Thursday, February 25, 2010

Post –natal Blues atau Post- partum depression

Keadaan ini akan dialami oleh setiap ibu selepas melahirkan anak. Simtom seperti kemurungan,letih,lesu,rasa hendak menangis,mudah tersinggung dan marah tidak tentu pasal. Ini disebabkan berlakunya kerana tidak seimbang hormone,kurang darah,kurang zat makanan,kesakitan fizikal,kehaziran orang baru(bayi) dan tidak cukup tidur yang mengakibatkan otak tidak dapat berehat.

Jika ini berpanjangan akan menyebabkan gangguan emosi(meroyan)dan si suami seharusnya dapat memahami situasi isteri dan memberi sedikit perhatian agar rumahtangga sentiasa damai dan bahagia. Dibawah diperturunkan beberapa panduan seperti:-

1. Pengambilan set bersalin HPA

2. Pemakanan yang cukup dan sempurna.

3. Membataskan aktiviti fizikal

4. Kehaziran orang yang paling hampir untuk membantu dan mendengar sebarang keluhan

5. Amalan berpantang

6. Rehat yang mencukupi

7. Urut mengurut dan bertungku

8. Berzikir sepanjang masa dan mohon pelindungan dari gangguan syaitan yang terkutuk.

9. Mendengar alunan ayat- ayat suci Al Quran dll.

Semoga petunjuk ini berguna untuk semua ahli ahli HPA InsyaAllah.

Sunday, February 21, 2010

SLS.


Salam..
Terlalu banyak cerita yg saling bercanggah di antara satu sama lain. Yang ditemui adalah teori-teori yg menyatakan SLS & SLES meyebabkan cancer. Setakat hari ini, tiada bukti scientifik yg membuktikan SLS & SLES menyebabkan cancer. Bukti cuma ada ttg kesan iritasinya jika digunakan terlalu tinggi. Kebiasaan peratus yg digunakan tidak melebihi 2% dan biasanya cuma 0.2% yg akan digunakan. Spekulasi tentang SLS & SLES ini disebut di dalam kenyataan rasmi sebagai satu propoganda dan cara syarikat competitor menjatuhkan produk yg bersaing.
Wallahualam

Thursday, February 18, 2010

Sinergi yang berkesan.

Sesaorang pesakit perlu diberikan herba yang betul mengikut herba khas untuknya seperti darah tinggi diberikan Vitex,Kencing Manis diberikan Plantisol dll. Namun bagitu sinergi sangat-sangat diperlukan bagi menjadikan perawatan itu berkesan. Dalam hukum sinergi perlu dimasukan herba ubatan seperti dibawah:-
1. Vitamin C - Ianya amat perlu membolehkan herba itu berkesan cth roselle.
2. Pelawas - Bagi mendapat kesan penggunaan herba yang berkesan,usus perlu bersih dengan menggunakan kapsul pelawas,teh asiatika atau teh herba.
3. Madu - menguatkan semua herba yang digunakan bersamanya dengan kehaziran enzim.
4. omega 3 - produk ikan yang akan mengandakan kekuatan herba 13 kali ganda
5. Mengkudu - ubatan tidur bagi membolehkan herba bertindak lebih efektif.

Jadi jika mahu lakukan sinergi tambahkan dengan herba-herba seperti diatas.InsyaAllah berkesan.

Anda boleh menambah lagi 2 lagi sinergi iaitu herba untuk jantung(habatul saudah)dan herba untyk ginjal (malac). Inilah keinstimewaan perubatan jawi InsyaAllah.Amin.

Monday, February 15, 2010

Air Dew water

Sesudah mengambil herba HPA,minumlah air Dew Water pula kerana ia merupakan pakej pengubatan yang sangat berkesan untuk semua ubatan. Jangan mengeluh lagi jika penyakit yang dideritai anda tidak sembuh selagi anda tidak menggunakan herba HPA dan air Dew water selama 40 hari berturut-turut tanpa selang seli. Lihatlah bagaimana herba memberikan kesan pengubatan yang maksimum disamping menggunakan air yang bersih dan bersifat alkali.

Sakit Sendi

Shark cartilage plus adalah herba ubatan yang sangat baik untuk sakit-sakit sendi atau sakit seluruh badan. Jika terasa bisa-bisa badan ,makan 3 kapsul sebelum tidur dan pada waktu pagi pula ambil grapeseed (3 kapsul) dan minyak zaitun softgel (3 kapsul).

Kaedah pengubatan ini digunakan apabila pengambilan ardisia atau perubatan lain tidak berkesan. Badan akan terasa ringan dan sakit sakit seluruh badan akan hilang. InsyaAllah.

Monday, February 8, 2010

Antibiotik dalam 3D.

Bagi mereka yang mengalami alahan kepada antibiotik dalam grup penicillin contuhnya amoxycillin(keluar gatal-gatal seluruh badan atau bintik bintik darah)maka pehak doktor sering menggantikannya dengan group antibiotik yang lain seperti erythromycin atau augmentin akan mengalami pula keadaan demam disebelah malam dan lenguh di kawasan pinggang dan kaki.

Persoalannya,kenapa terjadinya alahan tersebut?
Alahan ini menunjukan bahawa tubuh badan menolak antibiotik tersebut bukan hanya antibiotik tetapi jika mengambil jenis cendawan juga akan mengalami riaksi tersebut.(penicillin berasal dari cendawan)
Demam malam dalam pengubatan herba menunjukan himpunan toksid yang tinggi tetapi tidak dapat dikeluarkan kerana kemungkinan ada organ-organ yang tidak berfungsi. Pengambilan antibiotik tersebut akan menyebabkan penyakit semakin parah dan perlu dihentikan.

Apakah herba HPA yang mempunyai kesan antibiotik yang kuat bagi kes-kes tertentu. Pengambilan kapsul 3D det boleh menggantikan semua jenis antibiotik dengan selamat.InsyaAllah.

Friday, February 5, 2010

Teh Manjakani dan Moments

Kedua-dua herba ini menggunakan buah manjakani yang ternyata sangat baik untuk wanita. Sebaik-baiknya seorang wanita mencuba kedua jenis herba ini dan mencari yang mana satu "serasi"dengannya. Boleh juga di ambil bergantian dan bersamaan. Wanita yang elok rahimnya tidak menghadapi masalah keputihan,sakit pinggang ataupun imbalance hormon. Ianya bukan hanya untuk wanita selepas berkahwin tetapi ia boleh digunakan sejak dari kedatangan darah haid pertama. Ini adalah bagi mengelakan sesaorang wanita terdedah dengan pelbagai penyakit akibat dari himpunan bahan kimia yang merbahaya dalam tubuhnya.
Masyarakat yang jahil dengan herba sering menyatakan herba tidak elok diamalkan oleh anak dara sedangkan membiarkan mereka mengambil bahan kimia terus menerus tanpa hentinya. Kefahaman ini perlu dibetulkan agar kita dapat mengurangi pelbagai penyakit degeratif yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

PTB

Pembetulan tulang belakang (PTB) merupakan satu method yang diperlukan untuk membantu dalam perawatan JAWI. Dari tulang cervical sampailah ketulang ekor(coccyx) dimana kesemuanya memberikan kesan perubahan kesihatan jika tidak di ubati dengan betul. Hanya dengan cara manipulasi yang ringan dan mudah tulang itu dibetulkan. Ia dilakukan dalam keadaan duduk,tidur,berbaring dan juga berdiri.

Bagi saya rugi mereka yang tidak mempelajari method ini kerana ianya sangat berguna untuk menjadi seorang herbalis yang terlatih. Pelajarilah ilmu PTB Jawi dalam kursus yang akan diadakan pada 15/2/2010 nanti InsyaAllah.

Thursday, February 4, 2010

Perawatan Ilahiah

Penyembuhan itu merangkumi perawatan fizikal,emosi,mental dan spiritual. 90% kekuatan penyembuhan itu ada pada spiritual di mana ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pesakit.

1. Perbanyakan istigfar terutama istigfar nabi yunus ketika berada dalam perut ikan.

2. Perbanyakan doa khusus untuk penyembuhan penyakit yang sedang dialami.

3. Perbanyakan membaca surah al- fatihah atau apa jua surah dalam al Quran

4. Bangun qiamulail

5. Perbanyakan bersalawat kepada Rasulullah saw

6. Perbanyakan sadaqah

Kepada ahli-ahli HPA bolehlah mendapatkan buku doa yang di edarkan oleh Jawi Herb Shop untuk tujuan pengubatan . Banyak penyembuhan yang telah berlaku hasil dari banyaknya berdoa kepada Allah SWT disamping mengambil ubatan yang halal lagi toyib.

Daun Betik

Daun betik yang muda boleh dijadikan ubatan herba bagi memperbanyakan susu. Daun tua yang telah kuning pula boleh dijadikan ubat darah tinggi dan telah digunakan oleh HPA dalam produk “D kampuca”.

3 titis getah betik di masukan dalam satu sudu besar/senduk(ind) digunakan untuk ubat batuk. Penemuan yang terakhir, air rebusan daun betik muda(pahit) digunakan sebagai ubat kanser payudara. 100 gram daun betik muda di rebuskan hingga mendidih dan kemudian dimasukan sebuku garam besar/garam bukit kedalamnya dan minum sekali sehari.

Pengambilan ini boleh disenergikan dengan kapsul soft gel omega 3 sehinggalah kanser itu menjadi semakin kecil. Selain daripada itu betik , pokok sarang semut juga digunakan untuk mengecilkan ketumbuhan dengan cara direbus dan di minum sebagai ubat periuk. Pesakit itu perlu mencuba bagi mencari herba yang sesuai dengan tubuh masing-masing

Wednesday, February 3, 2010

Di balik sebuah rasa.(untuk para herbalis HPA)

Merasai sesuatu dengan hati bukannya dengan kekuatan fikiran yang keluar dari andaian semata-mata. Jika bersihnya hati maka sudah tentulah biasnya cahaya itu dari sudut yang benar tetapi jika selalu dikotori maka ujudlah seribu perasangka yang membawa kepada dosa. Ukurannya ialah pada hati , dari itu mengambil sikap curiga pada telahan hati sendiri itu lebih selamat. Kita curiga tentang sesuatu yang dibentangkan kerana kita bimbang ianya merupakan sebuah rasa yang telah salah.

Apapun yang penting bersihkan hati sehingga ia melahirkan cahaya yakin pada setiap bicaranya. Sekiranya yakin itu sudah menguasai diri sesudah ia cuba menafikan sesuatu hal yang buruk maka benarlah itu adalah petunjuk dari tuhannya. Allah menjadi pembimbing kepada orang yang beriman dan mengeluarkan dirinya dari kegelapan kepada cahaya seperti Allah mendatangkan rasa bahagia dihati hambanya tatkala ia melakukan apa jua ibadah. Kita mampu melakukan hal-hal yang zahir tetapi atas urusan batin semuanya kembali kepada Allah yang menentukan.

Mintalah Allah nescaya kita akan memperolehi kesemuanya kerana dia sahaja yang berhak mengagihkan redhonya kepada sekelian Alam. Dia tidak ada sekutu dengan sesuatu dalam hak keagungannya dan tidak ada sekutu dengan sesuatu ketika memberikan sesuatu nikmat. Jika ia mencabut nikmat itu tidak ada siapa yang mampu memberikannya.

Dimana sahaja wajahmu dihadapkan disitulah ujudnya Allah sehingga ketika matamu terpejam dari melihat hakikat benda dihadapanmu itupun tanda ujudnya Allah kalau tidak masakan orang buta juga beriman dengan sesungguhnya. Kadangkala dengan mata yang terpejam lebih cepat hati itu merasai kerana ia tidak terpengaruh dengan lukisan dihadapannya. Jika ia mampu melihat sesuatu itu dengan pandangan dibalik sebuah objek maka itu lebih baik. Dia berfikir tentang Allah,tentang kekuasaan,tentang pentas dunia yang akan dilabuhkan tirai kehidupanya dan disitulah dia membangunkan sebuah rasa ketergantungan dengan Maha pencipta sambil menafikan semua kehaziran yang lain dihatinya.

Dia tidak pernah rasa kesepian dalam kesaorang dan tidak pernah rasa lupa dalam keramaian sehinggakan benar-benar ia takut hatinya tidak lagi dapat mendampingi tuhannya. Bagitulah perjalanan hati yang sentiasa menanti dan mengharap sapaan dari tuhannya. Ia dapat merasai kesemuanya itu walaupun sukar padanya mengungkap sebuah rahsia cinta antara hamba dengan Tuhanya. Dia mencintai semua orang yang sama-sama berjalan diatas jalan yang sama miskipun memiliki cara yang berbeza kerana jelas padanya semestinya semua orang mencari jalan yang membawa petunjuk bukanya jalan syaitan. Rasa ingin kepada petunjuk itupun satu anugrah yang ditentukan Allah kecuali dia lari dari petunjuk kerana fatamogana yang tidak upaya hatinya menolaknya. Itupun sesudah datang ingatan dari Allah ia menjadi sedar kembali. Alangkah besarnya kasih sayang Allah pada hambanya atas kesempatan yang tidak pernah kurang. Benarlah jika ia memilih jalan lain itu adalah hasil sebuah kedurhakaannya selama ini .

Persoalanyanya,kenapa ia tidak sedar bahawa ia sebenarnya mengikuti jalan yang salah sehingga ia berada pada ambang kematian. Kita kembalikan semula pada hati yang menjadi neraca ukur. Hatilah yang sebenarnya kotor sehingakan kejahatan mampu bersembunyi dibalik kebaikan yang dilakukanya. Ruginya jika situasi ini berlaku pada diri kita walaupun seribu kebaikan telah di lakukan kerana ia tidak ubah bagai debu-debu yang berterbangan.

Kuatnya hati dalam menempuh sebuah rasa itu juga satu hal yang penting di perbincangkan. Rasa marah,rasa sedih,rasa ragu dan pelbagai jenis rasa yang menjadi seperti air diatas daun keladi,tertimbang-timbang tapi tidak juga tertumpah di bumi pasrah. Semakin kuat rasa itu semakin jenuh kita mengatur hati agar berlaku adil dengan melihat hikmah yang tinggi. Selagi hati giat mencari celanya sebuah cerita sampai bilapun ia tidak mampu mengambil iktibar dari sesuatu kejadian. Lebih-lebih lagi andaikata ia sendiri mengakuinya semua yang dirasainya adalah benar belaka.

Burung yang terbang tinggi merasai kecilnya upaya manusia dibawahnya hanya mampu berjalan dengan lelah dan terbatas melalui liku-liku yang banyak sedangkan ia mampu merentas tanpa batasnya. Sesekali rasa itu menjadi kebenaran tetapi takala hujan lebat,manusia mencipta kenderaan bagi meneruskan kehidupan sedangkan sang burung bersembunyi dibalik ranting didalam kesejukkan. Semakin besar ia membina fatamogana itu semakin besarlah rasa sedihnya pada sebuah takdir Allah pada dirinya. Demikianlah keajaiban sebuah hati dan Allah bimbingilah kami. Amin.

Monday, February 1, 2010

Ilmu Rasa

Setelah kita mempunyai deria rasa yang tinggi bagi melihat diri sebagai bukti keujudan Allah serta menjadi saksi hukum atas pelaksanaan semua perintahnya maka ruh yang sedar mulalah berkata-kata dengan dirinya sendiri. Lahirnya bicara hati ini adalah fitrah dalam penciptaan manusia bagi menjadi jalan untuk mengenali Allah . Akhirnya muncullah sebuah "rasa" yang akan menyelami hakikat perhambaan berdasarkan petunjuk al Quran dan al Hadis.

Awalnya perjalanan ilmu rasa dari ujudnya sentuhan "ikhsan" dimana ia merasai setiap detik Allah melihatnya dan dia pun memandang Allah pada semua sudut sehinggakan tidak ada cela atau pujidiri pada setiap takdir yang ditentukan. "aku" yang menjadi tuhan lain dari Allah berjaya di nafikan dengan segenap keupayaanya. Ilmu rasa inilah yang menyelubungi diri zahir dan batin bagi mengungkapkan "tiada yang ujud kecuali Dia".

Semakin kuat keinginan hati bagi mencari kebesaran tuhannya , bertambah sirnalah dihati ini dengan mengakui kekerdilanya . Kalimah pada lidah sudah terhenti hanya rasa sahaja yang mampu meraba dan tunduk sujud menyerah lantas hati benar-benar merasai kalimah Allahuakbar ....."tiada siapa pun yang tahu tentang kebesaran dalam kebesarannya.

Batuk.

Apabila anda batuk yang teruk jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Bagitu juga dengan buah mempelam/mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangi masalah batuk. Getah anggur pula sangat baik untuk batuk disamping pengambilanya disinergikan dengan biji selasih,kurma merah,halwa kundur dan lain lain lagi.
Batuk dapat di legakan dengan madu yang dicampur halia merah(bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk MADULIA tetapi jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif,ia perlu di ambil dengan perahan limau/jeruk(ind) nipis bersamanya. Perahkan separuh limau nipis kedalam satu senduk MADULIA dan minum terus(jangan campur air) selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.

Pengambilan MADULIA ini sebenarnya diambil sedikit-dikit tetapi kerap dilakukan mungkin lebih dari 10 kali sehari(1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan) Kerap dengan sedikit-dikit lebih baik dari banyak sekali gus,itulah kaedah perawatan batuk.InsyaAllah.