Wednesday, December 30, 2009

Bertiup angin beralihlah awan.

Siapa yang cadang ni? tanya salah seorang pekerja yang bertugas hari itu. "doktor!"katanya. Doktor yang cadangkan? tanya pekerja lagi . "Ya" katanya yakin sekali. Memang benar itu tulisan doktor dari sebuah klinik yang berdekatan. Ubat malac dan Teh herba untuk batu karang .
Hal ini biasa sahaja kalau datang dari ahli-ahli HPA tetapi inilah pertama kali cawangan menerima pesakit yang meminta ubat dari cadangan seorang doktor. Tahniah pada doktor yang berani memberikan ubatan herba .

Testimoni dari Kuala Nerang.

Usianya 20 tahun dan masih belajar disebuah sekolah ugama tetapi beliau menghadapi kesakitan disemua sendi-sendinya. Sakit sendi lutut dan lengan tidak tertanggung sehingga berbagai kaedah rawatan telah digunakan namun kesembuhan masih tidak berlaku. Akhirnya beliau dicadangkan menggunakan D karm dan Spirulina disamping terus minum air mineral HPA. Syukur,hari ini dia telah sembuh dan kesakitannya juga kian hilang. Pengalaman ini sangat berharga untuk mereka yang sama menghadapi masalah yang sama.

Tuesday, December 29, 2009

Telesemia

Sekarang banyak sekali pertanyaan yang dikemukakan tentang penyakit telesemia. Herba yang terbaik ialah deep cleansing dan shark cartilage. Herba hijau memang tidak bagitu sesuai dengan penyakit ini kerana mengandungi zat besi yang tinggi. Kaedah lain ialah melalui berbekam yang dilakukan pada titik limpa dan hati. Talesemia akan menyebabkan kekurangan darah dan terpaksa memasukan darah dari masa kesemasa. Jangan beri herba seperti spirulina,kurma ,bayam dan lain-lain lagi kerana ini akan menyebabkan penyakit menjadi makin parah, hati dan limpa juga akan turut membengkak.

Kursus peningkatan ilmu perawatan Kiro

Kursus ini akan diadakan pada 19,20 dan 21 januari . Mereka yang telah mempelajari ilmu ini digalakkan untuk terus menimba ilmu-ilmu perawatan yang tidak pernah habis. Oleh kerana tempat terhad pehak JHS hanya membuka kepada penyertaan awal untuk 50 orang sahaja(yang berbayar) manakala yang selebihnya perlu menunggu untuk next program pada bulan hadapan. Penerangan lanjut boleh menghubungi en Hafiz Ismail 0194749717 atau pengurus-pengurus zon.
Mereka yang belum lagi pernah mengikutinya juga boleh mempelajari teknik kiro yang mudah lagi berkesan dalam kursus ini. InsyAllah.

Sunday, December 13, 2009

Keistimewaan herba HPA

Produk-produk herba yang dikeluarkan dari oleh HPA mempunyai keistimewaanya dibandingkan dengan herba-herba yang lain. Disini saya senaraikan 10 keistimewaannya iaitu:-
1. Ia adalah resepi yang telah dipeturunkan dari satu generasi kesatu generasi.
2. Pengalamannya dalam penyembuhan pelbagai jenis penyakit telah diakui
3. Mempunyai kaedah sinergi yang berkesan.
4. Herbanya datang dari penanaman organik atau herba hutan asli
5. Tidak mendatang kesan sampingan jika tersalah pengambilan
6. Produk yang banyak mengikut kesesuaian pesakit
7. Di bantu dengan gabungan alamiah dan ilahiah
8. Dwifungsi iaitu untuk perubatan dan penjagaan kesihatan
9. Herba-herba tempatan (hutan hujan Tropika)yang mengandungi khasiat ubatan yang tinggi
10. Murah dan sudah pasti halalnya.

Banyak lagi kelebihannya yang akan saya muatkan dalam blog yang akan datang InsyaAllah.
2010 - Menguasai Pasaran Herba Di dunia.