Monday, February 14, 2011

Pengurusan Demam.

Demam panas yang tinggi menyebabkan berlakunya hidrasi (kering air) dalam tubuh. Bagi kes yang serious akan berlaku kekejangan yang dikenali sebagai "epilepsi" ataupun sawan. Pengurusan demam ialah segala usaha yang dilakukan untuk mengatasinya melalui kaedah Perubatan Jawi.

Kita telah mengumpulkan pelbagai teknik pengurusan yang lebih cepat dari penggunaan ubatan kimia dan ubatan kimia juga bukanlah jalan yang terbaik untuk tujuan ini. Selain dari organ anak yang masih lemah terutamanya ginjal kandungan aluminium hidroksida juga menjadi pengancam kehidupan masa hadapan.

Amalan yang terbaik.

1. Mandi selepas waktu Isyak hingga merasa benar-benar sejuk.
2. Mandi pada waktu subuh.
3. Menjaram dengan daun bunga cina.
4. Menyapu dahi dengan bunga melur.

Herba yang digunakan:

1. Teh untuk imuniti (Daun bidara)
2. IMT Drink
3. Kapsul IMT
4. Kopi Radix dan Madu Lebah Asli
5. Teh Hirta (batuk dan kahak)
6. Air kelapa
7. RTD Asam Jawa
8. Teh Roselle / Kapsul Roselle

Buah-buahan yang pantang diambil :

1. Buah rambutan
2. Buah durian
3. Buah tembikai

Demam denggi :

1. Teh Denggi.

Kebiasaan sekali minum sahaja platlet di dalam darah akan terus naik dan tiga gelas sudah berlaku kesembuhan. Ini dapat dibuktikan dengan testimoni yang datang dari masa kesemasa. InsyaAllah.

Tanda 'imbalance hormone' atau hormontidak seimbang.

Alahan  (Allergy symptoms)
Murung, keletihan dan kerisauan yang keterlaluan (Depression, fatigue and anxiety)
Endometriosis
Fibrocystic breasts
Rambut gugur dan bulu roma di muka berlebihan. (Hair loss and facial hair growth)
Sakit kepala, pening lalat dan fikiran yang tidak jelas (Headaches, dizziness and foggy thinking)
Nafsu seksual rendah (Low sex drive)
Osteoporosis
Premenstrual Syndrome (PMS)
Jangkitan kuman di salur kencing (Urinary tract infections and incontinence)
Uterine fibroids
Naik berat badan, bengkak air, & kembung perut (Weight gain, water retention and bloating)
Kulit berkedut (Wrinkly skin)

Pekerti Herbalis.

Muqaddimah

Herbalis adalah juga menjadi para da'i yang bekerja di jalan Allah. Kesempurnaan akhlaq dan sifat sangat diperlukan kerana natijah yang dikejar ialah kesembuhan di dunia dan kesembuhan hakiki di akhirat. Oleh sebab itulah mari kita bersama-sama cuba menyelami dan mengutip seribu mutiara akhlaq yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Langkah ini akan berakhir kepada perubahan yang menyeluruh terhadap diri dan personaliti seorang herbalis.

Pemaaf.

Amat sukar juga kadangkala kita untuk mengucapkan perkataan maaf kepada orang yang telah menyakiti hati kita selama ini. Perasaan dendam masih terasa dilubuk hati dan kita akan selalu memikirkan bilakah Allah akan membinasakannya. Namun bagitu jika kita memilih jalan Rasul sudah tentu kita akan lebih banyak rasa ingin memaafkannya dari rasa hendak menghukum. Kita sentiasa menyerahkan kepada Allah bagi menahan runtunan marah dari cuba menghapuskannya dengan pelbagai cara. Inilah kemuliaan hati manusia jika ia mampu membuang sesuatu yang dia mahu.

Nabi SAW memberikan petunjuk bahawa terdapat dua amalan yang akan dikurniakan Allah dengan kemuliaan iaitu sedekah dan sifat pemaaf. Kedua-dua amalan ini tetap meleburkan perasaan diri sendiri kerana memikirkan hidup ini adalah kehidupan berjamaah bukan individu.

Maksud Hadis Nabi SAW

"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, 'Tidaklah akan berkurang harta seseorang itu kerana bersedekah. Dan tidak pula Allah akan menambahkan kepada orang yang suka memaafkan kecuali kemuliaan. Dan tidak pula orang yang rendah hati kepada Allah kecuali Allah akan menaikkan darjatnya. (Sahih Muslim)

ii. Cepatlah meminta maaf pada orang yang kamu aniaya

"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, 'Barang siapa yang telah berlaku zalim pada orang lain dengan merosak nama baik atau harta orang lain tersebut, maka cepatlah minta maaf kepada orang tersebut sebelum datang hari di mana mata wang tidak berlaku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya.' (Sahih Bukhari)

iii. Kisah seorang pembunuh yang dimaafkan

"Dari Al-Qamah bin Wa'il bahawa ayahnya bercerita, 'Ketika aku duduk bersama Nabi SAW, tiba- tiba datang seorang lelaki datang dengan menyeret orang lain yang diikatnya dengan seutas tali. Lalu orang itu berkata,'Ya Rasulullah, orang ini telah membunuh saudaraku. Dan jika ia tidak mahu mengakuinya aku akan membawa buktinya' Rasulullah SAW bertanya, 'Benarkah engkau telah membunuh saudaranya? orang yang diseret itu berkata, ' Ya benar.' Rasulullah SAW bertanya lagi, 'bagaimana engkau membunuhnya?' ia berkata, 'ketika aku dan saudaranya sedang mengambil dedaunan pada suatu pohon untuk makanan ternakan kami, saudaranya memaki ku sehingga aku marah dan memukul kepalanya dengan kapak ku ini hingga terbunuh.' Nabi SAW bertanya kepadanya, 'Apakah kamu mempunyai sesuatu untuk menebus dirimu?' ia menjawab, 'aku tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali baju dan kapak ku ini. 'Nabi saw bersabda, 'tanyakan pada keluarga mu mungkin mereka mempunyai harta untuk
menebus mu.' ia berkata, 'aku lebih hina dari keluarga ku atas hal ini.' kemudian Nabi pun menyerahkan tali itu kepada lelaki yang saudaranya terbunuh seraya bersabda, 'ku serahkan ia pada mu (mahu dibunuh atau pun tidak).' lelaki itu pun membawanya pergi. Ketika lelaki itu pergi Nabi SAW bersabda 'jika ia membunuhnya, kedudukannya menjadi sama. 'tidak lama kemudian lelaki itu datang kembali seraya berkata, 'Ya Rasulullah, telah sampai padaku bahawa engkau telah berkata, jika aku membunuhnya maka kedudukanku sama dengan nya, padahal aku membawanya atas perintah engkau? 'Rasulullah SAW bersabda, 'mahukah engkau memaafkannya? Dan akan menjadi penebus dosa mu dan dosa saudara mu.' dia berkata, 'Ya Nabi Allah, tentu sahaja aku mahu.'Nabi SAW bersabda, 'jika demikian, lepaskanlah dan bebaskanlah ia.' maka orang itu membuang tali dan membebaskan orang tersebut.'
(Sahih Muslim)

Jalan Kesembuhan

Bukan kita yang menyembuhkan tapi sesungguhnya ia tetap menjadi milik Allah jua. Penyembuhan itu bermula dari rasa tenang di jiwa kemudian diikuti dengan ketenangan pada zahir anggota. Tanda tenang pada jiwa dapat dilihat pada tidur yang berkualiti kerana di saat tidur itulah tubuh akan bekerja untuk melakukan perawatan pada dirinya sendiri.

Namun begitu dalam tidur ada tiga perkara yang boleh berlalu iaitu kematian, kesakitan dan kesembuhan tetapi bila orang sakit boleh mendapatkan tidur yang berkualiti ia juga menjadi tanda penyakit akan sembuh, InsyaAllah. Ini dapat dilihat pada maksud dari doa tidur yang diajarkan oleh Rasullulah SAW.

" Dengan namaMu, Ya Allah, aku berbaring di atas tempat tidurku dan dengan namaMu aku bangun, jika Engkau mengambil ruhku, limpahkanlah kasih sayangMu padanya dan jika Engkau bebaskan ruhku, peliharakanlah ia sebagaimana engkau memelihara hamba-hambamu yang soleh" (Sahih Bukhari)

Alam tidur juga menjadi rahsia hidup yang tidak pernah dapat dijawab oleh manusia. Apatah lagi penemuan-penemuan benar dalam mimpi. Tidur dan bermimpi sesuatu yang benar adalah petunjuk dari Allah. Jika datang dari Allah ia berupa mimpi yang baik, cukuplah hanya diceritakan kepada orang yang dipercayai sahaja tetapi jika mimpi itu buruk jangan sekali-kali diceritakan pada orang lain kerana ia datang dari syaitan. Mimpi yang boleh menyakitkan tubuh badan boleh disembuhkan dengan meludah tiga kali ke sebelah kiri dan membaca taawuz.

Orang sakit yang tidak boleh tidur pada malam hari akan mendapati penyakitnya menjadi semakin parah. Oleh itu pendekkkan masa lawatan bagi memberi peluang ia berehat dan kurangi banyak soal jawab kepadanya. Tubuh badan akan mudah mendapat kerehatan dengan zikir samada dengan lidah atau hati. Apabila bilangan zikir sudah mencapai ribuan kali sehari, tubuh akan mula terkawal terutama dari pengeluaran hormon stress. Zikir akan membangkitkan rasa pasrah dan tenang yang luar biasa. Inilah kekuatan dalaman yang muncul sebagai penawar batin di saat tubuh kehilangan tenaga. Banyak juga kes ditemui pesakit sembuh walaupun tidak mengambil apa jua ubatan. Semuanya datang dari pertolongan Allah SWT.