Tuesday, May 19, 2009

Beras perang untuk anak-anak.

Tingkatkan imuniti anak anda dengan menggunakan beras perang. Bagaimana? Persediaanya sama seperti masak nasi Cuma air ditambah sekali ganda dari biasa. Apabila mendidih, air tersebut diambil dan di jadikan minuman pada anak-anak anda.

Tanda kelemahan imuniti adalah seperti berikut:-

1. Sering demam

2. Sentiasa selsema

3. Susah tidur

4. Kerap menangis

5. Batuk berterusan dan berkahak

6. Panas badan

7. Perut kembung dan lain-lain lagi.

Air beras perang sangat sesuai untuk anak-anak kecil.InsyaAllah.

Madu untuk Kencing Manis.

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma,cuka apel,cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu /senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral.(1 :3) .jika keadaan gula masih tidak turun ,boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1 .

Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.

Pandangan Imam Abu Hanifah

Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa bomoh dan ahli nujum mesti dibunuh., berdasarkan ucapan Umar r.a yang menyatakan "Bunuhlah! setiap ahli nujum dan dukun. Bomoh ialah orang yang mengambil jin sebagai penyampai berita padanya ,sedangkan ahli nujum ialah orang yang bercakap berdasarkan prasangka seraya mengaku tahu perkara-perkara yang ghaib.

Monday, May 18, 2009

Warna urin.

Urin dalam tubuh dapat ditentukan mengikut warnanya. Jika warnanya kuning kemerah-merahan menandakan keadaan tubuh yang kekurangan air dan jika warnanya jernih pula menandakan sudah berlaku kelebihan air.Warna urin yang elok ialah kuning muda.

Disinilah pengukuranya yang dibuat bagi mengamalkan program detox air 2. 5 liter sehari. Disamping itu terdapat 2 jenis air yang digunakan bagi kes dehidrasi yang teruk iaitu air asam jawa dan air roselle.

kekurangan dan kelebihan air akan menyebabkan sesak nafas,oleh itu warna urin perlu dilihat bagi menentukan kadar air yang cukup dalam tubuh.

Mencari ulamak pewaris Nabi.

Menghina ulamak merupakan kehinaan pada diri sendiri kerana ulamak adalah pewaris para nabi. Ulamak-ulamak yang berjuang bagi penegakkan hukum Allah swt menjadi penyelamat kepada aqidah ummat. Ulamak mengajak manusia menjadikan Allah sebagai tuhan bukanya menjadikan hamba kepada kebendaan dan pangkat.Mereka tidak pernah meminta balasan daripada apa yang mereka perjuangkan melainkan agar Islam diterima sepertimana ajaran Rasulullah saw.

Ulama tidak membawa manusia agar kagum pada dirinya sendiri dan bagitu juga pengikut-pengikutnya. Mereka bertemu membicarakan kelebihan yang ada dalam Islam bukanya membicarakan kelebihan guru-guru mereka. Hari ini kita melihat keterbalikan ini,para murid sibuk menceritakan kehebatan guru dan guru pula menerima sanjungan yang bukan menjadi miliknya.

Jangan sekali-kali kita mengukur kehebatan guru itu dengan pekara ajaib yang berlaku tetapi ukurlah dengan pegangannya kepada Al- Quran dan as sunnah.

Ramai para ulamak yang tidak cenderung hati mereka pada ugama lantas mereka tidak menghantar anak-anak meraka untuk mempelajari Islam sepertimana diri mereka. Dari soal kecil sampai perkara besar boleh dipertikaikan. Mereka mengahwini anak perempuan mereka dengan mas kahwin yang tinggi dan masih lagi menjadikan upacara persandingan sebagai hukum adat yang tidak boleh ditentang. Mereka masih boleh tersenyum melihat anak-anak mereka memakai lipstick diatas pelamin menjadi tuntunan awam. Jika berbicara sering bercakap tentang soal jin dan buatan orang melebihi dari persoalan aqidah yang perlu dipertahankan. Ini berbeza dengan ulamak yang ikhlas tetap memelihara kesucian Islam dalam apa jua sudut kehidupan.Amin semoga kita menjadi pengikut ulamak pewaris para nabi.

Wednesday, May 13, 2009

Meningitis

Saya kini berada di Melaka dan akan memberikan kuliah pada malam ini tentang perubatan herba. Salah satu soalan yang mungkin akan ditanya ialah tentang Meningitis kerana wabak ini kini dikatakan menular di negeri ini.Apakah meningitis? Ia merupakan peradangan di selaput otak dan tulang belakang yang mungkin disebabkan oleh virus,bakteria ataupun mikrob yang lain.Ia juga boleh disebabkan oleh sebahagian ubatan kimia.Tanda-tandanya seperti:-
1. demam 2. sakit leher 3. sakit kepala 4. kecelaruan 5. muntah-muntah 6. sensitif kepada cahaya dan bunyi . Perubatan moden akan memberikan antibiotik atau anti viral dan kadangkala diberikan dengan steroid.

Dalam pengubatan herba,perkataan "tis" itu menunjukan peradangan dan sesuatu yang radang berpunca dari kepanasan dari sifat api atau sifat angin.Penawarnya ialah dari unsur sejuk sebagai anti peradangan. Namun bagitu peradangan itu dilihat berlaku dimana? oleh kerana peradangan ini berlaku di otak maka bahagian herba yang berkesan itu mesti datang dari buah,biji,daun atau bunga.Kembali kepada "doktrin of signature" yang menjadi pengecaman tepat menentukan ubat maka pegagalah yang paling sesuai dibandingkan dengan herba yang lain.

Teh herba mengandungi 100% pegaga yang boleh dijadikan minuman bagi membantu menguatkan tubuh badan kepada orang yang sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati dan cadangan saya kita menjadikan minuman teh herba sebagai minuman harian sebagai langkah pencegahan.Namun bagitu jika terdapat tanda-tanda seperti berikut hendaklah segera mendapatkan rawatan di hospital kerana ia bersifat acute (cepat bertindak) sementara kelebihan herba tidak dapat mengejar serangan virus yang bagitu cepat.Jangan biarkan masa seminitpun tanpa rawatan kerana penyakit ini boleh membawa kepada kematian.Semoga Allah melindungi kita semua dari wabak ini dan kita memilih tindakan pencegahan sebelum terkena wabak tersebut.Amin.

Hujung jari runcing.

Hujung jari yang runcing memang nampak cantik seperti tombak serai. Namun bagitu dari segi kajian genetik herbalogi pula ia membawa makna pewarisan kepada penyakit kencing manis atau darah tinggi. Elok kita mengambil langkah pencegahan apatah lagi jika ahli keluarga telah mempunyai rekod penyakit tersebut.

Anda tidak boleh mengubah bentuk jari anda tetapi anda boleh merubah kepada gaya hidup anda. Ini yang lebih penting supaya kelemahan genetik yang ada pada anda tidak menjadi penyakit yang kronik. Pencegahan itu lebih mudah dan murah dibandingkan dengan pengubatan.Darah tinggi dan kencing manis boleh mengundang penyakit berangkai seperti peluru pemusnah berangkai yang memusnahkan semua fungsi tubuh.

Amalkan pengambilan plantisol dan teh herba berterusan dan herba memberi perawatan dari hujung rambut sampai hujung kaki.InsyaAllah.

Biji anggor.

Biji anggur dan biji apel mempunyai dua sifat yang berbeza dalam dunia pengubatan. Biji anggor boleh dijadikan ubat bagi menghilangkan ketumbuhan dalam tubuh dan menghilang plak di jantung. Minyak black seed oil dari biji anggor hitam telah terkenal sejak zaman berzaman .

Biji apel pula mempunyai bahan yang beracun sama seperti biji betik. Cuma dalam segi kuantiti yang tidak banyak kesan keracunan tersalah makan tidak kelihatan. Elakan dari memakan biji apel. Biji betik pula boleh menyebabkan keguguran kandungan awal sama seperti mengkudu muda.Namun bagitu biji mengkudu pula boleh dijadikan ubat untuk mengilangkan ketagihan dadah/kecanduan nakoba.

Kaedah pengecutan.

Terdapat dua cara bagaimana menghilangkan sesuatu ketumbuhan di kulit iaitu:-

1. Pengecutkan

2. Pemasakan dan pemecahan

Pengecutan lebih baik kerana ia tidak melibatkan darah yang dikeluarkan.Jika kaedah pemasakan dipilih bukan hanya darah malah nanah juga akan turut keluar dalam masa yang agak lama.

Kaedah pengecutan menggunakan pelbagai herba yang “serasi” dengan sesuatu penyakit.Serasi atau tidak diukur dengan rasa iaitu jika pesakit merasa sejuk seperti diletakan ketulan ais menunjukan ia serasi atau sesuai dengan herba tersebut.

Herba-herba untuk pengecutan:-

1. Naga buana

2. Sisik naga

3. Tanah liat putih

4. Akar mertajam

5. Ubi bemban/ubi garut – Indonesia

6. Semalu gajah

7. Akar raya putih/akar pokok sepatu putih

8. Akar pokok kaki merpati

9. Bedak sejuk/bedak dingin- ind

Herba untuk pemecahan pula biasa digunakan cendawan susu harimau dan herba-herba yang lain.

Ketumbuhan di dalam.

Ketumbuhan didalam tubuh pula diatasi dengan kaedah pengecutan dalam.Pengecutan dalam mestilah menggunakan kombinasi herba yang betul kerana ia agak sukar dilakukan. Sifat herba yang dipilih adalah seperti berikut:

1. Dari jenis umbisi

2. Berwarna terang

3. Salah satu herba yang hendak di sinergikan itu mestilah berwarna hitam.

Jenis-jenis temu seperti temu lawak boleh digunakan tetapi kunyit memberikan kesan yang lebih dibandingkan dengan yang lain.Kunyit di sinergikan dengan lada hitam menjadi ubat untuk ketumbuhan didalam.Produk curcumin merupakan produk hasil sinergi tersebut.

Monday, May 11, 2009

Serangan Virus

Serangan Virus semakin menjadi-jadi ,deman di sana-sini dan banyak sms yang datang kepada saya bertanyakan pemakaian herba dari serangan virus.Produk terbaik masa kini ialah IMT dan sabun dari tanah liat putih.IMT mempunyai bahan anti radang yang sangat kuat sehinggakan ia akan menjadi pelindung kepada peradangan yang dihasilkan oleh virus. Kekuatan IMT telah diakui sebagai antidot(serum) untuk racun ular.Daging yang luka akibat dari kencing manis tidak akan mereput dengan pengambilan IMT.Ini merupakan kesan anti virus yang sangat kuat dalam dunia pengubatan herba.Jika di goncang 300 kali kesanya menjadi semakin kuat dan boleh menyebabkan pemasakan kulit yang mati atau baru di oporasi.

Friday, May 8, 2009

Herba dan tempat tumbuh

Kekuatan herba terletak kepada bumi di mana herba itu tumbuh.Tanah-tanah organik yang tidak ada pencemaran kimia akan membekalkan sejumlah mineral koloidal yang sangat penting untuk tubuh.Mineral-mineral ini ada dalam jumlah yang sedikit tetapi di sel memang diperlukan.Jika tanah telah kehilangan keseimbangan kimia,mineral koloidal juga akan hilang walaupun pokok boleh hidup hanya dengan ujudnya mineral-mineral utama.
Satu lagi mineral yang menjadi kekuatan pada pokok untuk tujuan ubatan ialah selenium.Selenium banyak kedapatan di tanah gunung berapi.Di kepulauan Jawa tanahnya amat kaya dengan selenium. Herba seperti daun dewa yang tumbuh di kawasan gunung berapi sangat bermanafaat untuk perawatan kanser kerana mineral tambahan ini.Sesuatu bahan aktif yang terdapat di dalam herba bukannya semestinya boleh terus di ambil oleh tubuh tanpa bantuan bahan yang lain.Contuhnya yang paling mudah ,mineral kalsium dalam sesuatu herba,walaupun kedapatannya tinggi tetapi jika herba tersebut mengandungi asid oksalik ia akan menyekat penyerapan kalsium tersebut.
Oleh sebab itulah kita memerlukan keseimbangan tanah bagi tujuan herba ubatan.

Saturday, May 2, 2009

Buku Yoga dan Solat

Sekali lagi kita terpanggil bagi menjelaskan bahawa Yoga bukan solat dan solat bukan Yoga.Matlamat ketenangan dalam yoga tidak boleh disamakan dengan sakinah daalam solat.Yoga adalah ajaran atau aliran kejiwaan hasil yang diterap dari kepercayaan hindu.Mereka mendakwa bahawa dengan meditasi mereka berjaya mendapatkan alfa frekuasi iaitu tahap gelombang otak berada pada detik yang sangat relax dan kebahagian jiwa dapat dinikmati.

Hal ini merupakan satu proses "ghurur" tipudaya syaitan dalam menyesatkan manusia dengan menjadikan rasa bahagia setelah pengamalnya meninggalkan sunnah dan Al-Quran.Orang Islam yang mengikutinya juga turut terperangkap dalam situasi sihir syaitan ini.Sebenarnya bukan hanya pada yoga yang terdapat proses ghurur ini tetapi juga berlaku kepada aliran sufism yang telah terkeluar dari sunnah nabi.Pendakwaan memiliki kelebihan yang pelbagai merupakan pintu ghurur yang pertama.Murid dibawa kearah merasa takjub pada guru bukanya kepada ajaran Islam.Ucapan guru dianggap keramat dan tidak boleh di tentang kerana akan mengundang bencana.Akhirnya gejala ini menjadi aqidah yang sangat tebal dan bagitu sukar untuk dibetulkan lagi.

Semua orang boleh mendakwa mereka benar tetapi ukuranya mestilah kepada sunnah dan Al-Quran.Semoga warga HPA terhindar dari gejala ini.Amin.

Pembetulan Tulang belakang.

Pembetulan tulang belakang (PTB) salah satu kaedah yang sangat berguna dalam dunia perubatan. Ini disebabkan tulang belakang sentiasa berada dalam keadaan tertekan atau pada kedudukan yang berubah akibat aktiviti harian.Tanda yang paling mudah untuk melihat adakah pesakit menghadapi masalah tulang belakang ialah rasa kebas-kebas dihujung jari tangan dan kaki diiringi dengan sakit kepala.

PTB dimulakan dengan melakukan perenggangan terlebih dahulu sambil melembut-lembutkan otot yang tegang.Sebahagian otot yang mengikat tulang belakang menjadi tegang dan tulang turut berubah lokasinya(dislokasion).Tindakan menyuruh anak-anak berjalan diatas belakang merupakan sebahagian daripada kaedah pembetulan tulang belakang.Namun bagitu ianya perlu diperlengkapkan dengan beberapa gerakan lembut yang lain.

Ilmu PTB diajar di dalam HPA bagi menolong kes-kes yang mampu dibantu dengan kaedah ini.Selepas itu pesakit diberikan herba iaitu:-

pilihan pertama - Herba Tuju Angin + Kapsul Radix
Pilihan kedua - Madu,minyak zaitun dan habatul saudak.

Insyalah ,PTB akan menjadi sangat berkesan.Amin.

Friday, May 1, 2009

Produk Penjagaan Kulit.

1. SABUN BAYI

· 100% ALAMI TANPA BAHAN KIMIA

· BAUAN ALAM.

· DIPERBUAT DARIPADA GLISERIN KELAPA SAWIT.

· BAIK UNTUK MEREKA YANG ADA ALAHAN SABUN

· HIPOALLERGENIK

(BOLEH DIGUNA PADA KULIT SENSITIF).

· MENYIMPAN KELEMBAPAN KULIT

· MENGURANGI KEKERINGAN KULIT DAN PENUAAN AWAL

· PENCUCI MUKA TERBAIK

· DIGUNAKAN UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR.

· BOLEH DIGUNAKAN PADA BAYI YANG BARU LAHIR

· PERUBATAN KEPADA KULIT KERING DAN MENGELUPAS.

2. SYAMPOO AROMA TERAPI

· MENGGUNAKAN MINYAK SARI DARI HERBA BUKAN PEWANGI TIRUAN

· PUDINA – SEBAGAI PENYEJUK KEPALA.

· LENDIR LIDAH BUAYA - RAWATAN RAMBUT

· PEMINTAAN KEDUA TINGGI SELEPAS SYAMPOO PEGAGA

· GUNA PERAWI RAMBUT SELEPAS MENGGUNAKAN SYAMPO.

3. SYAMPOO BETIK

· MENGANDUNGI BAHAN AKTIF DARI GETAH BETIK

· PAPAIN

· KAJIAN MENDAPATI PAPAIN MERAWAT RAMBUT PECAH DAN BERBUAH.

· GUNA PERAPI RAMBUT SELEPAS MENGGUNAKAN SYAMPOO

4. TONIK PANDAN

· MINYAK ZAITUN YANG BERKHASIAT

· RAMBUT TEGUH,LEMBUT,HITAM.

· ANTI KEKERINGAN KULIT KEPALA

· UBAT SERAP MELALUI KULIT KEPALA

· PEREDARAN DARAH DI KULIT KEPALA

· ANTI KUTU

· ANTI GUGUR RAMBUT

· ANTI KELEMUMUR

· CAMPURAN TERUS BERSAMA SYAMPOO.

· MENGHALUSKAN KULIT BADAN

· MENGELAKAN KULIT PERUT PECAH PADA ORANG MENGANDUNG

· MEMANAS DAN MELANCARKAN PERJALANAN DARAH.

· PERAWATAN MELALUI KULIT.

· KAKI SEJUK

· SEJUK TANGAN DLL MASALAH EDARAN DARAH

· MENGECILKAN JERAWAT

· CAMPURAN DENGAN SEMUA JENIS BEDAK

Thursday, April 30, 2009

Selsema babi dan tanah liat

Wabak influenza (HINI) selsema babi kini dirasakan bakal mengancam kesihatan manusia sedunia.Semua pintu sempadan negara di letakkan berjaga-jaga dari kedatangan pelancung maupun mereka yang baru pulang dari negara-negara berkenaan.
Namun apa jua situasi yang berlaku,masyarakat kita masih lagi tidak mahu akur dengan larangan yang telah ditentukan Allah di dalam Al- Quran. Pengharaman babi yang terdapat di dalam Al-quran dahulu dipersendakan kini menjadi isu keselamatan negara dan dunia.Virus deman selsema babi akan terus membunuh sesiapa sahaja sekalipun melalui percakapan dengan pembawanya.
Sebagai seorang herbalis Muslim mari kita kembali kepada pengubatan Islam dimana hukum "samak" digunakan.Najis babi dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan sekali dengan air tanah. Pastikan tubuh sentiasa bersih dengan persekitaran sehinggakan tidak memberi ruang virus berkembang.Antibodi yang terbaik adalah dari tanah.Herba organik tumbuh daripada tanah.Sabun tanah liat juga dari tanah dan kini HPA mengeluarkan serbuk tanah liat putih bagi pelbagai kegunaan:-
1. Tujuan bertayamum - untuk pesakit menggantikan air
2. Tujuan menyamak -
3. sakit kulit ekzema - campur dengan air dan sapukan di kulit.
4. demam panas - sama spt diatas dan disapu di bahagian kepala
5. ketagihan dadah - minum

saya amat yakin kalaulah ada ubatan bagi virus babi ini pasti ada dalam tanah .InsyaAllah.

Wednesday, April 29, 2009

DAUN SERAI DAN SENGGUGUT.

Apabila anda mengambil batang serai,daunnya jangan dibuang kerana abu dari daunnya (yang dibakar) boleh dijadikan ubat senggugut yang baik.Satu sudu/senduk(ind) besar abu serai biasa dimasukan kedalam segelas air panas dan di kacau hingga terlarut.kemudian biarkan airnya menjadi hening/bening dan minum sewaktu diserang kesakitan.InsyaAllah sembuh.
campuran teh dengan kapur makan juga menghilangkan senggugut dalam tempoh tidak sampai 5 minit.Banyak lagi herba yang boleh digunakan untuk senggugut seperti kapur dicampur air didihan tangkai pengasuh buah kelapa dll.Jadi tak perlulah bagi pendapat saya pesakit senggugut menggunakan panadol atau apa jua ubatan kimia.

MIGREN.

Satu lagi testimony yang baik untuk dikongsikan bersama dari peserta KPJ Kuantan yang juga bekas seorang pelajar sijil herbalis yang telah lalu.Beliau yang menghidap penyakit migren ini sudah melebihi 5 tahun bermula dengan tanda-tanda awal seperti mata kabur sebelah,loya,peluh dingin dan sakit kepala yang kuat.

Setelah mengamalkan herba tuju angin(5x 3) dan omega 3 soft gel (5x 3) penyakitnya hilang terus dan tidak berulang lagi.Sinergi ini sangat bertepatan dengan kehendak pengubatan herba iaitu pergabungan herba dan ikan bagi mendapatkan kekuatan ubat 13 kali ganda dari biasa.

MALAC DAN TEH HERBA.

Testimony kedua dalam KPJ kuantan pula ialah menggunakan dua herba diatas dimana malac dibuka 3 kapsul dalam secawan teh herba dan digoncangkan 300 kali.Ini dapat dilihat dari kesan segeranya bagi memecahkan batu karang dalam buah pinggang.

Pesakit akan rasa ingin ketandas sesudah diberikan herba ini dan batu karang akan keluar atau pecah.Sinergi dua herba ini juga sangat baik untuk kesan diuretic dan goncangan 300 kali merupakan kaedah bagi menjadikan herba lebih berpotensi.

BARUT 7 METER.

Kini HPA akan mengeluarkan barut yang lebih praktikal digunakan khususnya kepada ibu –ibu selepas bersalin.Barut merupakan satu kaedah dimana mengelakan masaalah masuk angin selepas bersalin.Disamping itu HPA juga mengeluarkan set bersalin lengkap yang mengandungi persediaan herba yang khusus bagi ibu-ibu.Set bersalin HPA sudah teruji kepada puluhan ribu ibu-ibu yang bersalin dan saya mengira kemungkinan besar ada anak-anak itu yang sudah bersekolah.

Pengguna memberi respon bahawa “set bersalin HPA berbeza dengan herba-herba yang lain kerana kita tidak menggunakan rempah ratus seperti kebiasaan.Ia tidak menyebabkan sakit sendi atau sendi menjadi kering.

Barut herba sering digunakan bersama set bersalin tetapi masih ramai yang belum mencuba barut.Ada yang kata “kami malas nak barut lama-lama”.Apapun kesihatan itu adalah hasil usaha kita sendiri dan tidak ada orang yang akan mengingatkan kita pada setiap hari.

KOPI MENJADI PAHIT

Penggunaan pokok tungkat Ali yang baru dikeringkan akan memberikan sedikit kesan pahit berlebihan berbanding dengan herba yang telah lama.Ini menunjukan bahawa produk kopi HPA adalah alami dan tidak menggunakan sebarang perasa kopi.Perasa asli dari pokok Tongkat Ali sebenarnya menjadi ubat yang sangat baik untuk peredaran darah dan menjadi factor aphrodisiac seperti Viagra.

Penggemar kopi radix menyatakan sekiranya orang lelaki mengetahui khasiat kopi radix mereka akan meninggalkan semua kopi-kopi yang lain.Persaing kopi radix juga mengakui bahawa “kopi radix juga sama dengan kopi yang lain dari segi rasanya tetapi khasiatnya hanya pengguna sahaja yang menentukan.....”

Dari jumlah analisa penjualan menunjukan penggunaan kopi radix akan menjadi minuman budaya rakyat Malaysia dan biasanya perubahan ini akan menguasai pasaran hingga 100 tahun lebih kehadapan.InsyaAllah.

KEROSAKAN PRODUK

Produk herba sangat sensitive dengan suhu yang panas.Jika dibawa kesana kesini diatas kereta tanpa dikeluarkan saya mendapati produk tersebut akan rosak apatah lagi warnanya.Perubahan warna hijau akan menjadi kuning dan tidak menarik.

Bagitu juga kapsul akan meruap didalam botol menyebabkan ia melekat antara satu sama lain.Silika gel tidak mampu mengawal kelembapan jika produk itu terdedah kepada matahari.Penjagaan produk herba memerlukan kerapian sama seperti menjaga barang kemas dan tidak boleh dibiarkan tanpa kawalan.

Produk perlu berada dalam suhu bilik atau lebih dingin daripada itu.Setor induk dan cawangan HPA menyediakan tempat berhawa dingin bagi memastikan produk selamat dan tidak rosak.Adalah diharapkan semua ahli/anggota HPA mengambil tanggungjawab bagi menjaga kualiti produk kita bersama.

Tuesday, April 28, 2009

Jika batuk berlarutan.

Jika batuk berlarutan kaedah pengubatan ini boleh digunakan iaitu satu sudu madu dicampur dengan 3 titis getah betik/papaya dari buah muda.InsyaAllah batuk akan berkurangan dan jangan makan buah anggur,buah mempelam/mangga,buah timun apabila batuk.Nanti ia akan menyebabkan batuk menjadi semakin teruk/parah.

Madu dengan air limau nipis/jeruk (ind) juga digunakan untuk rawatan batuk.Caranya perahkan air limau kedalam air suam segelas/air hangat.masuk madu satu sudu dan minum 2-3 kali sehari.

Kelebihan paramaria plus

1. Membetulkan masalah hormone wanita dan mengandungi pytoestrogen.

2. Mengandungi bahan anti-kanser.

3. Bersifat astringen sebagai anti radang dan ubat darah tinggi.

4. Menghalus dan menegangkan kulit .

5. Menguatkan jantung dan mengelakan serangan angin ahmar.

6. Mengembalikan perca persalinan terutama selepas bersalin.

7. Memberikan tenaga sepanjang hari

8. Mendatangkan keriangan dalam hidup dan mengelakan kemurungan.

9. Menguatkan rahim dan mengelakan keguguran

Plantisol

Plantisol di hasilkan daripada benalu yang telah matang tumbuh diatas pohon jering (daun menjadi kuning).Ia berfungsi bagi penjafgaan kesihatan seperti:-

1. Menurunkan glukosa disamping mengaktifkan semula fungsi pankries.

2. Sumber tenaga alami

3. Ukuran dos mengikut nisbah tenaga yang diperolehi dari plantisol

4. Mengandungi susupan gula alami(sakarin) dari herba.

5. Benalu mengeluarkan sejenis kimia yang mematikan pohon tumpanganya(parasit) didapati sebagai ubatan anti kanser.Namun bagitu bahan ini muncul apabila kapsul dibuka dan dituangkan dengan air panas.

6. Penggantian kepada shark cartilage sebagai anti-kanser.

Herba diuretik

Air merupakan komposisi terbesar didalam darah iaitu 80%.Namun bagitu jika ginjal tidak berfungsi dengan baik menjadikan kandungan air dalam darah semakin tinggi.keadaan ini menyebabkan berlakunya kesukaran bernafas dan alat bantuan penafasan diperlukan.

Herba-herba yang bersifat diuretic sangat diperlukan untuk kes seperti ini.Produk malac,teh herba,teh asiatika dan health b (HB) merupakan pilihan utama untuk rawatan ini.Bahan utama komposisi produk-produk ini ialah pegaga dan lalang(malac) cuma ada sedikit cara gunanya yang berbeza iaitu malac perlu dibuka kapsul terlebih dahulu dan di larutkan dalam air mendidih.Jika tidak dibuka kapsulnya bahan aktif didalam akar lalang agak sukar diserap.Penggunaan air panas untuk memecahkan dinding selulus dan memudahkan penyerapan oleh tubuh.

Thursday, April 23, 2009

jiwa herbalis.

Seorang herbalis mampu merawat pesakit dengan hatinya.Perasaan kesihan dan ingin menolong menjadikan dia akan melakukan apa sahaja asal mampu tertolong.Biarpun kadangkala dia terpaksa menjadi pendengar kepada masalah orang lain asalkan memberikan sedikit kelegaan kepada pesakit.

Orang yang tidak mempunyai ilmu rasa tidak layak menjadi herbalis Muslim.Dia tidak dapat meraba kesakitan yang dideritai oleh orang lain sehingga mengabaikan nasihat yang penuh dengan harapan.Herbalis Muslim sangat menginginkan kebaikan berupa kesihatan fizik dan rohani pesakit.Kesihatan yang membawa manusia menjadi semakin hampir dengan Allah.Dia menanamkan rasa berdosa pada hati pesakit agar kesakitan menjadi kifarah kepada dosa yang sedang dilakukanya.Dia juga menanamkan rasa sabar atas ujian yang mengkin juga dapat mengangkat martabat kehambaanya.

Herbalis muslim juga seorang yang sangat pengasih bukan hanya kepada manusia malah binatang juga mendapat limpahan kasih sayangnya.Hatinya sangat-sangat derita melihat burung yang dikurung didalam sangkar kerana dia sentiasa merasai apakah perasaannya jika dirinya berada ditempat tersebut.Herbalis tidak akan ketawa diatas tangisan orang lain kerana dia sangat yakin pada takdir yang telah ditentukan Allah padanya dan pada semesta Alam.

Herba dan ubatan kimia

Mengambil dan menerima herba sebagai ubat bukan bererti menolak seluruhnya penggunaan ubatan kimia.Herba sebagai pilihan utama dalam kes-kes yang telah terbukti kesembuhanya bukanya kes baru yang bersifat “acute”.Penyakit yang bersifat “acute” akan menyerang dengan kadar yang cepat sekiranya lambat tindakan akan membawa kepada keadaan yang lebih serious.Persoalanya bukanya herba tidak mampu bagi mengatasi keadaan sebegini tetapi ia memerlukan perhatian yang dating daripada herbalis yang terlatih.Disamping ubatan herba yang cukup untuk menghadapi pelbagai masalah mendatang.

Satu perkara yang perlu diambil kira ialah berlakunya keadaan dihidrasi yang parah dimana minuman yang diminum tidak akan dapat diterima oleh tubuh.dalam keadaan air yang kurang tubuh akan menjadi lemas dan nafas juga menjadi semakin sukar.Air asam jawa dan air roselle sahaja yang boleh disusup masuk kedalam tubuh melalui minuman.Pesakit perlu memastikan air cukup dalam badan kerana kekurangan air menyebabkan semua herba yang diberikan tidak berkesan.Oleh sebab itu pengecaman boleh dibuat pada bahagian kulit dimana kulit menjadi kecut dan kering dikuti dengan lidah berwarna pink.

Dalam keadaan ini pemberian air melaui drip/infuse sangat sangat diperlukan dan jangan lambat mengambil keputusan kerana ini akan merbahayakan nyawa pesakit.

JMH

Buku “ Jawi Medicinal Herbas” merupakan pembukuan semula tulisan dalam blog saya(jawi Med Herb).Mudah dijadikan rujukan terutama kepada semua ahli yang sedang dan akan menggunakan herba-herba Jawi(HPA) sebagai terapi.Pandangan-pandangan serta pengalaman perubatan herba akan terus dilengkapkan dalam buku –buku seterusnya.Buku ini mengandungi 130 halaman dan terima kasih saya kepada Pak dadi yang telah menyusun semula tulisan ini.

Saya amat berharap ahli-ahli HPA boleh menjadikan buku ini sebagai asas pembacaan awal bagi mengenali pengubatan jawi yang sedang diperjuangkan.Semoga Allah memberikan kita pertunjuk.

Pengubatan Herba.

Berkata Imam Malik “ Seiap orang dapat diterima pandanganya dan dapat ditolak kecuali (pandangan atau pendapat) Nabi saw”.

Pengubatan herba merupakan sekumpulan penelitian dari orang-orang yang terdahulu terhadap sesuatu penyakit.Ada yang menulis dalam buku-buku catatan tetapi kebanyakannya diperturunkan tanpa catatan yang jelas.Ilmu ini kian hilang dengan meninggalnya generasi ini dan gulungan muda pula tidak berminat untuk mengkajinya kembali.Banyak herba-herba yang sudah tidak dikenali oleh generasi muda dan mereka mengambil jalan mudah dengan mendapatkan rawatan di hospital.

Saya sama sekali tidak menolak pengubatan moden hari ini malah berterima kasih atas kajian ilmiah yang mendalam terhadap sesuatu penyakit namun bagitu pilihan ubatan kimia bukanlah sesuatu yang tepat pada setiap masa.Herba boleh diambil sebagai komplimentari atau pelengkap bagi tujuan pengubatan.

Apa yang saya fahami, tubuh tidak boleh dibiarkan terlalu bergantung kepada ubatan kimia semata-mata sedangkan pengubatan herba yang lebih sedikit atau tidak ada langsung kesan sampinganya ditinggalkan.saya juga memiliki pengalaman yang cukup meyakinkan sekiranya herba diletakan pada tempatnya ianya akan menjadi altenative medicine dan porpular seperti ubatan moden hari ini.

Penyakit-penyakit kronik(menahun) sangat sesuai diberikan herba jika dibandingkan dengan penyakit acute(segera) kerana tindakan herba sangat perlahan dan memerlukan masa yang panjang.Namun bagitu kecekapan mendignosis dan mensinergikan herba yang betul merupakan kekuatan yang ada pada herbalis yang tidak ternilai kepakaranya.Kalau tidak masakan mereka dijadikan “sifu-sifu” rujukan oleh doctor-doktor moden terutamanya di China.

PIC di Medan

InsyaAllah program ini akan diadakan pada 25 – 26 april 2009.PIC ini akan membahaskan keseluruhan buku jawi medical herb sepanjang masa 2 hari bagi menanamkan kefahaman yang benar-benar pada setiap anggota HPA.

Ringkasan program adalah seperti berikut:-

1. Muqaddimah

2. Misi dan visi HPA – en Jafri Abu Bakar

3. Ilmu herba dan ilmu kedoktoran moden – Dr Zaidul Akbar

4. Materi dari buku JMH.

5. Diskusi

6. Testimony

7. Plan tindakan.

Semoga warga HPA akan memenuhi program ini bagi melihat sendiri dengan lebih dekat tentang persiapan PT HPA Nusantara yang telah beroperasi di Indonesia.Amin.

Tidak Fokus punca stress

Ketegangan berlaku apabila fikiran tidak focus kepada persiapan bertemu dengan Allah sebaliknya paling sibuk memikirkan tentang dunia yang sementara.Dari sini ketenangan akan hilang dari dalam tubuh seperti hilangnya cahaya apabila masuknya kegelapan.

Kegelapan itu akan menghadkan pada akal untuk keluar dari belitan kehendak dan nafsu miskipun dia sedar bahawa hidup ini merupakan perjalanan yang pendek dalam detik yang sangat terbatas.Kegelisahan ini terkumpul dan akhirnya sukar dikeluarkan dengan apa jua jalan pengubatan.Lebih-lebih lagi jika pengubatan itu hanya bertumpu pada sehat fizikal sahaja.Bagaimana tekanan boleh dihilangkan?

Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan ketenangan tetapi bukan kebaikan yang dicapai malah tubuh semakin lelah dan aqidah semakin punggah.Hanya ada satu jalan sahaja....bukan dua dan bukan tiga.

Firman Allah

”Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan menjadi tenang”

Mengingati disini bukanya duduk berzikir 24 jam diatas sejadah tetapi menjadikan semua urusan hidup bermatlamatkan kerezaan Allah.Di posisi mana kita berada kiblatnya ialah kerezaan Allah.Sakit dan sehat kedua-duanya perlu diusahakan agar mendapat kerezaan Allah.Contuhnya ialah Rasullullah saw ,para sahabat dan orang-orang yang telah mewakafkan seluruh hidup dan matinya untuk Allah.Jika anda masih belum lagi sohih samada berada diatas jalan yang benar atau tidak segerakanlah berdoa agar Allah membuka pintu hidayah bagi mendapat pilihan yang satu lagi yakin .Pilihan ini akan menentukan anda akan stress atau tidak,bahagia atau derita.

Paramaria dan kewanitaan.

Salah satu pruduk HPA yang berada di pasaran ialah Paramaria plus.Ia terdiri daripada 7 jenis herba yang mengandungi pytoestrogen yang tinggi khususnya bagi wanita.Selain daripada itu ia juga bersifat “astringen” iaitu pengelat bertindak sebagai anti ketumbuhan dan “blood purifier”.

Darah yang tercemar akan meujudkan berlakunya asidosis yang tinggi menyebabkan gelaja seperti keputihan,ketumbuhan,imbalance hormone ,arthritis dan penyakit-penyakit degenerative yang lain.Kebiasaan herba ini disinergikan dengan omega 3 kapsul atau soft gel.

Kajian ilmiah juga membenarkan bahawa pokok larak yang digunakan dalam komposisi terbesar ubatan ini mempunyai kesan pengubatan anti-kanser.Kalau dilihat dari pandangan makroskopik pohon larak (mempisang) ini sejenis pohon yang menjalar/merembat tetapi ketinggian pohon ini boleh sampai 100 kaki jika telah berusia ratusan tahun.Sifatnya yang merembat/menjalar ini menunjukan sifat anti-kanser padanya.

Umur pokok mempisang/larak yang biasa digunakan oleh HPA melebihi 100 tahun dengan ukur lilit 12 inci lebih.Lebih dari 12 jenis spesis ini ditemui di bukit-bukit di Utara Malaysia.

Air dalam tubuh

Kebiasaanya mereka yang mengamalkan herba yang bersifat diuretic perlukan air yang banyak setiap hari.Paling kurang 8 gelas hingga 12 gelas(2-2.5 liter)Namun bagitu jika berlaku oliuria (kencing kurang) pengambilan air yang banyak juga mengakibatkan paru-paru akan dimasuki air.Petanda awal dapat dilihat dimana poket water dibawah mata akan membengkak,penat bila berjalan dan lain-lain lagi.

Keadaan ini sebenarnya satu tanda kerosakan buah pinggang akibat daripada pengambilan ubatan kimia yang berterusan.Pada ketika ini air mesti dikurangkan dan pengambilan herba dalam bentuk larutan lebih baik.Bentuk larutan ialah dengan kaedah membuka kapsul atau air rebusan(akar kayu).

Saturday, April 18, 2009

Aqidah seorang herbalis.

Kesembuhan itu memang sebenarnya daripada Allah walaupun kaedah perubatan apa yang kita pilih.Namun bagi seorang herbalis ia berusaha membersihkan dirinya dari debu kotoran yang melekat pada tubuhnya kerana dia meyakini bahawa dosa itu juga merupakan penyakit batin yang lebih penting diubati.Kesakitan zahir boleh membawa kesengsaraan dalam hidup dan kematian tetapi dosa akan membawanya kepada kesengsaraan dalam neraka Allah yang tidak tertanggung.

Perawat dan pesakit perlu mencari jalan bagi mengubati penyakit batin melalui pertunjuk yang telah diberikan oleh Allah iaitu

1. Melakukan infak keatas harta yang dimiliki kerana Allah bukan atas sebab-sebab duniawi.

2. Infak yang dilakukan dijalan Allah akan membersihkan dirinya daripada dosa.

3. Namun bagitu bagi dosa-dosa besar ia perlu bertaubat dengan taubat nasoha(taubat yang bersunguh-sungguh dan meninggalkan kejahatan tersebut)

4. Melaksanakan semua rukun Islam yang menjadi dituntut padanya.

5. Menjaga tauhid jangan sampai berlaku syirik ataupun riddah

6. Menuntut ilmu bagi membezakan batasan halal dan haram dalam ugama.

Maksud Firman Allah dalah surah Al- Lail : 17 -18

Dan dijauhkan darinya (neraka) orang yang paling bertakwa yang menginfakkan hartanya (dijalan Allah)untuk membersihkan(dirinya)”.

Friday, April 17, 2009

Kencing Manis dan Spirulina.

Salah satu keistimewa yang ada pada spirulina ialah kerana ia tiada dinding selulus yang tebal.Bagi pesakit kencing Manis ia sangat bermanafaat kerana ia dapat memberikan tenaga segera walaupun dengan keadaan insulin yang sangat kurang.Selain tidak menjadikan pesakit kencing manis letih dan lesu ia juga didapati melindungi sel hati dari rosak.Jika liver telah rosak ia akan menjadikan tubuh tidak boleh menapis bahan beracun pada badan mengakibatkan darah juga menjadi kotor.Buah pinggang juga akan rosak dan akan berlaku keadaan air yang tinggi dalam darah.Penafasan akan menjadi cepat dan orang tersebut menjadi penat.Keadaan boleh jadi semakin serious dimana pesakit akan pengsan dan dimasukan ke ICU.

Kencing Manis dan Alac

Organ yang akan terus rosak bila ada kencing manis ialah buah pinggang.Oleh sebab itu penjagaan buah pinggang perlu dilakukan segera sama penting dengan penjagaan gula dalam darah.Herba yang penting digunakan untuk itu ialah

1. Akar lalang 2. Akar buluh 3. Akar teming

Ketiga tiga akar tersebut memang telah diakui keberkesananya dalam pembersihan buah pinggang.Ubat periuk(alac) mestilah di didihkan dalam periuk tanah.Rendam selama 30 minit dahulu sebelum mendidihkanya .Mereka yang tidak ada kencing manis juga dicadangkan mengambil malac atau alac dalam tempoh 3 bulan sekali.Jika menggunkan Malac ,perlu dibuka terlebih dahulu dan di masukkan air panas.Hampas ditinggalkan.

Minyak murah.

Jangan membeli minyak masak murah yang dijual di pasar-pasar sehari.Minyak itu telah digunakan kemudian ditapis dan dimasukan bahan kimia bagi menukarkan warnanya kewarna asal minyak.Minyak ini sebenarnya menjadi sangat beracun(karsinogen)malah kemungkinan bercampur dengan minyak yang digunakan untuk memasak makanan yang haram.Mereka yang mempunyai ketumbuhan,kencing manis dan lainya akan menjadi teruk apabila diteruskan pengambilan minyak sehari-hari.

Dalam Pengubatan Melayu ada meletakan pantang orang yang ada barah mengambil makanan berminyak.Malah melarang memasak makanan dalam rumah dengan menggunakan minyak.

hati-hati dengan herba.

Apabila sesaorang itu telah menggunakan ubatan kimia atau perawatan moden perlu diingatkan terdapat beberapa jenis herba yang ditegah di gunakan bersama seperti:-

Minyak bawang putih(garlic) tidak boleh digunakan pada pesakit jantung yang sedang mengamalkan ubat pencair darah.Kesannya boleh menyebabkan berlakunya lumpuh.Herba garlic juga mempunyai kesan yang kuat untuk mencairkan darah.Dalam keadaan darah terlalu cair juga menyebabkan berlakunya gejala tersebut.

Herba-herba pahit seperti patawali,mengkudu,hempedu bumi,mahogany,peria dan lain-lain tidak boleh diberikan kepada mereka yang sedang menjalani perawatan hemodilisis.Ini akan mengakibatkan darah menjadi mudah beku apabila rawatan dilakukan.