Thursday, July 31, 2008

Herba untuk afrodisiac

Apa sahaja yang dinamakan herba khas untuk Afrodisiac(menambah gairah sex) tidak akan dapat berfungsi dalam tempoh masa yang cepat.Viagra tidak boleh di katogorikan dalam istilah herba kerana ia telah diproses melalui tindak balas kimia sintatik.Walaupun pada asalnya daripada herba untuk tekanan darah tinggi atau jantung.

Akhir-akhir ini ada syarikat yang mendakwa mengeluarkan coklat herba untuk afrodisiac .Ramai pengguna yang telah mencuba dan katanya sangat berkesan.Syarikat yang tidak jelas ini mengaut keuntungan dari kehendak pelanggan yang tak putus putus.Peniagaan yang hanya bercerminkan wang semata-mata tidak akan mengambil kira tentang kesan sampingan kepada pengguna asalkan mereka percaya dengan perawatan tersebut.

Kementerian Kesihatan hari ini telah bertindak mengharamkan ubatan tersebut kerana mengandungi bahan kimia bahaya namun bagitu bagitu saya rasa tindakan KKM sangat lambat dalam menaggapi isu-isu bagini menyebabkan ribuan orang yang sudah menggunakan bahan bahaya ini.

Pengguna sepatutnya sedar kerana hal ini bukan perkara baru dalam masyarakat kita dan ingatlah bahawa herba bukan peluru ajaib yang dapat bertindak dalam tempoh masa yang sangat singkat.Ingatlah......

No comments: