Kenapa HPA tak keluarkan produk daripada sarang burung layang-layang? Saya telah cuba mendapatkan beberapa fatwa tentang penggunaan sarang burung layang-layang dan ada fatwa yang menyatakan haram kerana sarang burung tersebut telah bercampur dengan najis dan tidak boleh diambil untuk tujuan minuman. Namun bagitu ada juga majlis fatwa negeri-negeri yang membolehkanya. Melihat kepada situasi ini biarlah HPA mengambil sikap “bertawakuf” dan tidak mengeluarkan produk ini untuk dipasarkan.
Kalau dilihat dari segi pemerosesan ,sarang burung yang mengandungi bulu dan najis itu dibersihkan sehingga tidak kelihatan najisnya di situ tetapi semasa pemerosesan percampuran dengan najis masih berlaku. Dari segi perubatan sarang burung layang-layang digunakan untuk batuk yang berterusan serta diberi minum pada wanita hamil untuk mencantikan serta memutihkan kulit si anak.Wallhualam.
No comments:
Post a Comment