Wednesday, May 4, 2011

Kuliah kpj.

Alhamdulillah,syukur sebanyaknya kepada Allah kerana kehaziran tuan puan ke program kpj esp pada malam ini. Pada malam ini saya  akan memperkatakan tentang kelebihan radix coco dan mocha radix yang menjadi target program esp supaya kita membeli can mengguna dengan ilmu bukan dengan semangat semata mata. Semangat boleh patah jika tidak ada ilmu dan dengan ilmu yang kita berikan ,kita akan mendapat pelanggan seumur hidup.
Koko atau nama sainnya ialah Theobroma  cacao dari keluarga Malvaceae sebenarnya mempunyai khasiat ubatan yang sangat tinggi namun ia lebih dilihat sebagai penyedap minuman sahaja. pertamanya koko mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Maksud antioksidan ialah bahan yang digunakan oleh tumbuh tumbuhan untuk daya tahan dari serangan pelbagai penyakit. Dalam perubatan tib Nabawi kita akan melihat banyak tumbuh tubuhan telah digunakan untuk tujuan kesihatan seperti kurma,madu,minyak zaitun,kismis dan lain lain lagi. Sihat itu boleh berlaku dengan langkah pertama iaitu pencegahan. Mencegah itu boleh berlaku dengan menggunakkan herba yang mengandungi mineral,vitamin dan bahan bahan tertentu .  Allah menjadikan  antioksidan yang diperlukan oleh tumbuh tumbuhan  dan dalam masa yang sama juga untuk kesihatan manusia sebagai khalifah Allah.Allah melarang menggunakan bahan bahan yang haram dan boleh membinasakan tubuh untuk jangkapanjang dan KOKO memiliki antioksidan yang tinggi dan digunakan untuk penjagaan kesihatan yang menyeluruh. Kajian baru sangat memeranjatkan dunia di mana 4 penyakit utama dapat dirawat sehingga penyembuhan mencapai 90%. Penyakit utama tersebut ialah  stroke,darah tinggi,kencing manis dan kanser dengan pengambilan 40 cawan koko sehari iaitu segelas besar pagi,tengahari dan malam. Penyakit sembuh dengan ketara selepas sebulan mengambilnya.
Koko juga mengelakkan serangan penyakit jantung  dengan mengurangi LDL dan HDL. Bagi pesakit kencing manis KOKO juga membantu menstabilkan insulin. Menurut universiti harvard ,koko mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai epicatechin yang berpotensi tinggi menjadi sebuah vitamin keperluan masakini. Dark chocolate juga sangat baik untuk kesihatan.
Hpa akan mengeluarkan koko tanpa gula ( coco diet) untuk tujuan kesihatan dimana gula yang digunakan boleh diambil daripada madu lebah,gula merah atau gula aren.
Namun bagitu sediaan seperti koko radix dan mocha radix juga membantu kesihatan  pengguna.Dari testimoni yang dapat dilihat orang yang mengambil koko atau mocha lebih sihat dan tenang dibandingkan dengan pesakit darah tinggi dan jantung yang enggan mengambilnya.
Mocha mempunyai tiga kekuatan iaitu kekuatan dari koko,kekuatan dari kopi dan kekuatan dari 7 herba yang digunakan .Semua kekuatan itu dibawah kekuasaan mutlak dari Allah yang maha berkuasa. 

Monday, February 14, 2011

Pengurusan Demam.

Demam panas yang tinggi menyebabkan berlakunya hidrasi (kering air) dalam tubuh. Bagi kes yang serious akan berlaku kekejangan yang dikenali sebagai "epilepsi" ataupun sawan. Pengurusan demam ialah segala usaha yang dilakukan untuk mengatasinya melalui kaedah Perubatan Jawi.

