Friday, May 30, 2008

Pengubatan Islam

Apa jua ubat yang bakal kita berikan pada pesakit terlebih dahulu perawat kena merasakan benar-benar dihatinya bahawa yang menyembuhkan itu adalah datang dari Allah.Lantas keyakinan itu dipindahkan kepada pesakit yang sedang menanti pesanan daripada perawat.
Perawat perlu membersihkan(detox) dihati pesakit keraguan dan ketakutan kepada makhluk-makhluk yang lain melainkan hanya takut pada Allah sahaja.Lebih mudah kita menyandar kesakitan diri ,besar kemungkinan sebagai kifarah pada dosa-dosa kita yang lalu.

Bila kita melihat ujian itu sebagai jalan untuk mendapat keampunan Allah maka hati akan menjadi tenang dan akan lahirlah pengertian kesakitan itu sebagai bunga cinta dari Allah.

Ini berbeza bila kita mengaitkan kesakitan dengan buatan orang.Ia akan terus membuka pintu permusuhan berpanjangan walaupun itu hanya telahan perawat berdasarkan rasa hati.Lebih teruk bila ada usaha menggunakan bomoh untuk membalas dendam.Itulah sebabnya saya menyatakan kaedah perawatan ini merupakan perkara ghurur atau tipu daya syaitan dengan menggunakan orang-orang yang dipercayai dalam masyarakat bagi memutuskan silaturahim.

Ikuti pengajian KPJ ,InsyaAllah anda akan menemui pengubatan yang bersih dari unsur syirik tetapi mujarab dengan Izin Allah.

No comments: