Wednesday, April 15, 2009

aqidah herbalis Muslim.

Riddah

Ertinya terkeluar daripada Islam dalam keadaan tidak sedar melalui iktikad, perbuatan mahupun ucapan. Oleh itu berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu perkara apatah lagi apabila timbul perbahasan tentang ugama sedangkan keilmuan yang kita miliki adalah sikit. Banyakkan merujuk kepada ulamak yang dikatakan Nabi SAW sebagai “pewaris para Nabi”.

Kematian

Kematian merupakan kiamat kecil dengan kegoncangan yang sangat kuat dirasai oleh orang yang akan mati. Kiamat sebenar pula berlaku kegoncangan kepada seluruh alam yang maha dahsyat.Kematian juga merupakan pintu pertama bagi memasuki alam akhirat.

Husnul Khotimah

Mati dalam keadaan beriman kepada ALLAH dinamakan Husnul Khotimah sementara mati dalam keadaan durhaka dinamakan Su’ul Khotimah.Kita perlu memohon kepada ALLAH agar dimatikan dalam keadaan Khosnul Khotimah. Kematian dalam keadaan redha dan diredhai.

Suasana di Mahsyar

Keadaan di Padang mahsyar sangat azab tenggelam timbul di dalam peluh masing-masing kecuali mereka yang dapat bernaung dibawah Arash Allah. Mereka mencari siapakah yang dapat berdoa bagi mempercepatkan hisab.Tidak ada seorang nabipun yang sanggup memberikan syafaat ini melainkan Rasulullah SAW.

Melintas Titian Sirat

Setiap manusia akan melintasi titian ini dalam keadaan tertentu mengikut amalan masing-masing. Di kiri dan kanan terdapat cakuk dari api neraka yang akan menarik orang-orang berdosa jatuh satu persatu ke dalam neraka di bawahnya. Keadaan orang yang melintas titian ini bergantung kepada amalan masing-masing. Nabi Muhammad SAW adalah orang yang pertama melintasi titian ini.

Keutamaan Diam

Banyak bercakap merupakan kecelaan apabila yang dicakapkan itu perkara umpatan, perihal orang lain, mencela sesama Muslim, menjadi batu api dan lain-lain lagi sehinggakan terdapat satu hadis yang menyatakan “barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat hendaklah dia bercakap yang baik dan kalau tidak ada hendaklah ia diam

Keutamaan Jiran

Islam sangat mementingkan hubungan antara muslim terutama kaum kerabat dan jiran-jiran. Ini dinyatakan dalam hadis “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan jirannya.” Nabi juga ada menyatakan “hampir-hampir aku menyangka jiran mempunyai hak terhadap harta pusaka.” Menjaga hak jiran bererti menjaga hubungan dengan jiran agar jangan sampai bermasam muka.

Ucapan Riddah

Menyatakan semua ugama adalah benar merupakan ucapan yang menyebabkan Riddah. Tidak ada ugama yang benar selain daripada Islam. Itulah sebab kenapa turunnya penegasan ALLAH dalam surah Al-Kafirun. Namun begitu Islam memberikan hak kepada seseorang bagi memilih ugama yang diyakininya. Hukuman bunuh akan dijatuhkan kepada orang yang keluar ugama (murtad).

Fahaman Sekular.

Satu lagi fahaman sesat yang memisahkan ugama dengan aktiviti kehidupan harian. Islam hanyalah ibadat di masjid dan tidak ada kena mengena dengan politik, ekonomi dan pentadbiran negara. Fahaman ini merupakan ajaran dari ugama kristian yang memisahkan gereja dan pentadbiran negara.

No comments: