Buah-buahan merupakan salah satu dari herba yang menyehatkan badan jika diambil betul dengan masanya.Ini sangat bergantung dengan musim.Bagitu juga dengan rawatan seperti bekam sangat sesuai dengan musim panas dan madu pula sesuai dengan musim sejuk.Buah-buahan yang keluar diluar musim tidak boleh di ambil banyak sebab ianya akan bercanggah dengan panas atau sejuk pada ketika itu.
Buah Rambutan bersifat sejuk pada tahap pertama,jika diambil oleh orang yang demam akan bertambah demamnya.Orang yang demam panas perlu diberikan herba yang dapat mengeluarkan kepanasanya tidak boleh diberikan dengan herba sejuk tahap pertama.Daun rambutan pula boleh dijadikan herba jaram untuk orang yang demam panas.
Buah Durian pula bersifat panas jika diberikan kepada orang yang panas akan bertambah-tambah panasnya.Buah durian yang di makan selepas pengambilan herba tongkat Ali boleh menyebabkan demam atau orang yang ada ulser menjadi pedih perut dan sebagainya.
Namun bagitu jika berlaku sebarang tindakbalas berhubung dengan keracunan buah-buahan ,ubi kayu,makanan beracun,boleh gunakan shark cartilage sebagai penawarnya.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment