Unsur api akan menyerang dibahagian kepala menyebabkan pesakit merasa panas dikepala,sakit dan sukar tidur pada waktu malam.Kelihatan urat-urat merah di mata putih dan lidah pula seperti digigit di pinggirnya.
Bawah mata berwarna hitam menandakan pesakit tidak dapat "deep sleeping".Bagi memulakan pengubatan dari unsur api,herba daripada bunga dan buah lebih utama kerana bunga dan buah berada pada bahagian paling hujung sesuatu pohon sama seperti kedudukan kepala manusia.
Buah yang terbaik dalam penelitian ahli-ahli herba ialah mengkudu kerana mengkudu akan menyebabkan pengeluaran hormon melatonin yang diperlukan bagi mendapatkan tidur berkualiti.Namun bagitu perubatan dari jenis bunga samada melalui aroma terapi ataupun madu lebah (manisan bunga) boleh disinergikan bagi mendapatkan keseimbangan sinergi.
Dua kapsul mengkudu dibuka dan dimasukan kedalam gelas air suam/hangat serta ditambah dengan satu sudu kecil madu lebah.Jangan bimbang dengan pandangan menyatakan madu lebah sesuatu yang panas kerana kepanasan dibahagian kepala dapat dikeluarkan melalui kaedah ini.
Minum 3 kali sehari ,pagi,tengahari dan malam.
Selepas solat insya pesakit perlu tidur awal kerana masa pengeluaran melatonin adalah di awal malam.Malapkan lampu,baca doa tidur dan zikirlah........
1 comment:
jaadi,apa boleh dikatakan juga bahwa penyakit dari unsur api ada keterlibatan masalah dengan MEM (medan elektromagnet) tubuh manusia?
Post a Comment