Selain dari belajar mengenal herba dan kegunaanya,sewajarnya seorang herbalis juga belajar mengenal diri sendiri. Pertama tentang hak pemilikan tubuhnya,milik siapa? Sudah semestinya tubuh itu dimiliki oleh yang mencipta diri. Pemilikan disini ialah hak mutlak pencipta yang mencipta dan ia mengikut tujuan yang satu kenapa ia diciptakan. Mengulas tentang pemilikan ini kita tidak boleh pergi jauh melainkan hanya kata yang layak dan tepat,ialah tiada sesuatu yang ujud melaikan menjadi bukti tentang keujudNYA.
Tidak hanya menjadi bukti tentang keujudaNya tetapi kita juga diminta menjadi saksi tentang hukum yang ditegakkanNya. "Saksi hukum" inilah yang dinamakan "ibadah" iaitu peraturan khas yang diperintahkan untuk di laksanakan oleh manusia.
Kesimpulan awal jika kita mula untuk mengenal diri, maka fahamilah 2 perkara ini iaitu "diri anda menjadi saksi tentang keujudaNya dan saksi tentang penegakan hukum-hukumNya.".
No comments:
Post a Comment