Wednesday, April 15, 2009

Pengubatan Herba.

Berkata Imam Malik “ Seiap orang dapat diterima pandanganya dan dapat ditolak kecuali (pandangan atau pendapat) Nabi saw”.

Pengubatan herba merupakan sekumpulan penelitian dari orang-orang yang terdahulu terhadap sesuatu penyakit.Ada yang menulis dalam buku-buku catatan tetapi kebanyakannya diperturunkan tanpa catatan yang jelas.Ilmu ini kian hilang dengan meninggalnya generasi ini dan gulungan muda pula tidak berminat untuk mengkajinya kembali.Banyak herba-herba yang sudah tidak dikenali oleh generasi muda dan mereka mengambil jalan mudah dengan mendapatkan rawatan di hospital.

Saya sama sekali tidak menolak pengubatan moden hari ini malah berterima kasih atas kajian ilmiah yang mendalam terhadap sesuatu penyakit namun bagitu pilihan ubatan kimia bukanlah sesuatu yang tepat pada setiap masa.Herba boleh diambil sebagai komplimentari atau pelengkap bagi tujuan pengubatan.

Apa yang saya fahami, tubuh tidak boleh dibiarkan terlalu bergantung kepada ubatan kimia semata-mata sedangkan pengubatan herba yang lebih sedikit atau tidak ada langsung kesan sampinganya ditinggalkan.saya juga memiliki pengalaman yang cukup meyakinkan sekiranya herba diletakan pada tempatnya ianya akan menjadi altenative medicine dan porpular seperti ubatan moden hari ini.

Penyakit-penyakit kronik(menahun) sangat sesuai diberikan herba jika dibandingkan dengan penyakit acute(segera) kerana tindakan herba sangat perlahan dan memerlukan masa yang panjang.Namun bagitu kecekapan mendignosis dan mensinergikan herba yang betul merupakan kekuatan yang ada pada herbalis yang tidak ternilai kepakaranya.Kalau tidak masakan mereka dijadikan “sifu-sifu” rujukan oleh doktor-doktor moden terutamanya di China.

No comments: