Tuesday, May 27, 2008

Corcinium Plus untuk Resdong/Sinusitis

Salah satu produk HPA ialah Corcinium plus yang digunakan untuk terapi resdung/sinusitis.Produk ini merupakan produk pertama dikeluarkan dalam sejarah perubatan Jawi. Saya mempelajari resepi ini dari bapak saudara saya(pak Long Mat) dengan menggunakan 4 herba iaitu:-

1. akar mengkunyit

2. pokok periuk kera

3. pokok sarang semut

4. akar rumput (dari kumpulan rusiga)

herba ini bersifat panas terutama pada mereka yang telah serius mengalami masalah resdung,oleh sebab itu kalau penggunaannya tidak betul boleh mengakibatkan terjadinya jerawat dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang baru hendak mula menggunakan ubatan ini sebaiknya dibuka kapsul dahulu dan dicampur dengan satu gelas air panas .Kemudian masukan 1/2 sudu teh madu dan minum pada waktu pagi dan malam.

Corcinium boleh di sinergikan dengan omega 3 soft gel bukan kapsul .Bagi sesetengah kes ia sangat membantu mempercepatkan kesembuhan namun bagitu perlu diteruskan sampai resdung benar-benar sembuh.InsyAllah.

3 comments:

farabimuaz said...

saya ingin tahu adakah penyakit psoriasis adalah termasuk dalam resdung?jikalau bukan apakah pula rawatan untuk penyakit tersebut.saya berharap tuan haji dapt memberi saya penawar kepada penyakit psoriasis tersebut kerana saya telah & sedang mengalami penyakit ini sudah lama.berbagai produk telah saya cuba namun tak ada yg benar2 berkesan.harap tn.haji dapat menolong saya mengubati penyakit ini .terima kasih

jawimedherb said...

Psoriasis merupakan penyakit yang tidak diketahui sebabnya tetapi dari pemerhatian saya ada 2 cara yang boleh digunakan iaitu ubat periuk resdong dan ubatan mandi dari pelbagai jenis herba.Satu lagi dengan minum nira nipah dari masa kesemasa.

SHIMA said...

saya ingin tahu, adakah penawar resdung ini sesuai utk ibu yg mengandung dan ibu yang menyusukan bayi??