Monday, January 19, 2009

Sabun clay

Sabun ini telah mula memasuki pasaran MLM dan mendapat pemintaan yang tinggi.Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema,gatal-gatal dan lain-lain lagi.Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 - 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut.
Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam pengubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini.Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna.Insyaallah.Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah.
Dari testimoni yang telah disampaikan terutamanya daripada leader-leader di utara menunjukan pemintaan sabun clay akan meningkat sekali ganda dipasaran HPA.Insyaalah.

Sunday, January 4, 2009

Medan Besi Khursani.

Besi khursani merupakan salah satu mineral yang digunakan untuk menguatkan aliran darah.Pada masa dahulu besi ini digunakan untuk menjadikan tubuh panas terutama bila diletakan pada mana-mana bahagian badan.Panasnya badan ini disebabkan kerana pengaruh beberapa jenis mineral kepada jantung dan aliran darah.Tidak ada kelebihan ajaib pada besi khursani melainkan dia sejenis mineral yang boleh melancarkan perjalanan darah terutama bagi mereka yang sejuk kakitanganya.
Namun bagitu anda akan dapat merasakan medan seperti eletrik statik ringan apabila besi ini digenggam.Rawatan yang boleh digunakan dengan besi kursani ini ialah rawatan khusus bagi masalah yang terkait dengan saraf tulang belakang,otak dan jantung.Masyarakat dahulu mengaitkan besi ini khusus bagi orang lelaki terutama masalah impotensi.Ini mungkin ada kebenaranya terjadi akibat dari kelancaran darah si pengguna.
Bagaimana untuk memastikan benar-benar besi Khursani?Selain daripada medan magnetiknya yang boleh dirasa ,besi yang terbentuk seperti batu ini juga melekat kepada magnet(besi berani) sama seperti besi yg lain.Sekali-kali jangan dikaitkan besi ini dengan tujuan ajaib yang lain kerana kepercayaan bagini boleh membawa kepada syirik.

Wafak,Yoga dan Gambar.

Berhubung dengan isu "Wafak" yang telah dibangkitkan dan pendirian HPA dalam persoalan ini telah jelas dinyatakan.Jika masih ada lagi perbahasan, saya ingin menyatakan bahawa HPA memilih jalan yang paling jelas bagi urusan-urusan yang terlibat dengan aqidah.Penggunaan wafak benar-benar mrengelirukan umat Islam terutama bagi mereka yang lemah imanya.Sikap berkecuali dalam urusan yang berkaitan aqidah ini tidak menguntungkan ummat Islam apatah lagi disaat negara yang sedang mengalami krisis ekonomi.

Bila persoalan ini ditanya kepada Dato Dr Harun Din,beliau menjawab wafak boleh membawa kepada syirik kerana dibimbangi ia menjadi sebahagian dari tangkal yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw.

Selain daripada wafak terdapat kepercayaan dengan mengantungkan gambar sesaorang dipercayai boleh mendatangkan rezeki kepada sesuatu peniagaan(pelaris).Ada golongan yang menyatakan hal ini tidak perlu diperbincangkan tetapi bagaimana hati dan perasaan anda bila melihat lebih 50% kedai-kedai makan terutama di Kedah yang mengantungkan gambar-gambar tertentu dengan tujuan pelaris.Mereka mewarnakan gambar hitam putih seorang tokoh kemudian beriktikad bahawa larisnya peniagaan mereka kerana gambar tersebut.

Kalau Yoga difatwakan haram kepada orang Islam bagaimana pula kepercayaan tentang urusan rezeki yang ada pada sekeping gambar?Mudah-mudahan majlis ugama Islam Negeri dapat membetulkan pegangan Umat Islam yang semakin terpesong.