Wednesday, August 6, 2008

Aura.

Dari mana datangnya perkataan aura? Dari penganut ugama budha terutama yang percaya dengan kuasa batu seperti batu jade dan sebagainya.Akhirnya perbincangan aura dikaitkan dengan warna yang ujud pada tubuh badan manusia.Warna ini akan berubah apabila dikenakan batu pada tubuh.Aura digunakan meluas bagi membayangkan keadaan negatif (buruk) atau positif(baik)pada sesaorang.

Persoalanya aura bukan sahaja pada perasaan tetapi ia akan membawa kepada kepercayaan bahawa pelbagai kaedah boleh digunakan bagi membetulkan aura seperti pemakaian batu dalam bentuk kalung dan gelang,meditasi seperti Yoga,Reiki dan pelbagai kaedah lain yang bercanggah dengan Islam.

Terdapat satu istilah yang lebih tepat digunakan oleh orang Islam iaitu "Warid".Warid ini hasil daripada wirid(amalan zikir yang berterusan)meujudkan kejernihan dan ketenangan hati "sakinah".Tidak sama dan tak mungkin boleh dibandingkan antara aura dengan cahaya Rabani Allah yang esa.Oleh sebab itulah berhati hati dengan istilah aura kerana sandaran aura ini kepada benda dan latihan kerohanian yang mensyirikan Allah.

1 comment:

TeamUbaid said...

assalamu 'alaikum,

sekiranya aura ini dapat dicerap oleh kamera, adakah ini masih dikira sesuatu yg berasaskan khurafat dan tahyul?