Kita telah mengumpulkan pelbagai teknik pengurusan yang lebih cepat dari penggunaan ubatan kimia dan ubatan kimia juga bukanlah jalan yang terbaik untuk tujuan ini. Selain dari organ anak yang masih lemah terutamanya ginjal kandungan aluminium hidroksida juga menjadi pengancam kehidupan masa hadapan.

Amalan yang terbaik.

1. Mandi selepas waktu Isyak hingga merasa benar-benar sejuk.
2. Mandi pada waktu subuh.
3. Menjaram dengan daun bunga cina.
4. Menyapu dahi dengan bunga melur.

Herba yang digunakan:

1. Teh untuk imuniti (Daun bidara)
2. IMT Drink
3. Kapsul IMT
4. Kopi Radix dan Madu Lebah Asli
5. Teh Hirta (batuk dan kahak)
6. Air kelapa
7. RTD Asam Jawa
8. Teh Roselle / Kapsul Roselle

Buah-buahan yang pantang diambil :

1. Buah rambutan
2. Buah durian
3. Buah tembikai

Demam denggi :

1. Teh Denggi.

Kebiasaan sekali minum sahaja platlet di dalam darah akan terus naik dan tiga gelas sudah berlaku kesembuhan. Ini dapat dibuktikan dengan testimoni yang datang dari masa kesemasa. InsyaAllah.

Tanda 'imbalance hormone' atau hormontidak seimbang.

Alahan  (Allergy symptoms)
Murung, keletihan dan kerisauan yang keterlaluan (Depression, fatigue and anxiety)
Endometriosis
Fibrocystic breasts
Rambut gugur dan bulu roma di muka berlebihan. (Hair loss and facial hair growth)
Sakit kepala, pening lalat dan fikiran yang tidak jelas (Headaches, dizziness and foggy thinking)
Nafsu seksual rendah (Low sex drive)
Osteoporosis
Premenstrual Syndrome (PMS)
Jangkitan kuman di salur kencing (Urinary tract infections and incontinence)
Uterine fibroids
Naik berat badan, bengkak air, & kembung perut (Weight gain, water retention and bloating)
Kulit berkedut (Wrinkly skin)

Pekerti Herbalis.

Muqaddimah

Herbalis adalah juga menjadi para da'i yang bekerja di jalan Allah. Kesempurnaan akhlaq dan sifat sangat diperlukan kerana natijah yang dikejar ialah kesembuhan di dunia dan kesembuhan hakiki di akhirat. Oleh sebab itulah mari kita bersama-sama cuba menyelami dan mengutip seribu mutiara akhlaq yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Langkah ini akan berakhir kepada perubahan yang menyeluruh terhadap diri dan personaliti seorang herbalis.

Pemaaf.

Amat sukar juga kadangkala kita untuk mengucapkan perkataan maaf kepada orang yang telah menyakiti hati kita selama ini. Perasaan dendam masih terasa dilubuk hati dan kita akan selalu memikirkan bilakah Allah akan membinasakannya. Namun bagitu jika kita memilih jalan Rasul sudah tentu kita akan lebih banyak rasa ingin memaafkannya dari rasa hendak menghukum. Kita sentiasa menyerahkan kepada Allah bagi menahan runtunan marah dari cuba menghapuskannya dengan pelbagai cara. Inilah kemuliaan hati manusia jika ia mampu membuang sesuatu yang dia mahu.

Nabi SAW memberikan petunjuk bahawa terdapat dua amalan yang akan dikurniakan Allah dengan kemuliaan iaitu sedekah dan sifat pemaaf. Kedua-dua amalan ini tetap meleburkan perasaan diri sendiri kerana memikirkan hidup ini adalah kehidupan berjamaah bukan individu.

Maksud Hadis Nabi SAW

"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, 'Tidaklah akan berkurang harta seseorang itu kerana bersedekah. Dan tidak pula Allah akan menambahkan kepada orang yang suka memaafkan kecuali kemuliaan. Dan tidak pula orang yang rendah hati kepada Allah kecuali Allah akan menaikkan darjatnya. (Sahih Muslim)

ii. Cepatlah meminta maaf pada orang yang kamu aniaya

"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, 'Barang siapa yang telah berlaku zalim pada orang lain dengan merosak nama baik atau harta orang lain tersebut, maka cepatlah minta maaf kepada orang tersebut sebelum datang hari di mana mata wang tidak berlaku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya.' (Sahih Bukhari)

iii. Kisah seorang pembunuh yang dimaafkan

"Dari Al-Qamah bin Wa'il bahawa ayahnya bercerita, 'Ketika aku duduk bersama Nabi SAW, tiba- tiba datang seorang lelaki datang dengan menyeret orang lain yang diikatnya dengan seutas tali. Lalu orang itu berkata,'Ya Rasulullah, orang ini telah membunuh saudaraku. Dan jika ia tidak mahu mengakuinya aku akan membawa buktinya' Rasulullah SAW bertanya, 'Benarkah engkau telah membunuh saudaranya? orang yang diseret itu berkata, ' Ya benar.' Rasulullah SAW bertanya lagi, 'bagaimana engkau membunuhnya?' ia berkata, 'ketika aku dan saudaranya sedang mengambil dedaunan pada suatu pohon untuk makanan ternakan kami, saudaranya memaki ku sehingga aku marah dan memukul kepalanya dengan kapak ku ini hingga terbunuh.' Nabi SAW bertanya kepadanya, 'Apakah kamu mempunyai sesuatu untuk menebus dirimu?' ia menjawab, 'aku tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali baju dan kapak ku ini. 'Nabi saw bersabda, 'tanyakan pada keluarga mu mungkin mereka mempunyai harta untuk
menebus mu.' ia berkata, 'aku lebih hina dari keluarga ku atas hal ini.' kemudian Nabi pun menyerahkan tali itu kepada lelaki yang saudaranya terbunuh seraya bersabda, 'ku serahkan ia pada mu (mahu dibunuh atau pun tidak).' lelaki itu pun membawanya pergi. Ketika lelaki itu pergi Nabi SAW bersabda 'jika ia membunuhnya, kedudukannya menjadi sama. 'tidak lama kemudian lelaki itu datang kembali seraya berkata, 'Ya Rasulullah, telah sampai padaku bahawa engkau telah berkata, jika aku membunuhnya maka kedudukanku sama dengan nya, padahal aku membawanya atas perintah engkau? 'Rasulullah SAW bersabda, 'mahukah engkau memaafkannya? Dan akan menjadi penebus dosa mu dan dosa saudara mu.' dia berkata, 'Ya Nabi Allah, tentu sahaja aku mahu.'Nabi SAW bersabda, 'jika demikian, lepaskanlah dan bebaskanlah ia.' maka orang itu membuang tali dan membebaskan orang tersebut.'
(Sahih Muslim)

Jalan Kesembuhan

Bukan kita yang menyembuhkan tapi sesungguhnya ia tetap menjadi milik Allah jua. Penyembuhan itu bermula dari rasa tenang di jiwa kemudian diikuti dengan ketenangan pada zahir anggota. Tanda tenang pada jiwa dapat dilihat pada tidur yang berkualiti kerana di saat tidur itulah tubuh akan bekerja untuk melakukan perawatan pada dirinya sendiri.

Namun begitu dalam tidur ada tiga perkara yang boleh berlalu iaitu kematian, kesakitan dan kesembuhan tetapi bila orang sakit boleh mendapatkan tidur yang berkualiti ia juga menjadi tanda penyakit akan sembuh, InsyaAllah. Ini dapat dilihat pada maksud dari doa tidur yang diajarkan oleh Rasullulah SAW.

" Dengan namaMu, Ya Allah, aku berbaring di atas tempat tidurku dan dengan namaMu aku bangun, jika Engkau mengambil ruhku, limpahkanlah kasih sayangMu padanya dan jika Engkau bebaskan ruhku, peliharakanlah ia sebagaimana engkau memelihara hamba-hambamu yang soleh" (Sahih Bukhari)

Alam tidur juga menjadi rahsia hidup yang tidak pernah dapat dijawab oleh manusia. Apatah lagi penemuan-penemuan benar dalam mimpi. Tidur dan bermimpi sesuatu yang benar adalah petunjuk dari Allah. Jika datang dari Allah ia berupa mimpi yang baik, cukuplah hanya diceritakan kepada orang yang dipercayai sahaja tetapi jika mimpi itu buruk jangan sekali-kali diceritakan pada orang lain kerana ia datang dari syaitan. Mimpi yang boleh menyakitkan tubuh badan boleh disembuhkan dengan meludah tiga kali ke sebelah kiri dan membaca taawuz.

Orang sakit yang tidak boleh tidur pada malam hari akan mendapati penyakitnya menjadi semakin parah. Oleh itu pendekkkan masa lawatan bagi memberi peluang ia berehat dan kurangi banyak soal jawab kepadanya. Tubuh badan akan mudah mendapat kerehatan dengan zikir samada dengan lidah atau hati. Apabila bilangan zikir sudah mencapai ribuan kali sehari, tubuh akan mula terkawal terutama dari pengeluaran hormon stress. Zikir akan membangkitkan rasa pasrah dan tenang yang luar biasa. Inilah kekuatan dalaman yang muncul sebagai penawar batin di saat tubuh kehilangan tenaga. Banyak juga kes ditemui pesakit sembuh walaupun tidak mengambil apa jua ubatan. Semuanya datang dari pertolongan Allah SWT.

Monday, October 18, 2010

Bertungku dan radang paru paru.

Terdapat penggunaan besi panas dalam pengubatan Islam. Hadis dari Anas bin Malik menyatakan "aku membiarkan bahagian tubuhku di bakar dengan besi panas untuk mengubati zat al -janb (radang selaput dada)pada saat Rasulillah saw masih hidup.(Bukhari).Dalam pengubatan Jawi, besi panas(tungku ) digunakan terutama pada kes kes wanita lepas bersalin. Namun bagitu ia juga digunakan untuk pelbagai jenis penyakit terutama saraf ditulang belakang dan sakit tumid.Kesemuanya terdapat dalam buku pembetulan tulang belakang yang baru dikeluarkan.Untuk perbincangan lanjut ,sila hazir diprogram KPJ yang diadakan pada 23/10/10 di HPAic.

Sunday, October 17, 2010

Kencing manis

Selalunya kita akan mendapati terdapat persamaan ubatan kencing manis . Herba herbanya adalah terdiri dari herba manis dan herba yang berwarna hitam.Herba yang manis seperti lemba,stevia,tebu gajah,kulit kayu manis,tebu selasih sering digunakan dalam perubatan jawi sementara herba yang berwarna hitam pula seperti habatul saudak,garam hitam,lada hitam,ayam hitam dan lain lain lagi.Apapun perubatan kencing manis bukan satu cara malah perlu mencari kaedah mana yang bersesuaian dengan diri pesakit. Biasanya pesakit lebih suka dalam bentuk kapsul daripada bentuk air sedangkan penyakit kencing manis perlu dirawat secara teliti dan bersungguh sungguh apatah lagi jika berlaku ganggrene.

Saya cadangkan pesakit kencing manis mendapatkan khidmat nasihat yang betul tentang pengubatan herba yang hendak diamalkanya.Berbekam juga boleh menyebabkan luka bertambah teruk jika tidak bersih dan betul caranya.Luka kerana kencing manis akan mengakibatkan keadaan pesakitmenjadi parah. Seperti yang saya terangkan ,luka kencing manis dirawat dengan serbuk gamat sehingga tumbuh isi dari daging daging yang semakin mereput. Minuman herba khas perlu diberikan terutama dalam keadaan kencing manis yang serious.

Friday, October 15, 2010

Bukan feng sui.

Mempercayai feng sui termasuk dalam persoalan aqidah apabila aliran udara itu dikaitkan dengan rezeki,ruh naga dan sebagainya. Hari ini orang mula membicarakan pula tentang sains feng sui . Apapun sesuatu dasar kepercayaan yang tidak berdiri diatas dasar tauhid pasti akan menyebabkan tergelincirnya aqidah.

Mukabumi yang diciptakan tuhan tidak sama,berbukit dan juga lembah. Bagitu juga dengan kandungan udara pada sesuatu tempat juga berbeza akibat dari kedudukan tinggi rendah tanah dan tekanan yang berbeza. Kadangkala apabila kita tinggal disuatu tempat dan menyebabkan badan tidak sehat,sewajarnya kita mencari kawasan yang lebih selesa penafasanya.Bagaimana menentukan tempat ini? Cara menentukanya ialah dengan melihat dan merasakan keselesaan tubuh apabila bangun di waktu pagi. Jika oksigen mencukupi,tubuh akan merasa ringan dan cergas,kepala tidak berat dan tidak rasa tekanan pada bahagian otak.

Jika kita bangun tidur dalam keadaan letih dan terasa ingin tidur semula menandakan kerehatan tubuh tidak sempurna di waktu malam.Ini disebabkan oleh kualiti oksigen yang tidak mencukupi.Biasanya keadaan ini juga berlaku di kawasan pergunungan atau daerah yang berbukit bukit.Akibatnya mudah berlaku ketumbuhan terutamanya di kelenjar dan boleh menyebabkan kanser.Jangan percaya pada feng sui tetapi percayalah kepada deria tubuh anda yang mengerti perubahan tempat ini.Rumah- rumah orang Islam sepatutnya jangan sunyi dari bacaan surah Al Baqarah.maksud hadis "bacalah oleh kalian surah al Baqarah,kerana sesungguhnya barangsiapa yang membacanya akan mendapat barakah,dan barangsiapa yang meninggalkanya akan merugi.Dan para tukang sihir tidak boleh menyampaikan maksud jahatnya"(muslim)

Thursday, October 14, 2010

Nikmat yang perlu disyukuri.

Bercita cita tinggi tidak salah didalam Islam terutamanya dalam hal hal keugamaan. "Mintalah syurga firdaus,iaitu syurga yang tertinggi"Ini memberi makna bahawa doa itu juga boleh mempengaruhi amalan.Dalam ertikata yang lain mudah mudahan amalannya selari dengan doa dan harapan.Namun bagitu jika ini dibawa dalam kontek kehidupan dunia,melihat orang yang di atas boleh menjadikan kita lupa bersyukur dengan nikmat yang sedang kita miliki.

Apabila nikmat itu hilang barulah kita ketahui selama ini kita termasuk dalam kumpulan yang tidak tahu bersyukur.Apapun situasi kita pada hari ini sebenarnya merupakan nikmat yang perlu direnungi.

Jangan lakukan kesalahan

Pesakit kencing manis yang luka jangan sekali kali di tuam dengan sesuatu yang panas kerana daging akan menjadi mati dan terus gangren .Ini mengakibatkan jari atau kaki akan dipotong.Kadang kadang oleh kerana kaki tidak dapat merasa atau kebas ,pesakit terkena seterika yg panas .Akibatnya seluruh kaki akan menjadi gangren dan terpaksa dipotong.

Bila berlaku hal ini,tindakan awal ialah membuang nanah setiap hari dan membasuhnya dengan air garam.Namun bagitu kaedah yang paling efektif ialah menaburkan serbuk gamat pada luka tersebut sehingga ia kering dan tumbuh daging daging baru disamping mengambil habatul saudak,plantisol dan iner g.

Bagi mendapatkan serbuk gamat,pesakit boleh menghubungi jawi herb shop dengan segera kerana belum ada lagi produk kita yang dipasarkan melalui mlm. Sms ke no 0124059717.

HPAic.

Semenjak pembukaan HPAic ,pelbagai program telah diadakan baik berupa wacana ilmiah maupun membina stategi pemasaran dalam Mlm. Bermula dengan kuliah kiropraktik dan bekam kemudian kuliah dari Dr Zaiton tentang jelly gamat seterusnya banyak lagi acara yang sedang dijadualkan.HPAic diharapkan menjadi universiti kepada ahli ahli HPA dalam menuntut ilmu.Di samping itu ianya menjadi tempat pertemuan seluruh ahli ahli HPA sedunia.InsyaAllah.

Oleh itu jangan lepas peluang bagi mengadakan kunjungan ke HPAic dengan mengatur masanya agar bertepatan dengan program yang telah di jadualkan.KPJ lembah kelang juga diadakan di sini dan dewan HPAic boleh memuatkan hampir 600 orang sekaligus.Satu hal lagi,produk yang dijual di HPA mall ada yang tidak kedapatan di cawangan cawangan yang lain .Ini memberikan pilihan yg banyak kepada ahli ahli.Akhir sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pejuang HPA di atas sokongan yang tidak berbelah bagi sampai hari ini.

Wednesday, October 13, 2010

Demam denggi

Baca berita hari ini tentang demam denggi yang semakin meningkat terutamanya di Johor. Rasa terpanggil untuk menyampaikan sesuatu yang sangat berharga terutamanya kepada ahli ahli HPA.Demam denggi menyebabkan pesakit merasa panas yang sangat tinggi,platelet rendah,badan lemah ,seram sejuk,sakit kepala,sakit dalam mata,sakit belakang,sakit kaki ,tekanan darah rendah,muka menjadi merah dan sakit sakit sendi. Rawatan segera mestilah dilakukan dengan membawa pesakit ke hospital.

Tidak ada ubat untuk menghentikan virus ini tetapi pesakit hanya diberikan ubat tahan sakit sahaja. Pesakit juga dibantu dengan memasukan air dalam tubuh dan rehat.Perubatan Jawi semenjak dari dahulu lagi percaya bahawa ada ubat khas untuk denggi ini tetapi masih belum diakui oleh perubatan alopaty kerana tiada data data klinikal.Apapun tidak salah dengan mengambil beberapa jenis ulam ulaman penyakit ini mudah dirawati. Paling lama hanya tidak lebih dari 3 hari dan paling cepat sehari semalam sudah menampakan peningkatan platlet darah.Ini bukan ubat ubatan tetapi ulam ulaman kampung sahaja.insyaAllah.

Bagi mereka yang ingin mencuba dan membuktikan keberkesanan ulam ulaman untuk masalah denggi boleh menghubungi dengan sms,nyatakan nama,alamat penghantaran,no phone untuk dihubungi. Pehak kami akan menghantar dengan kadar segera. SMS no ini: 0124059717.

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan untuk mencari permata takwa.

Makan banyak akan memberatkan badan untuk beribadah terutama bulan ramadhan ini. kadangkala kita gagal mengawal nafsu makan sehingga kita lupa tubuh perlu disiapkan untuk terus beribadat.Bila mata menjadi mengantuk bagaimana hati hendak khusyuk ,lebih lebih lagi bila solat tarawih 20 rakaat dengan 3 witir.Bacaan quran yang dibacakan tidak jadi penawar pada hati kerana kegelisahan tubuh akibat berbuka dengan yang berat berat tadi.Ramadhan akhirnya berlalu,puasa untuk sebuah keinsafan,kesedaran cuma menjadi amalan ritual tidak makan Dan tidak minum aja.
Rahmatnya ramadhan ialah bila kita boleh kekangkan nafsu bagai kuda yang dapat dituntun kemana sahaja.Nafsu itu alat untuk kehidupan kerana tanpa nafsu tidak adalah kehidupan ini.Islam bukan ugama pertapaan tetapi Islam adalah agama untuk perjuangan.Islam itu kemajuan,Islam itu pendidikan,Islam itu peniagaan,islam itu negara dan sebuah kehidupan yang harmony.sangat harmony sehingga kita Tidak Akan temui lagi pada ajar an ugama yang lain.
Sudah tentu juga doa terus diatur agar segala niat dan hajat Allah makbulkan.Apapun doanya tetap dimakbulkan dengan cara yang Allah mahu.Kadangkala kita mahu susu sapi tapi Allah memberikan air dingin bukan kerana tidak makbul doa. Allah memberi dengan pengetahuanya yang maha mengetahui.Kadangkala manusia menangis sesuatu takdir padanya sedangkan dia tidak mengetahui Allah sedang menolongnya.

