Thursday, June 19, 2008

Demam.

Perawatan demam panas boleh juga dilakukan diperut dengan cara menempelkan herba-herba yang bersifat sejuk padanya.Banyak herba yang boleh digunakan seperti,kaca piring,daun rambutan,daun raya putih,daun melor,daun kermak,daun ketumpang air dan lain-lain lagi.

Apa hubungan panas diperut dengan serangan kuman.Selain dari kita memahami bahawa banyak penyakit yang berpunca dari perut(kefahaman hadis) kita juga perlu meyakini bahawa mekanisma penyembuhan diri boleh berlaku dalam keadaan perut tidak terlalu panas.Sel T dan Sel-sel B akan menjadi lebih asktif apabila kawasan perut didinginkan.

Bolehkah kawasan perut didinginkan dengan air ais?

Kaedah menggunakan ais kepada orang yang sedang panas atau sedang kejang tidak dicadangkan kerana kesejukan yang melampaui akan menyebabkan muncul masalah lain pula.Paling baik ialah penggunaan daun yang bersifat sejuk.InsyaAllah.

No comments: