Friday, June 12, 2009

Air Gamat

Air gamat yang asli memang boleh dijadikan ubat untuk jantung berlubang. Namun ianya amat busuk untuk di telan. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk kanser payu dara dan luka yang sudah memburuk dan membusuk seperti gangren pada pesakit kencing manis. Cubalah untuk minumnya jika itu sahaja jalan untuk selamat dari penyakit yang membawa maut.
Jawi Herb Shop (JHS) membekalkan air gamat asli yang mempunyai khasiat seperti di atas dan semoga kita dapat memberikan altenatif kepada pesakit yang sedang menderita berdasarkan pengalaman kita atau orang lain yang lampau.

Tuesday, June 9, 2009

Alergi (alahan) udang dan ketam

Bila berlaku alergi seluruh tubuh terutama muka membengkak selepas mengambil makanan laut seperti udang atau ketam ,anda boleh mencuba sinergi ini. Selain daripada menghilangkan elergi tersebut, jika ia terus diamalkan anda tidak akan elergi lagi dengan makanan laut. InsyaAllah.Herba-herbanya adalah seperti berikut:-
1. Ardisia
2. Malac
3. Plantisol
4. Vitex
Ubatan anti histamin yang diberikan di hospital dan klinik hanya menghilangkan gejala Alergi pada ketika itu tetapi tidak menghilangkan terus kesan elergi pada sesuatu makanan. Selepas anda mengambil herba HPA terus mengambil makanan yang dikatakan dahulunya Alergi. InsyaAllah tidak berlaku lagi. Allahuakbar.
Namun bagitu satu lagi yang lebih cepat menghilangkan alergi iaitu madu corcinium yang baru dikeluarkan. Lebih cepat dan mudah cuma bergantung kepada kesesuaian tubuh sesaorang.

Monday, June 8, 2009

Kaedah mudah menurunkan kolesterol

Ada beberapa kaedah yang telah diamalkan dalam perubatan jawi untuk menurunkan kolesterol didapati sangat berkesan. Dibawah diberikan sinergi yang boleh di amalkan untuk kesihatan iaitu:-
1. Radix kapsul - 3 x 3
2. Omega 3 soft gel - 3 x 3
3. Minyak zaitun soft gel - 3 x 3
4. Teh herba - 2 uncang sehari.

Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan sakit jantung tersumbat dan pesakit didapati menjadi cepat marah dalam kegiatan harianya.

Betik dan kegunaanya dalam HPA

Betik mengandungi enzim yang dikenali sebagai papain. Enzim ini digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik. Terdapat 2 produk HPA yang menggunakan enzim papain iaitu:

1. ubatan kapsul d kampuca - yang dibuat khusus untuk penyakit kardiovaskular seperti darah
tinggi dan jantung. Dos yang dicadangkan ialah 3 x 3 .

2. Syampo Betik - digunakan untuk rawatan rambut yang pecah dan berbuah. Papain benar-
benar menjadikan rambut sehat dan kuat.

InsyaAllah produk ini berkesan pada pengguna kerana pengaruh enzim papain tersebut dan selamat mencuba.

Kencing manis dan perawatanya.

Satu lagi sinergi yang sangat baik untuk pesakit kencing manis ialah dengan pengamalan 3 herba iaitu:-
1. Plantisol (cadangan 3 x3)
2. Omega 3 soft gel (3 x 3)
3. Spirulina.(5x 3)

"kadar bacaan gula saya berada diantara 5 mmol/liter - 8 mmol/liter walaupun mengambil makanan yang agak berlebihan" kata saudara Izar Zulkifli dalam KPJ Kuantan baru-baru ini. Beliau mengidap penyakit kencing manis lebih dari 2 tahun sejak umur 25 tahun lagi. Dahulu bacaan kencing manisnya disekitar 12mmol kini telah menjadi normal tanpa bantuan apa-apa ubatan kimia .Alhamdulilah herba HPA benar-benar mujarab dengan izin Allah.

sakit jiwa dan ubat penenang.

