Wednesday, May 28, 2008

Perubatan Islam

Hari ini kita amat bersedih dengan gambaran sempit yang diberikan kepada pengubatan Islam.Pengubatan Islam hanya diartikan dengan perubatan bagi menghalau jin dan mainan orang sahaja.Kalau anda datang bertemu dengan perawat seperti itu ada dua kemungkinan sahaja penyakit anda iaitu:-

1. kena buatan orang

2. sebab-sebab yang ada hubungan dengan makluk halus juga seperti saka,gangguan jin dll.

Perawat akan terus melemparkan tuduhan kepada sesiapa sahaja yang dikiranya logik melakukan kerja-kerja sihir.Berlakulah pergaduhan dan permusuhan sepanjang hidup dengan dendam yang berpanjangan akibat dari telahan karut seorang perawat dan kadangkala juga boleh datang dari seorang yang dihormati (ustaz ).Persoalannya apakah itu yang dikatakan pengubatan Islam dan kaedah pengubatan seperti ditunjukan oleh Rasullulah SAW?

Situasi ini menjadikan pengubatan Islam tidak berkembang dan menyelesaikan masalah ummah .seperti para cendikiawan pengubatan Islam masa dahulu yang berjaya menemukan pelbagai kaedah pengubatan yang kini menjadi rujukan dunia .

Bagi mengikuti perbahasan demi perbahasan tentang pengubatan Rasullulah SAW dan pengubatan Melayu marilah kita menghaziri program Kuliah Pengubatan Jawi (KPJ) yang di adakan di 9 lokasi seperti berikut:-

1. KPJ Kangar
2. KPJ Alor Setar
3. KPJ Sungai Petani
4. KPJ Ipoh
5. KPJ Kuala Lumpur (KLIH)
6. KPJ Melaka
7. KPJ Johor
8. KPJ pahang
9. KPJ Terengganu.

Jadual Bulanan dinyatakan dalam blogspot jawiherbshop.InsyaAllah.

No comments: