak dapat dikesan. Doktor hanya dapat mengesannya pada peringkat penyakit sudah jadi 80% dalam badan. Barulah dikenali sebagai kanser,barah,darah tinggi dan lain-lain lagi.

Aku ingin menyatakan ada satu istilah yang lebih mudah difahami iaitu “fobia”. Fobia ini adalah penyakit ,orang yang sudah kurus merasa dirinya sangat gemok.Orang yang tidak sakit merasakan dirinya sakit, kerana apa? Kerana mindset (otak bawah sedar) telah merakam perkataan bomoh yang menyatakan ia disantau. Dia akan sakit buat selama-lamanya jika tidak ada orang yang mampu menyampaikan tentang ilmu tauhid padanya. Lebih-lebih lagi fobia ini akan menjadi darah daging sekiranya ia percaya 100% pada bomoh atau ustaz yang suka meramal.

Dengan Nama Allah, ramai mereka yang berada dalam situasi ini(fobia) telah sembuh setelah bergabung dengan HPA dan mengikuti perubatan Jawi. Kita bukan menyediakan air penawar untuk mereka tetapi yang kita berikan ialah aqidah yang sebenar bagaimana mempertuhankan Allah sebagai Rab dan Ilah yang disembah dan tempat meminta.

Hari ini kami tidak lagi demam bila membuat kuih “buah Melaka” malah perlu membuat banyak sebab keluarga menjadi semakin ramai. Ibuku akan tersenyum bila aku cerita hal ini pada kalian dan itulah yang aku harapkan dari sebuah perjuangan agar menjadi ibadah yang diterima oleh Allah. Amin.

Sakit gigi

Kadangkala anda hairan kenapa gigi terlalu kerap sakit sedangkan anda berus gigi pagi dan malam.
Sakit gigi juga dikaitkan dengan berlakunya "geseran" gigi pada waktu tidur malam. Ini semua berlaku di luar sedar di mana gigi dirapatkan dengan kuat dan digeser seperti mengunyah sesuatu yang keras. Bunyi geseran boleh kedengaran terutama pada kanak-kanak kecil. Bila ada gigi yang terkena pada gusi,maka keesokan akan mulalah sakit pada gusi tersebut.

Kenapa berlaku geseran pada gigi?
Jawapanya ialah stress.

Orang yang stress akan melepaskan perasaanya pada gigi sewaktu tidur malam. Ini lebih parah jika ia mengambil makanan yang mendatangkan elergi . Berjumpa dengan doktor boleh dilakukan untuk meratakan gigi .

Perubatan herba menggunakan herba berbuku (monokot)untuk perawatan gigi seperti kapsul malac,ardisia atau buku jagung,buku tebu,buku buluh dan lain-lain lagi. Apapun yang lebih baik, perasaan itu boleh menjadi tenang dengan memperbanyakan membaca al Quran dan berzikir. amin