Tidak ramai diantara pengedar HPA yang mengetahui bahawa shark cartilage memang baik untuk mereka yang sedang mengalami sakit jiwa dan terpaksa menelan ubat penenang pada setiap hari. Daripada banyak testimoni yang lepas , setelah diberikan kepada pesakit-pesakit jiwa ,mereka sembuh dengan izin Allah.

Dalam satu kes yang berlaku seorang pesakit terpaksa dihentikan perkhidmatannya kerana dikatakan mengalami tekanan mental,dimasukan ke hospital dan terpaksa mengamalkan ubat penenang seumur hidup. Ketika saya merawatnya buat kali pertama didapati pertuturanya juga bercelaru,tidak dapat tidur malam dan pupil matanya sangat besar. Selepas tiga hari diberikan shark dia sudah boleh tidur dan beransur-ansur menjadi normal semula. Hari ini sudah lebih dari 5 tahun ,dia tidak lagi mengambil ubat penenang dan boleh berkerja seperti biasa. Syukur.

Kes kedua juga berlaku bagitu tetapi berlaku kepada seorang pegawai bank. Mungkin tekanan kerja yang menyebabkan dia mengalami gangguan jiwa tetapi saya yakin sesudah dia mengambil shark,dia boleh tidur dengan rehatnya. Alhamdulilah pesakit tersebut berjaya diselamatkan dari terus tinggal di hospital sakit jiwa.

Sunday, June 7, 2009

Tulang lutut hancur dan remuk.

Namanya Mohd Yunus dari Parit Raja, Batu Pahat Johor telah mengalami kemalangan pada tahun 2004. Akibat kemalangan tersebut tulang lututnya telah hancur dan remuk dan doktor mencadangkan supaya membuat pembedahan namun tidak dapat berjanji untuk mampu mengatasi masalah tulangnya telah hancur.
Oleh kerana itu bagi mohd Yunus dia terpaksa mengambil pilihan berani iaitu tidak melakukan sebarang pembedahan. 6 bulan dia berhempas pulas dengan kesakitan dirumahnya namun bagitu amalanya setiap masa ialah kopi Radix dan kapsul radix di samping menyapu dengan minyak but but. Kini tulang-tulangnya bercantum semula dengan izin Allah.

Vitex untuk darah tinggi.

Walaupun usianya telah menjangkau 62 tahun tetapi dia masih sihat disamping pengamalan ubatan herba HPA. Menceritakan kesah silamnya , puan Zaitun yang dahulunya mengidap penyakit darah tinggi dengan bacaan 190/80 selama 10 tahun lamanya namun ia tetap percaya suatu hari nanti dia tidak perlukan lagi ubatan kimia yang terpaksa ditelanya sehari hari.

Ini benar-benar terjadi,pengambilan ubatan kimia tidak mengubah tekanan darah tingginya selama ini tiba tiba menjadi normal sesudah mengamalkan ubatan herba. HPA Keyakinan inilah yang ingin beliau kongsikan agar pengalaman lampaunya mengamalkan ubatan kimia sejak 1996 sampai 2006 tidak berulang pada orang lain.

Beliau tersenyum yakin dengan formula mudah ubatan herba HPA iaitu pelawas,tuju angin dan teh herba. Selepas beberapa lama beliau terus mengamalkan Vitex,vco dan omega 3 dan ubatan kimia ditinggalkan sedikit demi sedikit. Kini sudah 2 tahun beliau tidak lagi mengambil ubatan kimia dan tekanan darahnya kembali normal iaitu 130/80. Testimoni ini diasampaikan oleh beliau sendiri dalam program KPJ keluang 2/6/09 yang lalu.

Produk Baru dari Madu.

Produk baru yang akan dikeluarkan merupakan sinergi herba dan madu dan ianya memberikan kesan yang maksima disamping pengurangan kepada kos untuk pembelian 2 produk sekaligus. Produk yang dikeluarkan ialah seperti berikut:-

1. Madu plantisol

2. Madu vitex

3. Madu Radix

4. Madu paramaria

5. Madu corcinium

6. Madu Ardisia

7. Madu cuka.

Sesuatu herba yang dicampurkan madu akan memberikan kesan yang menyeluruh kerana madu bertindak sebagai katalis bagi membangkitkan kekuatan sesuatu herba.InsyaAllah.