Saturday, April 18, 2009

Aqidah seorang herbalis.

Kesembuhan itu memang sebenarnya daripada Allah walaupun kaedah perubatan apa yang kita pilih.Namun bagi seorang herbalis ia berusaha membersihkan dirinya dari debu kotoran yang melekat pada tubuhnya kerana dia meyakini bahawa dosa itu juga merupakan penyakit batin yang lebih penting diubati.Kesakitan zahir boleh membawa kesengsaraan dalam hidup dan kematian tetapi dosa akan membawanya kepada kesengsaraan dalam neraka Allah yang tidak tertanggung.

Perawat dan pesakit perlu mencari jalan bagi mengubati penyakit batin melalui pertunjuk yang telah diberikan oleh Allah iaitu

1. Melakukan infak keatas harta yang dimiliki kerana Allah bukan atas sebab-sebab duniawi.

2. Infak yang dilakukan dijalan Allah akan membersihkan dirinya daripada dosa.

3. Namun bagitu bagi dosa-dosa besar ia perlu bertaubat dengan taubat nasoha(taubat yang bersunguh-sungguh dan meninggalkan kejahatan tersebut)

4. Melaksanakan semua rukun Islam yang menjadi dituntut padanya.

5. Menjaga tauhid jangan sampai berlaku syirik ataupun riddah

6. Menuntut ilmu bagi membezakan batasan halal dan haram dalam ugama.

Maksud Firman Allah dalah surah Al- Lail : 17 -18

Dan dijauhkan darinya (neraka) orang yang paling bertakwa yang menginfakkan hartanya (dijalan Allah)untuk membersihkan(dirinya)”.

1 comment:

Burung Murai said...

Baguslah kalau iktikad macam ni tapi hutang tetap kena bayar juga walaupun yang kita hutang itu Yahudi. Apatah lagi sesama Islam tentulah menjadi kewajipan membayar hutang itu perlu bagi mengelak fitnah kerana pelaburan yang berjuta tidak sepatutnya hutang berjela....