Wednesday, April 15, 2009

Berguru dengan Allah.

Saya telah dihadiahkan oleh sesaorang dengan sebuah buku yang bertajuk “Berguru dengan Allah”.Buku ini mengajar beberapa method bagaimana mendapatkan kaedah untuk berdialog dengan Allah pada setiap persoalan hidup.Di selitkan beberapa nas Al-quran bagi tujuan rujukan kepada kaedah ini.

Bagi saya buku ini sangat mengelirukan kerana aliran pemikiranya hampir sama dengan gulungan anti-hadis dan agama Budha.Keunggulan petunjuk dari hadis atau sunnah langsung diketepikan seolah-olah ugama itu boleh didapati dengan cara merenung dan meditasi sahaja.Bukankah pengakuan ini sama seperti pengakuan “Gautama Budha”(pengasas budhisme) yang menyatakan bahawa dia telah mendapat petunjuk terus dari tuhan.

Buku “berguru dengan Allah” akan memberikan kesan bahawa ilmu itu tidak perlu dituntut,tidak perlu petunjuk Rasul,tidak perlu petunjuk Al-Quran dan akhirnya hidup beruzlah meninggalkan ugama yang dibawa oleh Rasulullah saw dalam bentuk muamalat,jinayat,munakahat dan ibadah.Buku ini bagi saya tidak boleh dijadikan panduan selagi ianya tidak berpegang kepada Al-quran dan hadis.Kesannya akan menjadikan sesaorang itu ragu-ragu terhadap apa jua ibadatnya termasuklah dalam solatnya.

Maksud hadis Nabi saw.

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selagi kamu berpegang kepadanya kamu tidak akan sesat sama sekali iaitu al-Quran dan sunnahku”.

No comments: