Wednesday, April 15, 2009

UFO atau Tengelong?

Saya mengambil sedikit masa untuk bercakap tentang sejenis makhluk yang kami panggil di Utara sebagai nama "tenggelong".Mungkin kalau wartawan datang kedaerah kami dan mengambil gambarnya sedikit sebanyak dapat menyingkap misteri UFO di Johor baru-baru ini.

Ia sejenis makhluk terbang seperti bola api berwarna dan kebiasaanya warna putih terang macam bulan.Sering terbang berdua-duaan iaitu berpasangan dan muncul terutama pada malam hari atau waktu senja.Ia juga biasa terbang lebih rendah bila musim hujan sehingga kawasan pokok padi akan nampak terang walaupun malam gelap.Ramai orang kampung yang menyaksikan makhluq ini dan kami tak pernah menganggap ianya sebagai perkara pelik atau yang menakutkan.

Tenggelong juga dikenali sebagai tuju-tuju oleh sesetengah orang.Saya sendiri pernah dua kali bertemu dalam jarak yang dekat tidak sampai 3 meter dan kemudian dia akan menghilang.Pernah suatu malam saya memberhentikan kereta (isteri menunggu didalam) dan keluar untuk mengambil gambar dengan kamera saya yang agak canggih.Tapi tak sempat dia lebih cepat menghilang.Nanti bila saya berada dikampung saya akan cuba mendapatkan gambar-gambarnya bagi tontonan umum.Apakah Tenggelong ini sama dengan UFO?Apakah UFO itu dari bangsa Jin? apapun jawapanya manusia lah yang menjadi khalifah diatas muka bumi ini dan jangan ada orang yang mengaku boleh menangkap jin pula kerana kelebihan itu hanya diberikan kepada Nabi Sulaiman as.

1 comment:

Burung Murai said...

Kalau dah khalifah tentulah boleh tangkap anak buah nya.Tak kan lekeh sangat nak jadi khalifah.Kalau jin boleh tangkap manusia , manusia pun boleh tangkap jin juga la.