Dalam perubatan Jawi kita dapat mengesan ada satu kesinambungan pengubatan kencing manis dengan menggunakan herba yang berwarna hitam seperti tebu hitam,habatul saudak,beras pulut hitam/ketan ,ayam hitam dan lain-lain lagi.Garam yang digunakan untuk membuat deep cleansing juga berwarna hitam(garam bukit).
Madu lebah yang terbaik untuk pesakit kencing manis juga yang berwarna hitam.Madu lebah yang berwarna jernih boleh menjadi hitam setelah disimpan setahun.Bagitu juga dengan herba yang berwarna hijau kehitaman seperti pokok daun kari atau kayu yang berwarna kehitaman iaitu kulit kayu manis.
Dalam kajian nutrisi mendapati kebanyakan herba yang digunakan untuk kencing manis mengandungi cromium yang tinggi . HPA menggunakan dedalu/benalu yang daunnya merah kehitam hitaman yang terdapat dalam plantisol.Cuma pesakit kencing manis perlu meninggalkan 2 dan menggantikan 2. Perlu meninggalkan santan dan roti dan menggantikan gula putih dengan gula merah serta menggantikan beras putih dengan beras perang atau beras merah.InsyaAllah .
No comments:
Post a Comment