Thursday, June 5, 2008

Air Reverse Osmosis (air RO)

Air ro digunakan pada pesakit buah pinggang ketika melakukan proses dilisis.Air ini telah dikosongkan mineralnya bagi membolehkan berlakunya proses keterbalikan di mana racun seperti logam berat boleh dikeluarkan.

Adakah air ini lebih baik daripada air mineral.Ia menjadi baik apabila ginjal gagal berfungsi tetapi dalam keadaan biasa air mineral yang patut diutamakan.Ginjal mampu membuang keluar semua mineral yang tidak perlu daripada tubuh.Jika keadaan ginjal menjadi lemah dengan sebab-sebab kelebihan mineral tertentu,ahli-ahli herba akan memberikan herba yang bersifat diuretik pada pesakit bukanya air ro.

Kalau kita membuat perbandingan dari sunnah maka kita akan menemui beberapa hadis Rasullulah saw menyatakan bahawa air yang terbaik itu ialah air zam-zam.Air zam-zam ialah mineral bukan ro dan saya percaya pengambilan ro berpanjangan akan mengakibatkan kesan sampingan pada tubuh.

Air mineral HPA (walaupun ditulis air minuman) mengandungi mineral yang tinggi serta melalui tapisan dari logam berat merupakan cadangan kita untuk dijadikan ubat.Testimoni yang saya terima dari seorang tua,katanya penyakit gatal badanya hilang dengan hanya minum air mineral HPA sehari 2 liter.Inilah kelebihan air mineral daripada air osmosis.

No comments: