Thursday, April 23, 2009

jiwa herbalis.

Seorang herbalis mampu merawat pesakit dengan hatinya.Perasaan kesihan dan ingin menolong menjadikan dia akan melakukan apa sahaja asal mampu tertolong.Biarpun kadangkala dia terpaksa menjadi pendengar kepada masalah orang lain asalkan memberikan sedikit kelegaan kepada pesakit.

Orang yang tidak mempunyai ilmu rasa tidak layak menjadi herbalis Muslim.Dia tidak dapat meraba kesakitan yang dideritai oleh orang lain sehingga mengabaikan nasihat yang penuh dengan harapan.Herbalis Muslim sangat menginginkan kebaikan berupa kesihatan fizik dan rohani pesakit.Kesihatan yang membawa manusia menjadi semakin hampir dengan Allah.Dia menanamkan rasa berdosa pada hati pesakit agar kesakitan menjadi kifarah kepada dosa yang sedang dilakukanya.Dia juga menanamkan rasa sabar atas ujian yang mengkin juga dapat mengangkat martabat kehambaanya.

Herbalis muslim juga seorang yang sangat pengasih bukan hanya kepada manusia malah binatang juga mendapat limpahan kasih sayangnya.Hatinya sangat-sangat derita melihat burung yang dikurung didalam sangkar kerana dia sentiasa merasai apakah perasaannya jika dirinya berada ditempat tersebut.Herbalis tidak akan ketawa diatas tangisan orang lain kerana dia sangat yakin pada takdir yang telah ditentukan Allah padanya dan pada semesta Alam.

No comments: