Monday, June 30, 2008

Parkinson

Parkinson merupakan penyakit saraf yang banyak berlaku pada golongan tua.Kaedah rawatan Pengubatan Jawi ialah dengan menggunakan minyak zaitun ,madu,kismis dan habatus saudak.Herba tambahan ialah deep cleansing dan omega 3.Kesemua herba tersebut di ambil mengikut dos seperti dibawah:-
1. Minyak zaitun (sebaiknya menggunakan dalam bentuk minyak bukan soft gel) .
2 tudung botol minyak zaitun/3 kali sehari (2 x 3)
2. Madu (2 sudu besar madu + air biasa/2 kali sehari/pagi dan malam)
3. Kismis
4. Habatussaudak soft gel (2 x 3)
5. Deep cleansing ( 3 x 3 )
6. Omega 3 (3 x 3)
Penggunaan herba ini mestilah berterusan hingga sembuh.InsyaAllah.

Saturday, June 28, 2008

Akar mengkudu antikanser kolon.

Lelaki lebih mudah terkena kanser kolon berbanding dengan wanita dan kebanyakanya selepas umur 50 tahun.Satu kajian telah dilakukan keatas mengkudu hutan(Morinda eleptica)mendapati tumbuhan ini mengandungi satu bahan aktif yang dikenali sebagai "morindin" yang bertindak sebagai antikanser kolon.

Dalam produk HPA akar mengkudu digunakan dalam kapsul Tuju Angin,Kapsul radix,Kapsul paramaria dan kopi radix.Kesan pengambilan produk-produk tersebut menjadikan sesaorang itu lawas pembuangan air besarnya.
Mudah-mudahan pengamal produk HPA terhindar daripada kanser usus.Amin.

Menghilangkan tompok hitam.

Tompok hitam dimuka (freckles/jeragat) boleh dihilangkan menggunakan kombinasi bedak tompok hitam dan minyak sepang.Sapukan adunan itu 2 atau 3 kali sehari terutama waktu pagi atau malam.InsyaAllah dalam tempoh seminggu tompok hitam akan hilang.Disamping itu jangan lupa pengambilan omega 3 (kapsul/soft gel).

Keriangan bersama RFC.

Rata-rata orang menyatakan mereka menjadi gembira selepas makan di RFC,kenapa?
Ini adalah disebabkan Sos Cili RFC.Selain dari tidak mengandungi pewarna makanan ,ia juga membantu untuk penjagaan emosi.Kajian menunjukan cili mengandungi "capsaicin" yang bertindak untuk membebaskan hormon endofin dalam otak.

Sebab itulah apabila anda keluar dari RFC anda akan gembira berbanding daripada sebelumnya .InsyaAllah.

Omega 3 kapsul/soft gel

Digunakan untuk penjagaan kesihatan seperti:

1. Osteoarthritis - peradangan sendi
2. Osteoporosis - keropos tulang
3. Artherosclerosis - sakit jantung(tersumbat)

Dalam pengubatan herba sesuatu yang baik untuk jantung juga baik untuk kulit.Ini ternyata omega 3 juga menghilangkan kendur(sagging) , kedutan kulit , menjadikan kulit lembab,tegang , anjal dan berseri.

Bagi mereka yang menggunakan kosmetik Centella White jangan lupa prinsip penjagaan diri HPA"cantik diluar dan bagus didalam" dengan tidak meninggalkan omega 3.Bagi saya kapsul lebih alami dari soft gel.InsyaAllah.

Tulang belakang haus

Kesakitan di tulang belakang akibat dari pergeseran slip disc boleh disembuhkan dengan pengambilan kapsul radix dan Tuju Angin.Masalah osteoporosis (keropos tulang) juga dapat dihilangkan melalui kaedah ini malah lebih cepat berbanding dengan penggunaan susu dipasaran.
"inilah keistimewaan herba kita bagi orang yang mengetahui".Kes ini bukan kes terpencil tetapi sering saya temui testimoni dalam program-program yang diadakan.Malang sekali masyarakat hari ini lebih percaya pada susu sedangkan herba lebih berkesan.InsyaAllah.

Friday, June 27, 2008

Kemurungan/depression

Salah satu penyakit jiwa akibat daripada tindak balas hormon kortisol bermula daripada kegagalan mengawal emosi dalam diri.Sering menyalahkan takdir dan lemahnya pergantungan diri pada Allah swt.Sebab-sebab yang lain mungkin datang dari gejolak hormon terutama menjelang menopaus bagi wanita yang sudah berumur lebih 40 tahun.

Pengubatan Jawi telah berjaya merawat masalah ini dengan pengambilan:-

1. Spirumadu - 3 sudu besar dicampur dengan air biasa segelas/3 kali sehari
2. Omega 3 - 3x3
3. Eq minda - 2 sudu besar di campur dengan air biasa segelas/3 kali sehari
4. Spirulina - 3 x 3

InsyaAllah,produk ini merupakan pilihan terbaik.

Penyakit SLE

Sejenis penyakit autoimun yang sukar diubati dengan pengubatan moden.Pengalaman saya merawat pesakit SLE menunjukan kesembuhanya dan sangat bergantung kepada displin pesakit terhadap penggunaan herba.Ramai yang dirawat dengan pengubatan herba Jawi berhasil malah mereka sembuh keseluruhannya dan ada yang berkahwin(wanita) ,mengandung dan melahirkan anak yang sehat:-

Herba yang dicadangkan ialah:-
1. Teh herba (sehari 10 sachet/1 jag air panas) dihabiskan dalam masa sehari
2. Spirulina 5 x 3
3. Malac 5 x 3
4. Minyak but-but (lumuri badan dengan minyak but-but sentiasa)
5. Herba Tuju Angin 5x3
6. Ubat periuk alac (setengah cawan/3 kali/hari)
7. Ubat periuk Lohard (setengah cawan/3 kali/hari
8. Shark cartilage 6 kapsul waktu pagi sahaja.
9. Omega 3 kapsul 5x 3

Inilah resepi yang sentiasa saya berikan kepada persakit SLE,jika dirasakan dosnya tinggi boleh dikurangi sedikit daripada cadangan.Tempoh rawatan 6 bulan dan perubahan akan dapat dilihat dari bulan ke bulan.

Tuesday, June 24, 2008

Penyakit dari unsur api.

Unsur api akan menyerang dibahagian kepala menyebabkan pesakit merasa panas dikepala,sakit dan sukar tidur pada waktu malam.Kelihatan urat-urat merah di mata putih dan lidah pula seperti digigit di pinggirnya.
Bawah mata berwarna hitam menandakan pesakit tidak dapat "deep sleeping".Bagi memulakan pengubatan dari unsur api,herba daripada bunga dan buah lebih utama kerana bunga dan buah berada pada bahagian paling hujung sesuatu pohon sama seperti kedudukan kepala manusia.

Buah yang terbaik dalam penelitian ahli-ahli herba ialah mengkudu kerana mengkudu akan menyebabkan pengeluaran hormon melatonin yang diperlukan bagi mendapatkan tidur berkualiti.Namun bagitu perubatan dari jenis bunga samada melalui aroma terapi ataupun madu lebah (manisan bunga) boleh disinergikan bagi mendapatkan keseimbangan sinergi.

Dua kapsul mengkudu dibuka dan dimasukan kedalam gelas air suam/hangat serta ditambah dengan satu sudu kecil madu lebah.Jangan bimbang dengan pandangan menyatakan madu lebah sesuatu yang panas kerana kepanasan dibahagian kepala dapat dikeluarkan melalui kaedah ini.
Minum 3 kali sehari ,pagi,tengahari dan malam.

Selepas solat insya pesakit perlu tidur awal kerana masa pengeluaran melatonin adalah di awal malam.Malapkan lampu,baca doa tidur dan zikirlah........

Monday, June 23, 2008

Masalah pada hati

Jika anda merasakan perubahan pada rambut,mual,pening dan keletihan yang sangat,besar kemungkinan anda menghadapi masalah pada hati.Satu lagi petunjuk ialah keinginan untuk makan sesuatu yang manis.
Keadaan ini perlu diperbaiki supaya hati jangan terus menjadi rosak dengan beberapa kaedah pemakanan herba yang berkesan iaitu:-

1. Minyak zaitun (cairan/soft gel) - 3 x 3 ( gunakan 3 sudu besar setiap kali pengambilanya)
2. Spirulina - 3 x 3
3. Omega 3 - 3 x 3
4. Habatul saudak - 1 x 3 (mengandungi omega 6)
5. Teh herba / kunyit + temu lawak - 1 paket pagi/1 peket malam.

Kurangi lemak haiwan,nasi lemak dan minyak termasuk mentega.

InsyaAllah hati akan boleh dipulihkan segera.Amin.

Sunday, June 22, 2008

Perlunya sinergi.

Terdapat banyak herba yang mempunyai bahan aktif tertentu dan teruji dimakmal mampu digunakan untuk tujuan sesuatu penyakit.Sesuatu yang pelik,herba-herba ini apabila diberikan kepada manusia ia menjadi tidak berkesan.Persoalanya kenapa?

Jawapanya ialah kerana herba tersebut tidak sampai kepada organ yang hendak di tuju.Saya berikan contuh,kunyit sangat baik untuk perut tetapi tidak semua pengguna akan dapat manafaat daripada penggunaan herba kunyit kerana tubuhnya tidak mampu melakukan penyerapan.Oleh itu kunyit perlukan satu herba tambahan yang akan membolehkan kunyit diserap dengan baik.Lada hitam boleh dijadikan sebagai agen untuk keberkesanan kunyit.

Setiap sistem tubuh terdapat herba-herba yang khusus misalnya sistem urinari(kencing) memerlukan herba yang bersifat diuretik.(malac).

Oleh sebab itulah HPA membawa kaedah sinergi dalam perubatan disamping herba itu sendiri telahpun di sinergikan.

Madu bercampur air.

Terapi madu juga sangat baik untuk kesihatan mata dan kecantikan kulit muka.Satu sudu besar madu dimasukkan kedalam setengah liter air dan digunakan untuk membasuh muka pada malam hari.Biarkan air tersebut kering di muka dan bersihkan pada hari esoknya.

Air madu akan membersikan mata serta mengelakan pembentukan selaput (rabun) malah kulit muka turut menjadi cantik putih kemerah-merahan(kulit bayi).Lakukan selama 40 malam dan lihat perbezaan pada kulit muka sekaligus sebagai terapi untuk penyakit resdung.InsyaAllah.

Tapak kasut/sepatu dan tulang belakang.

Perhatikan ketebalan tapak kasut yang telah lama anda pakai jika tidak sama tebalnya bererti anda sedang menghadapi masalah di tulang belakang.Selama ini mungkin anda berjalan dengan memberat sebelah kanan atau kiri.Ini semua bergantung kepada keadaan ditulang belakang anda.

Namun bagitu keadaan ini boleh diperbaiki pelahan-lahan melalui telnik kiropraktik(sila ikuti krusus pada bulan Julai) dan pengambilan herba yang betul.Terdapat 3 herba yang sangat baik untuk tulang belakang iaitu:-

1. Habatul Saudak soft gel - 2 x 3
2. Minyak zaitun soft gel - 2 x 3
3. Madu lebah - 1 sudu x 3 kali/sehari.

Pengambilan secara berterusan selama 3 - 6 bulan akan memberikan banyak kesan kesembuhan.InsyaAllah.

Saturday, June 21, 2008

Pokok Solanum Tribolatum

Salah satu herba yang digunakan dalam perubatan Jawi untuk perawatan kanser.Solanum ialah sejenis pokok terung yang berduri dan berbuah kecil dan kadangkala disebut sebagai terung pipit.Di India herba ini digunakan dalam perawatan Avuveda untuk tujuan yang sama.

Saya tidak tahu bagaimana keluarga saya mengetahui hal ini sejak dahulu.Datok saya telah menggunakan untuk perawatan TBC dan batuk berdarah(santau - istilah dahulu).Kaedah perawatan ini disambung oleh bapak saudara saya (Hj Mat) untuk dijadikan penawar bagi semua jenis penyakit.

Pokok terung(keseluruhan) dikeringkan dan dicampur dengan tulang ikan Yu/Hiu-ind dijadikan ubatan untuk kanser,sakit sendi,kencing manis,TBC dan lain-lain lagi.Hasil pengkajian saya mendapati herba yang disinergikan bersama ikan memberikan potensi sebanyak 13 kali ganda dari pengambilan bersendirian.(tunggal).Kini HPA mengeluarkan produk ini yang dikenali sebagai Shark cartilage plus.

Kanser lidah dan radang prostat sangat mujarab menggunakan produk ini disamping ubatan HPA yang lain.InsyaAllah.

Thursday, June 19, 2008

Jangan makan racun.

