Monday, February 14, 2011

Jalan Kesembuhan

Bukan kita yang menyembuhkan tapi sesungguhnya ia tetap menjadi milik Allah jua. Penyembuhan itu bermula dari rasa tenang di jiwa kemudian diikuti dengan ketenangan pada zahir anggota. Tanda tenang pada jiwa dapat dilihat pada tidur yang berkualiti kerana di saat tidur itulah tubuh akan bekerja untuk melakukan perawatan pada dirinya sendiri.

Namun begitu dalam tidur ada tiga perkara yang boleh berlalu iaitu kematian, kesakitan dan kesembuhan tetapi bila orang sakit boleh mendapatkan tidur yang berkualiti ia juga menjadi tanda penyakit akan sembuh, InsyaAllah. Ini dapat dilihat pada maksud dari doa tidur yang diajarkan oleh Rasullulah SAW.

" Dengan namaMu, Ya Allah, aku berbaring di atas tempat tidurku dan dengan namaMu aku bangun, jika Engkau mengambil ruhku, limpahkanlah kasih sayangMu padanya dan jika Engkau bebaskan ruhku, peliharakanlah ia sebagaimana engkau memelihara hamba-hambamu yang soleh" (Sahih Bukhari)

Alam tidur juga menjadi rahsia hidup yang tidak pernah dapat dijawab oleh manusia. Apatah lagi penemuan-penemuan benar dalam mimpi. Tidur dan bermimpi sesuatu yang benar adalah petunjuk dari Allah. Jika datang dari Allah ia berupa mimpi yang baik, cukuplah hanya diceritakan kepada orang yang dipercayai sahaja tetapi jika mimpi itu buruk jangan sekali-kali diceritakan pada orang lain kerana ia datang dari syaitan. Mimpi yang boleh menyakitkan tubuh badan boleh disembuhkan dengan meludah tiga kali ke sebelah kiri dan membaca taawuz.

Orang sakit yang tidak boleh tidur pada malam hari akan mendapati penyakitnya menjadi semakin parah. Oleh itu pendekkkan masa lawatan bagi memberi peluang ia berehat dan kurangi banyak soal jawab kepadanya. Tubuh badan akan mudah mendapat kerehatan dengan zikir samada dengan lidah atau hati. Apabila bilangan zikir sudah mencapai ribuan kali sehari, tubuh akan mula terkawal terutama dari pengeluaran hormon stress. Zikir akan membangkitkan rasa pasrah dan tenang yang luar biasa. Inilah kekuatan dalaman yang muncul sebagai penawar batin di saat tubuh kehilangan tenaga. Banyak juga kes ditemui pesakit sembuh walaupun tidak mengambil apa jua ubatan. Semuanya datang dari pertolongan Allah SWT.

1 comment:

mokjie said...

Semua atas izin Allah..
La haulawalaquwwataillabillah