Saturday, October 11, 2008

Kulat Susu Harimau

Mengikut ceritanya cendawan ini tumbuh dari tumpahan susu harimau namun tidak dapat dibuktikan kebenaranya namun bagitu dari zahirnya kulat ini seolah-olah sebuah ketumbuhan dipayu dara.Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan.
Dalam pengubatan ,kulat ini dijadikan ubat sapu dimana biasanya kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara.Pesakit akan merasai dingin dan mengurangi peradangan atau bengkak susu .
Air asahan tadi boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakan berlakunya peradangan yang lebih teruk.Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat didalam hutan-hutan tebal dibanjaran titiwangsa.
Kulat yang baik yang mempunyai berat bila di timang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong.jika telah ada pembengkakan yang ada nanah penggunaan kulat ini akan menyebabkan ia pecah dan dnanah dan darah kotor akan mengalir keluar.

2 comments:

Apisza said...

saya ada berjumpa dgn org asli dan offer kulat ini..tapi saya tak sure kulat tu kerana tak pernah tengok..boleh saudara load gambar utk rujukan bersama

Unknown said...
This comment has been removed by the author.