Tuesday, May 19, 2009

Jadam

Salah satu herba yang ada dalam pengubatan Islam ialah jadam. Jadam mempunyai rasa yang pahit dan ia sebenarnya diproses dari daun lidah buaya. Biasanya dalam setiap ubat periuk dimasukan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tak disukai ,jadam tidak lagi digunakan.

Jadam juga menjadi pelawas yang sangat baik disamping melancarkan perjalanan darah. Jika jadam di minum pada seminggu sekali ia akan mengurangi lendir di paru-paru. Ini akan menyebabkan penafasan menjadi lancar dan suara juga bertenaga. Selain daripada itu kegunaan jadam sama seperti alovera dimana ia sangat baik untuk ibu yang bersalin. Kadang-kadang jadam boleh menjadi julab (laxatif) bagi sembelit yang kronik. Jadam juga menerangkan mata.

No comments: