Balik raya kampung kali ini,banyak lagi kes kawan-kawan yang kena kencing manis dan terpaksa dipotong jari kaki. Bermula dengan kebas-kebas,tiba-tiba bahagian kaki menjadi hitam,gangreen dan akhirnya dipotong. Satu perkara yang sering saya temukan bahawa hampir 100 % yang kena potong kaki ialah mereka yang mengambil nasi lemak setiap hari. Dahulu penyakit ini tidaklah ketara sangat tetapi kini apabila nasi lemak dah jadi makanan pagi,tengahari dan malam,nampaknya semakin ramai anak-anak muda yang menerima hukuman dari makanan yang mereka makan.
Ketiga-tiga kawan saya semuanya sebaya dengan saya (46 tahun) dan lebih lebih lagi bila sudah dipotong kaki mereka menjadi sangat stres. Kadangkala saya dapat merasakan tekanan jiwa mereka dari air mata yang mengalir tanpa mampu mereka tahan. Hanya sebuah ucapan yang saya boleh berikan sebagai penawar yang paling mujarab buat masa kini ialah telanlah "pil kesabaran" disamping berpesan pesanlah pada teman -teman tentang bahayanya nasi lemak dalam menu makanan harian hari ini.
No comments:
Post a Comment