Ubatan kimia merupakan usaha yang paling akhir untuk merawat sesuatu penyakit kerana ia akan memberikan kesan sampingan pada penggunanya.Namun bagitu apabila anda telah mengamalkan ubatan kimia dan mahu meninggalkanya maka lakukanlah sedikit demi sedikit kerana untuk bergantungan terus pada ubatan herba dalam jangkamasa yang singkat tidak dicadangkan.

Ini kerana herba mengambil tempoh paling kurang 120 hari untuk benar-benar berkesan.Pada peringkat awal tubuh akan mula melakukan penolakan kerana sistem telah diprogramkan oleh tubuh untuk menolak sesuatu yang baru.

Semua ubat-ubat HPA boleh diambil bersama ubatan kimia kecuali omega 3 soft gel,garlic,mengkudu sahaja yang dilarang pengambilanya jika pesakit telah menggunakan ubat pencair darah hospital.

Lemah tenaga,mengantuk dan letih.

Apabila anda merasai cepat letih,sembelit dan kadangkala kencing berdarah,cuba sinergi ini.

1. Kopi radix - pagi,petang dan malam
2. pelawas - 2 x 3
3. Omega 3 (kapsul) - 3 x 3

Sinergi ini telah diberikan oleh en Aminudin dari perlis dalam testimoni KPJ di HQ bulan lepas.
Amalkan herba herba ini dalam tempoh sebulan.InsyaAllah akan nampak berkesan seperti yang di akui oleh pengguna lain.InsyaAllah.

Mengkudu + Madu

Gabungan madu dan mengkudu (2M) juga sangat baik untuk mengubati ketumbuhan.Buka 3 kapsul mengkudu ,dicampur dengan segelas kecil air dan sesudu teh madu.Selepas di (kacau/aduk-ind) dibiarkan 10 minit kemudian di minum sehari 3 - 5 kali.

Campuran itu tidak lengkap lagi dan perlu ditambah dengan minuman segelas air parutan kunyit putih(sebesar ibu jari sekali minum)3 kali sehari.Kaedah ini sangat baik terutamanya yang melibatkan rahim wanita.InsyaAllah.

Demam.

Perawatan demam panas boleh juga dilakukan diperut dengan cara menempelkan herba-herba yang bersifat sejuk padanya.Banyak herba yang boleh digunakan seperti,kaca piring,daun rambutan,daun raya putih,daun melor,daun kermak,daun ketumpang air dan lain-lain lagi.

Apa hubungan panas diperut dengan serangan kuman.Selain dari kita memahami bahawa banyak penyakit yang berpunca dari perut(kefahaman hadis) kita juga perlu meyakini bahawa mekanisma penyembuhan diri boleh berlaku dalam keadaan perut tidak terlalu panas.Sel T dan Sel-sel B akan menjadi lebih asktif apabila kawasan perut didinginkan.

Bolehkah kawasan perut didinginkan dengan air ais?

Kaedah menggunakan ais kepada orang yang sedang panas atau sedang kejang tidak dicadangkan kerana kesejukan yang melampaui akan menyebabkan muncul masalah lain pula.Paling baik ialah penggunaan daun yang bersifat sejuk.InsyaAllah.

Vitex untuk darah tinggi

Salah satu produk HPA ialah vitex.Ia digunakan untuk ubat darah tingi.Bahan utama dari produk ini ialah pokok patawali/seruntun-utara/brotowali - ind yang mengandungi satu bahan aktif dikenali sebagai palmatin.Dari kajian didapati palmatin bertindak menurunkan tekanan darah tinggi dan selamat digunakan.

Bagi mendapat keberkesanan yang lebih dicadangkan pengambilanya seperti dibawah:-

Vitex - 3 x 3
omega 3 - 3x 3
Teh herba - 1 hari 2 uncang/sachet
Vco - 2 x 3

Sinergi ini bukan sahaja menurunkan darah tinggi tetapi memberikan tenaga pada pesakit.Penggunaan lebih dari 3 bulan ,InsyaAlah boleh meninggalkan ubatan kimia(kena lihat bacaan darah dari masa kesemasa).

Monday, June 16, 2008

Corcinium sebagai antibiotik

Corcinium bluminium adalah nama saintifik kepada pokok mengkunyit dan digunakan sebagai antibiotik terutama untuk masalah resdung/sinusitis.Bagi kes patah tulang herba ini sekali lagi digunakan agar tidak berlaku jangkitan ditempat luka yang boleh menyebabkan nanah.

Satu lagi kegunaan corcinium ialah untuk masalah kudis buta.Ia juga memberikan kesan yang mujarab bagi pengguna .Satu perkara yang perlu diingat sewaktu anda menggunakan corcinium plus untuk perawatan kudis jangan mengambil halia atau lengkuas bersama makanan.InsyaAllah berkesan.

Jika digunakan untuk tujuan penyakit resdung ,dicadangkan untuk membuka kapsul dan di campur dengan madu lebah bersama segelas air.Sekiranya terasa agak panas dibahagian tekak,kurangi dos yang digunakan kerana herba ini termasuk dalam kumpulan herba panas.

MBB dan diare

Minyak But-But juga sangat mujarab untuk diare(cirit)mencret-ind .Campurkan satu sudu makan minyak but-but kedalam secawan air suam/hangat-ind dan minum .Ulangi sekali lagi dalam tempoh setengah jam dan jika tidak sembuh juga ulangi sekali lagi.InsyaAllah.

Bagaimana ini boleh terjadi?kerana minyak but-but mengandungi arang(charcoal) yang dapat meneutralkan keracunan dalam perut.Biasanya minyak untuk urutan tidak boleh dibuat minum kerana terdapat bahan kimia seperti pewarna dan minyak hasil petrolium.

Ini berbeza dengan mbb kerana mbb terbuat dari minyak tumbuh-tumbuhan dan tidak mengandungi sebarang pewarna kimia.Ianya selamat untuk di minum.InsyaAllah.

Surah Fatihah dan Salawat.

Surah Al Fatihah merupakan surah pembuka .Pembuka jalan kesembuhan bagi mereka yang sedang sakit.Banyakan membaca surah ini terutama bila hendak mengambil sesuatu ubatan.Bacalah dengan memahami makna-maknanya agar terserap kebesaran Tuhan yang tidak ada taranya.Sebagaimana wajibnya surah ini dalam solat bagitulah tidak sempurnanya pengubatan tanpanya.

Salawat keatas Nabi SAW merupakan syarat doa di angkat dan dimakbulkan.Ubat akan mengingatkan kita perlunya doa mengiringi perbuatan dan doa tanpa salawat ibarat surat yang tidak beralamat hanya mengharapkan satu keajaiban.Perawat dan pesakit sama-sama menadah doa untuk tujuan kesembuhan.Inilah jalan yang kita pilih dalam dunia perubatan.

Ubat fibroid

Perubatan jawi mempunyai pengalaman yang sangat berharga untuk perawatan fibroid.Daripada beberapa sampel yang dijadikan "kajian kes"menunjukan fibroid dapat diubati dengan bagitu cepat.Herba yang digunakan ialah terdiri daripada:-

1. Pokok Bonghai -Thai (sejenis ubi kayu yang tumbuh di bukit) (100 gm)
2. Pokok Tong Plin -Thai (halban akar) ......(100 gm)
3. Pokok larak pisang .......(50 gm)

Dijadikan ubat periuk rebusan(mendidih-45 minit) diambil 5 kali sehari(secawan lompang).Ramuan ini telah berjaya mengelakan pesakit dari di bedah/operasi -ind.InsyaAllah.

* nama dalam bahasa Thailand .

Saturday, June 14, 2008

detox dengan air alkali

Air minuman HPA(merah atau biru) boleh digunakan untuk program detox dengan kaedah pengambilan air 5 kali sehari:-

1. Subuh - 500 ml
2. dhuha - 500ml
3. zohor - 500ml
4. asar - 500ml
5. magrib - 500ml

kaedah ini dilakukan selama 1 minggu setiap bulan.Air alkali HPA (Biru) mengandungi pH 9.8 sangat sesuai untuk program ini dan boleh digunakan untuk semua jenis penyakit.Perubahannya akan dapat dilihat dalam tempoh masa 3 bulan.InsyaAllah.

HPA menawarkan air alkali(label biru) dengan harga yang sama dengan air mineral(label merah) bagi di jadikan minuman bersama ubatan herba yang diambil.

Thursday, June 12, 2008

VCO untuk berat badan yang ideal.

Memang benar vco sangat baik untuk masalah pencernaan terutama kanak-kanak dan masalah Tairoid yang biasa berlaku pada orang dewasa.Kedua masalah ini boleh menyebabkan berlakunya gejala kurus dan keadaan ini diatasi dengan VCO.

Bagi mereka yang sehat tetapi mempunyai berat badan yang berlebihan vco bertindak mengurangi LDL dan lemak badan .Ini menjadikan berat badan sesaorang itu ideal disamping membuang selulit pada tubuh.Jangan bimbang mengambil vco soft gel HPA kerana disamping itu ianya sangat baik untuk mengelak berlakunya penyakit kardiovaskular.(jantung dan darah tinggi).InsyaAllah

Wednesday, June 11, 2008

Ubati badan kurus dengan VCO.

Bagaimana hendak menaikan berat badan? pada diri anda sendiri atau anak-anak anda hanya perlu mengambil [produk VCO soft gel HPA.

Pengambilan bagi anak anak bawah setahun - 1x 3
Bagi orang dewasa - 3 x 3

keadaan ini berlaku disebabkan masalah pencernaan dan penyerapan (antibiotik)di samping masalah kelenjar tairod(memerlukan masa 3 bulan).Kaedah ini sangat terkait dengan kandungan asid laurik dalam VCO.Semakin tinggi asid laurik semakin berhasiat vco tersebut.Kebiasaanya VCO yang diambil dikawasan pantai lebih berkhasiat.InsyaAllah.

mata merah

sapukan minyak but-but diatas pelupuk mata merupakan kaedah pengubatan untuk masalah mata merah.Kaedah ini didapati lebih cepat berbanding dengan pengambilan ubat tetes mata yang di berikan doktor.

Minyak but-but mempunyai kesan anti peradngan yang berguna bagi perawatan mata merah.Banyak testimoni yang kita terima dari para pengedar.Amin.

Ficus untuk buasir

Ficus calicarpa dan Ardisia crispa merupakan dua herba astringen(kelat/sepet(ind) yang mempunyai kesan mengecutkan buasir/peradangan.Namun bagitu ada sedikit teknik pengambilan kapsul ficus agar lebih berkesan iaitu:-

1. Buka kapsul dengan dos minima 3x3 bagi yang tidak teruk dan 5x3 bagi yang serious.
2. Masukan serbuk kedalam gelas sederhana dan dimasukan air yang mendidih kedalamnya.
3. Kacau/aduk(ind) dan tutup dengan piring agar tidak keluar wapnya.
4. selepas agak suam,minum persiapan herba tersebut sebelum makan.

InsyaAllah ,kaedah perawatan buasir yang mudah dengan herba terpilih.

Friday, June 6, 2008

MInyak Zaitun

Ada dua sediaan minyak zaitun,satu dalam bentuk minyak(asal) kedua pula dalam bentuk soft gel.Minyak zaitun untuk kegunaan makan/ubat ialah dari jenis extra virgin olive oil.Ciri istimewa dalam minyak zaitun HPA ialah kerana ia dari negara para ambia' (Syiria)

Minyak berkualiti tinggi sangat diperlukan terutama untuk masalah saraf seperti kebas-kebas di hujung jari.Keistimewaan minyak zaitun sangat dirasai kerana ia di sebut Allah berkali-kali dalam Al- Quran.Dos yang mencukup untuk sekali pengambilan ialah 3 sudu besar/3 kali sehari.

Darah tinggi,ketumbuhan di payu dara dan buasir antara penyakit yang sangat berkesan dengan terapi minyak zaitun.InsyaAllah HPA akan terus keluarkan dalam bentuk minyak selain dari produk soft gelnya yang mula diberi perhatian.

Satu lagi minyak zaitun sangat baik juga untuk program detox(pembuangan racun dihati)InsyaAllah.

Gastrik

Kaedah mudah untuk menghilangkan gastrik(maag-ind) ialah dengan membuka 1 kapsul shark cartilage kedalam segelas air suam ,kacau(aduk-ind)dan minum.InsyaAlah akan sembuh dalam masa yang singkat kerana shark merupakan herba yang bersifat antasid.

Shark cartilage dibuat daripada 2 jenis herba iaitu :
1, Shark cartilage (tulang ikan Yu/hiu - ind)
2. Akar terung pipit

Disamping itu shark sangat terkenal untuk perawatan kanser/kanker-ind.InsyaAllah.

gastrik

Penyakit kuning selepas bersalin.

