Saturday, October 11, 2008

Kulat Susu Harimau

Mengikut ceritanya cendawan ini tumbuh dari tumpahan susu harimau namun tidak dapat dibuktikan kebenaranya namun bagitu dari zahirnya kulat ini seolah-olah sebuah ketumbuhan dipayu dara.Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan.
Dalam pengubatan ,kulat ini dijadikan ubat sapu dimana biasanya kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara.Pesakit akan merasai dingin dan mengurangi peradangan atau bengkak susu .
Air asahan tadi boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakan berlakunya peradangan yang lebih teruk.Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat didalam hutan-hutan tebal dibanjaran titiwangsa.
Kulat yang baik yang mempunyai berat bila di timang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong.jika telah ada pembengkakan yang ada nanah penggunaan kulat ini akan menyebabkan ia pecah dan dnanah dan darah kotor akan mengalir keluar.

Thursday, October 9, 2008

Minyak But-But menghitamkan Rambut

Minyak but-but boleh dijadikan sebagai minyak penumbuh rambut khususnya pada bayi.Rambut akan menjadi lebat dan hitam.Bagitu juga menghitamkan uban pada orang dewasa disamping menguatkan akar rambut agar tidak gugur.Kaedah penggunaanya cukup di sapu sedikit sambil menyampaikannya kekulit kepala.
Pengetahuan tentang khasiat MBB sebagai tonik rambut telah lama diketahui dan telah terbukti sejak zaman berzaman.Pada masa dahulu orang menyatakan MBB sebagai minyak MALI bererti minyak untuk rawatan kebotakan.Minyak yang digunakan sebagai base MBB bukan dari minyak petroliumyang panas tetapi dari jenis minyak tumbuh-tumbuhan yang menyejukan kepala.Herba yang terdapat dalam MBB dikatakan menjadi baja(tonik) bagi pertumbuhan rambut yang sehat.InsyaAllah lihatlah perubahannya selepas sebulan menggunakanya.Amin.

Tekanan Jiwa.

Tekanan jiwa merupakan salah satu penyakit yang ada hubungan dengan faktor kerohanian .Akibat dari masalah spiritual yang lemah menyebabkan belaku riaksi imbalance horman dalam tubuh badan.Pesakit sukar untuk tidur pada malam hari dan kadangkala sampai diperingkat ingin membunuh diri.Biasanya pesakit diberi ubat penenang bagi mendapatkan kerehatan dan supaya tidak menjadi aktif.

Seperti diatas keadaan ini berlaku kerana masalah spiritual yang lemah oleh itu bagi memperbaiki keadaan hormon tersebut hendaklah memperkuatkan kembali amalan-amalan kerohanian seperti zikir,bacaan quran,majlis ilmu,banyakkan istifar,salawat dan doa.

Amalan-amalan ini ada diterapkan dalam program PBC khusus bagi membina semangat hidup baru bersama HPA.InsyaAllah.

Monday, October 6, 2008

Hilang Ingatan

Berlaku dalam situasi seorang pesakit yang mempunyai masalah kencing manis dan darah tinggi yang serious tiba-tiba menjadi hilang ingatan,gelisah,meracau,keluar berjalan dari rumah tanpa disedari dan lain-lain lagi.Pesakit itu sendiri tidak ingat perkara yang berlaku.Situasi ini sering dikaitkan dengan gangguan makhluq halus,saka dan lain-lain lagi.
Sebenarnya keadaan ini berlaku akibat daripada pengaruh ubatan kimia yang kini mengganggu buah pinggang.Bila berlaku keadaan ini air sangat kering dalam badan menyebabkan kesedaran mulai menurun.Darah tinggi atau kencing manis yang meningkat gulanya boleh menyebabkan situasi ini.
Bila dalam keadaan bagini,beri pesakit minum air yang mencukupi dan sebaiknya menggunakan teh herba dan malac/alac .Jika keadaan pesakit susah tidur pada waktu malam akan menyebabkan pesakit menjadi semakin parah,penggunaan VCO adalah dicadangkan.