Wednesday, August 18, 2010

Kapsul sirih dan Produk Dria.

Kapsul sirih plus ialah herba yang banyak kegunaanya dalam rawatan.Ia sangat efektif untuk darah tinggi dan kencing manis kerana salah satu kelebihan sirih ialah menurunkan darah tinggi dan salah satu kelebihan mambu pula menurunkan kadar gula dalam darah. Asalnya herba ini digunakan untuk sebarang pembengkakan pada payu dara.Ini mengelakan daripada berlakunya ketumbuhan yang Lenin serious seperti kanser . Lebih 10 tahun herba ini dipasarkan melalui slm dan kini pihak HPA perluaskan untuk pasaran mlm.Dos yang perlu diambil ialah 2x3 dan jika tidak berkesan boleh tambah dosnya itu

Produk Dria pula untuk rawatan diare atau cirit birit.Sama seperti teh sepang malah lebih cepat berkesan.Campurkan dengan air mendidih hingga keluar warna merah terang.Ia sebenarnya juga baik untuk ulcer atau gastrik tetapi semuanya perlu dibuka kapsul.InsyaAllah.

Iner-G.

Kapsul Iner G adalah herba khas untuk rawatan kencing manis. Boleh ditambah dalam kopi radix ataupun diambil dengan plantisol.Ianya juga akan memberi tenaga kepada pesakit kencing manis yang menghadapi simtom letih yang keterlaluan termasuk yang Ada masalah impotensi(tenaga lelaki).Pengambilanya juga tidak perlu tinggi iaitu 1x3 sahaja.Pada pesakit kencing manis yang masih baru,herba ini juga sangat efektif. Ia dibuat dare 100% pokok Tebu Gajah hutan spesis yang memanjat.Adanya Iner G ,kini HPA memiliki herba yang lengkap untuk rawatan kepada pesakit kencing manis.

Set lengkap untuk rawatan kencing manis ialah Plantisol,Iner G, teh tropika dan habatulsaudak. InsyaAllah Hpa Akan berjaya mengeluarkan herba yang sangat efektif untuk rawatan kencing manis.Peratus pesakit kencing manis semakin meningkat Dan Sudah sampai masanya kita periu ada solusinya.

Monday, August 16, 2010

Psylium,air ais Dan D karm.

Air ais biasanya tidak dijadikan amalan dalam pengambilan makanan harian.Ini akan menyebabkan badan menjadi letih dan lemah kecuali semasa pengambilan psylium,biasanya diminum dengan air sejuk . psylium mudah menjadi kembang dan sukar ditelan jika dimasukan kedalam air. Dalam produk HPA juga Ada menggunakan psylium iaitu di dalam d karm. Psylium tidak diberikan pada pesakit tairod tetapi produk d karm boleh diberikan kerana sinergi yang terdapat di dalamnya. Psylium mengembang Dan mengeluarkan sisa najis yang mati dalam usus. kesanya Akan dapat dirasai apabila tubuh mula mengeluarkan peluh yang banyak badan menjadi ringan. Produk d karm boleh diambil dengan air panas.

Tuesday, August 10, 2010

Air beras perang

Air beras perang sangat baik untuk sakit sendi dan masalah buah pinggang. Caranya spt masak nasi air. Minum pada waktu malam satu gelas . Batu karang juga boleh hancur dengan minuman ini. Herba ini juga menurunkan tekanan darah tinggi dan asid urid.InsyaAllah.

Saturday, May 29, 2010

Makanan Ayam

Kenapa banyak penyakit hari ini disabitkan dengan makan ayam. Ada negara-negara luar sudah tidak lagi menggalakan rakyatnya memakan ayam goreng menyebabkan restoran-restoran ayam goreng segera terpaksa ditutup. Inilah akibatnya apabila konsep penternakan ayam dipenuhi dengan antibiotik,ubat kimia antistress,hormon pembesaran dan pelbagai ubatan kimia lainnya.
Kenapa kita tidak berani keluar dari kaedah kimia tanpa batasan ini dengan menggunakan herba seperti bawang putih,mambu,rumput mutiara dan lain-lain lagi. Penternak ayam kebanyakan takut dengan kadar kematian yang tinggi sehingga mereka mengikut telunjuk penternak kimia turun temurun. Hari ini kita bangunkan peradaban baru sesuai dengan kehendak kesihatan bukan dengan ubatan kimia tapi ubatan herba.

Percayakah anda bahawa masa hadapan dunia akan menuju kepada penggunaan herba secara global bukan hanya makanan ayam tetapi makanan manusia keseluruhanya. Kita lihat nanti perubahan itu akan melanda bagai tsunami maka tidak hairanlah jika ayam HPA tidak pernah cukup di pasaran. TK teruskan berjuang.

Friday, April 30, 2010

Bagai rambut yang terbelah.

Petanda sel bermutasi menjadi abnomal sel ialah hujung rambut terbelah. Kemungkinan ada peradangan dalam tubuh,perlu dipastikan terlebih dahulu dengan pemeriksaan yang menyeluruh di hospital. Wanita lebih mudah terkena ketumbuhan daripada lelaki terutama pada rahim. Banyak sebab berlaku demikian tetapi penawar daripada pewarna kunyit adalah yang terbaik untuk pembersihan rahim.
Curcumin telah terbukti digunakan dalam perubatan Jawi sebagai ubatan yang berkesan pada tahap awal. Produk curcumin bukannya 100% daripada kunyit tetapi ia disinergikan dengan lada hitam untuk meningkatkan lagi keberkesanannya. Jika boleh saya sangat mengharapkan semua kaum wanita menggunakan curcumin sebagai amalan harian.

Selain daripada itu,curcumin juga digunakan sebagai ubat alzimer(pelupa) dan ia mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengeluarkan racun(logam berat) dari tubuh disamping ubat makan untuk mata yang rabun(catarak). Orang yang mengetahui khasiat kunyit pasti tidak akan meninggalkan penggunaan herba ini. InsyaAllah.

Wednesday, April 28, 2010

ketegangan fikiran

Ketegangan fikiran mungkin berasal dari gelombang handphone yang anda guna. Ini akan lebih ketara jika anda bercakap lama sehingga Handphone menjadi panas. Oleh itu lebih baik SMS sahaja dan gunakan phone biasa bila perlu berbual panjang. Adakah herba boleh membantu? sudah tentu terdapat herba yang baik untuk menurunkan ketegangan ini.

Ketegangan frekuansi otak dapat diredakan dengan pengambilan pokok bayam merah. Bayam merah juga menyerap gelombang bunyi sama seperti handphone dan sudah terdapat kajian di Jepun menggunakan bayam dalam handphone
.
Di HPA kita ada kapsul HB iaitu sinergi bayam merah dan pegaga. Ia sangat baik untuk menyerap gelombang handphone yang berlebihan dan menurunkan ketegangan di otak. InsyaAllah lihatlah keberkesananya nanti.