Bagi mengelakan berlakunya penyakit kuning pada anak-anak kecil selepas bersalin ,para ibu bolehlah mengamalkan ubatan HPA yang terdiri dari :-

1. Eq minda - pengambilan mestilah sejak dari tujuh bulan mengandung
(2 sudu besar x 3 kali/hari)

2. omega 3 kapsul - 2 x 3

3. Spirulina kapsul - 2 x 3

kesemua herba diambil sejak dari 7 bulan lagi.Anak yang lahir bukan sahaja tidak terkena demam kuning tetapi menunjukan kecerdasan minda dari kecil lagi.

Thursday, June 5, 2008

kelopak garam

Riaksi tiba-tiba dan mendatangkan rasa gatal-gatal pada kulit dalam berbentuk seperti kelopak bunga.Paling cepat pengubatan menggunakan minyak Tea Tree krim (minyak rambut HPA) dengan sapu d tempat yang gatal tersebut.Insyaaalah

Minyak ini juga sangat baik untuk jerawat dan tompok hitam termasuk kudis dan gatal-gatal kulit.Ia dibuat dalam bentuk water base ,tidak meninggalkan kesan lekik,mengurangi kelemumur dan rambut gugur.

Permintaan kepada produk ini tinggi kerana keberkesanya yang ketara.InsyaAllah.

Air Reverse Osmosis (air RO)

Air ro digunakan pada pesakit buah pinggang ketika melakukan proses dilisis.Air ini telah dikosongkan mineralnya bagi membolehkan berlakunya proses keterbalikan di mana racun seperti logam berat boleh dikeluarkan.

Adakah air ini lebih baik daripada air mineral.Ia menjadi baik apabila ginjal gagal berfungsi tetapi dalam keadaan biasa air mineral yang patut diutamakan.Ginjal mampu membuang keluar semua mineral yang tidak perlu daripada tubuh.Jika keadaan ginjal menjadi lemah dengan sebab-sebab kelebihan mineral tertentu,ahli-ahli herba akan memberikan herba yang bersifat diuretik pada pesakit bukanya air ro.

Kalau kita membuat perbandingan dari sunnah maka kita akan menemui beberapa hadis Rasullulah saw menyatakan bahawa air yang terbaik itu ialah air zam-zam.Air zam-zam ialah mineral bukan ro dan saya percaya pengambilan ro berpanjangan akan mengakibatkan kesan sampingan pada tubuh.

Air mineral HPA (walaupun ditulis air minuman) mengandungi mineral yang tinggi serta melalui tapisan dari logam berat merupakan cadangan kita untuk dijadikan ubat.Testimoni yang saya terima dari seorang tua,katanya penyakit gatal badanya hilang dengan hanya minum air mineral HPA sehari 2 liter.Inilah kelebihan air mineral daripada air osmosis.

Tuesday, June 3, 2008

Batuk.

HPA akan keluarkan sejenis ubat batuk daripada campuran madu,halia merah dan lain-lain lagi.Ubat batuk ini merupakan kaedah paling tradisional tetapi berkesan.Sementara menanti keluarnya ubat tersebut ,evergreen centella (kordial pegaga) yang diambil terus (2 sudu x 2 kali/hari) juga berkesan menghentikan batuk.

pengambilan dilakukan terus menerus selama 3 hari insyaAllah akan memberi kesembuhan.Elakan dari mengambil ubatan kimia.Amin.

Ubat kayap

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman untuk perawatan kayap yang berkesan:

1. Berikan shark cartilage (3x3)
2. Daun delima di tumbuk basah dan di campur dengan bedak sejuk/dingin(ind) dibuat ubat sapu atau gunakan bedak delima HPA.

3. Teh herba diminum dan dimasukan gula batu (warna agak kuning bukan putih)

Biasanya dalam tempoh seminggu ,kayap akan kering tetapi masih terasa panas(herba diteruskan hingga sembuh betul)

Gatal badan

Salah satu sebab berlaku gatal badan ialah faktor stress.Gatal ini akan berada pada satu-satu bahagian tubuh dan tidak upaya diubati dengan apa jua krim sapu.Dalam pengubatan Jawi kita melihat penyakit gatal ini dapat disembuhkan jika kita berjaya membuang masalah stressnya dengan beberapa jenis herba seperti:-

1. Omega 3 soft gel (3x3)
2. Minyak zaitun soft gel (3x3)
3. Teh herba (bersama madu/2 kali sehari)

InsyaAllah ,jadikan amalan selama 40 hari dan lihatlah perubahanya nanti.