Friday, May 22, 2009

Produk dari sarang burung layang-layang.

Kenapa HPA tak keluarkan produk daripada sarang burung layang-layang? Saya telah cuba mendapatkan beberapa fatwa tentang penggunaan sarang burung layang-layang dan ada fatwa yang menyatakan haram kerana sarang burung tersebut telah bercampur dengan najis dan tidak boleh diambil untuk tujuan minuman. Namun bagitu ada juga majlis fatwa negeri-negeri yang membolehkanya. Melihat kepada situasi ini biarlah HPA mengambil sikap “bertawakuf” dan tidak mengeluarkan produk ini untuk dipasarkan.

Kalau dilihat dari segi pemerosesan ,sarang burung yang mengandungi bulu dan najis itu dibersihkan sehingga tidak kelihatan najisnya di situ tetapi semasa pemerosesan percampuran dengan najis masih berlaku. Dari segi perubatan sarang burung layang-layang digunakan untuk batuk yang berterusan serta diberi minum pada wanita hamil untuk mencantikan serta memutihkan kulit si anak.Wallhualam.

Kapur Makan.

Ubat tahan sakit boleh dihasilkan daripada beberapa kaedah tersebut seperti:-

1. Kapur makan sebesar hujung jari dimasukkan kedalam segelas air teh biasa . Kacau/aduk- ind dan biarkan dia menjadi bening sebelum diminum.

2. Kaedah kedua pula sama seperti kaedah diatas tetapi menggunakan tangkai kelapa yang tidak ada buah menggantikan teh. Cukup dengan beberapa bilah tangkai tersebut dipotong dan direbus bersama kapur.

Kaedah-kaedah ini sering digunakan untuk menghilangkan senggugut atau sakit gigi oleh masyarakat dahulu dan terbukti sangat berkesan.InsyaAllah.

Pokok Ara songsang.

Pokok ara songsang atau nyarang songsang(ind) boleh dijadikan sebagai antidote jika terpatuk ular. Asah akar pokok ini dan airnya diletakan pada tempat terkena patukan tersebut. Keracunan ular tiba-tiba akan hilang bagitu sahaja.

Kebiasaannya pekerja-pekerja yang datang dari Negara Laos akan membawa akar ini bersama mereka. Mereka berkerja di ladang tebu Chuping ,Perlis dan tinggal di rumah-rumah kongsi. Jika ada yang terpatuk ular akar pokok ini digunakan sebagai antidotnya. Dalam pengubatan jawi herba ini digunakan untuk memecahkan batu karang.InsyaAllah.

Mata ke 3

Pineal gland adalah mata ketiga yang memberikan respon pada cahaya. Kelenjar ini berfungsi untuk mengawal pengeluaran hormone melatonin bagi membolehkan sesaorang itu tidur.

Tidur dalam bilik yang terang merupakan paksaan kepada pineal gland untuk mengeluarkan hormone tersebut dan jarang sekali mendapat deep sleeping. Walaupun boleh tidur tetapi tidak menyegarkan badan apabila bangun keesokan harinya.

Lampu memadai dimalapkan sahaja dan jika mahukan keadaan rehat sepenuhnya ketika tidur jangan lupa mengambil deep cleansing. Halia merupakan herba yang baik untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan dimasukan dalam persediaan deep cleansing.

Madu corcinium

Ada beberapa lagi produk HPA nampaknya telah mula diedarkan seperti:

1. Rempah ikan dan daging

2. Madu corsinium dan Madu Ardisia

Rempah ikan dan daging mempunyai rasa yang sedap,bersih dan dihasilkan daripada rempah pilihan.InsyaAllah menepati kehendak citrarasa pengguna.Anda boleh mencuba dahulu rempah ini sebelum mengiklankan kepada ahli-ahli dibawah anda.

Madu corcinium pula ialah adunan siap ubat untuk rawatan resdung yang kronik. Mereka yang telah hilang kepekaan menghidu aroma, hidung tersumbat dan bersin pada waktu pagi sebaiknya mencuba herba ini. Bagitu juga dengan Madu Ardisia untuk pesakit gaut yang lebih kuat keberkesananya daripada ardisia.

Pengambilannya 1 sudu 3 kali sehari dan minum air panas apabila mengambil herba-herba ini dan jangan mengambil minuman berais.

Emas secotet/ficus spp

Banyak penelitian masakini menceritakan kelebihan pokok mas secotet. Namun bagitu sejak 14 tahun dahulu HPA telah menggunakan produk ini untuk kesihatan. Nama produk “ficus” telah dimaklumi oleh semua warga HPA untuk rawatan buasir yang berkesan.

Namun bagitu selain daripada itu ficus juga digunakan untuk kencing manis dan darah tinggi kerana ia mempunyai kesan astringen yang kuat. Terdapat pelbagai jenis ficus tetapi yang digunakan oleh HPA ialah “ficus calicarpa” ataupun dikenali sebagai pokok tengkok biawak. Bahagian yang digunakan bukan dari daun tetapi batangnya disamping sinergi utamanya dengan akar sekecut.

Fisalin B dan perawatan kanser.

Penggunaan fisalin B atau mikrolenin sebaiknya bermula daripada pertengahan bulan (calendar Islam) iaitu 15hb. Pada ketika itu bulan telah sempurna penuh(purnama) dan akan menjadi kecil (bulan sabit). Pengecilan bulan juga bererti semakin turunnya gejolak hormone tubuh dan ini sekaligus akan juga mengecilkan ketumbuhan.

Pada saat bulan semakin besar,paras hormone juga meningkat di mana ubatan herba tidak upaya untuk mengecilkan sebarang ketumbuhan. Oleh sebab itu bagi pengubatan kanser yang ada hubungan dengan hormone waktu itu diambil kira.

Tuesday, May 19, 2009

Minyak zaitun dan cahaya.

Cahaya petunjuk jatuhnya pada hati dimana hati itu berada di Jantung (jantung hati) bukanya liver atau hepar. Cahaya itu datang dari unsur minyak walaupun tidak di nyalakan api dia tetap bercahaya (Rujukan surah Nur) dan memberikan tenaga pada jantung. Pusat energy juga berada pada jantung dan jika jantung itu baik,maka baiklah tubuh badan tersebut. Jantung berfungsi untuk mengepam darah keseluruh badan membawa bersama oksigen dan zat makanan untuk sel-sel hidup. Jika jantung lemah bererti aliran darah juga lemah dan tubuh akan lemah keseluruhanya.

Tujuan utama pengambilan herba ialah untuk menguatkan jantung agar keharmonian terjadi dan gangguan luar dapat diatasi. Herba- herba untuk jantung yang terbaik ialah dari semua jenis minyak tetapi perlu hati-hati jika pengambilan berlebihan ,badan akan menggeletar kerana jantung seolah-olah di arah bekerja sambil berlari.

Produk HPA dalam bentuk minyak adalah seperti : omega 3,grapeseed oil,vitamin e alami,garlic,habatul saudak,EPO dll. Kesemuanya memberikan tenaga pada jantung .

Produk HPA dalam bentuk kapsul juga hampir semua mengandungi minyak sari dari kayu teja yang sangat baik untuk kesihatan jantung terutamanya ubat periuk lohard. InsyaAllah.

Pegaga dan otak.

Daun pegaga tak ubah seperti dua hemisfera otak,iaitu otak kanan dan otak kiri. Ini bererti otak juga diciptakan tuhan berpasangan. Namun bagitu otak juga mempunyai arus eletrik seperti jantung dan dapat disukat dengan alat elektroensefalograf (EEG).

Dalam dunia pengubatan herba , persamaan bentuk juga diambil kira bagi menentukan bahagian tubuh yang hendak diubati. Ini akan membawa maksud pegaga merupakan herba yang baik diberikan untuk kesihatan di otak. Ia termasuklah bagi peningkatan IQ (hafalan dan pemahaman)terutama kepada para pelajar. Secara umumnya herba yang baik di otak mempunyai pengaruh kepada jantung,kulit dan organ reproduktif.

Penyakit yang pernah saya rawat menggunakan pegaga ialah sawan tarik,pendarahan dan menghilangkan pembekuan darah di otak.Oleh kerana pegaga termasuk herba diuretic, banyak testimony yang diterima ,ia juga memecahkan batu karang dalam pundi kencing, demam panas (campur gula batu),rawatan liver termasuk hepatitis dll.

Di HPA pegaga di tanam tanpa kimia bagi mengelakan keracunan dan khasiatnya lebih terpelihara.

Jadam

Salah satu herba yang ada dalam pengubatan Islam ialah jadam. Jadam mempunyai rasa yang pahit dan ia sebenarnya diproses dari daun lidah buaya. Biasanya dalam setiap ubat periuk dimasukan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tak disukai ,jadam tidak lagi digunakan.

Jadam juga menjadi pelawas yang sangat baik disamping melancarkan perjalanan darah. Jika jadam di minum pada seminggu sekali ia akan mengurangi lendir di paru-paru. Ini akan menyebabkan penafasan menjadi lancar dan suara juga bertenaga. Selain daripada itu kegunaan jadam sama seperti alovera dimana ia sangat baik untuk ibu yang bersalin. Kadang-kadang jadam boleh menjadi julab (laxatif) bagi sembelit yang kronik. Jadam juga menerangkan mata.

Obesiti dan buah-buahan.

Kenapa terjadinya obesity?

Salah satu sebab berlakunya obesity ialah makan pada lewat-lewat malam. Ini sering terjadi kepada mereka yang sering mengisi program pengajian atau ceramah. Apabila tamat program tersebut pehak panitia akan menyediakan makanan kepada penceramah dan jika ini berterusan ia akan menyebabkan berlakunya obisiti.

Di sudut tiorinya jika anda mampu untuk mengantikan makanan malam dengan buah-buahan dan sayur-sayuran,InsyaAllah berat tubuh anda juga akan semakin ringan.Tiori ini akan dapat dibuktikan dalam tempoh masa 45 hari .

Bagaimana dengan riadah?

Paling mudah riadah bagi orang yang obesity ialah berjalan cepat selama 20 minit pada setiap hari. Ia sangat mudah dilakukan tetapi yang susahnya ialah untuk istiqamah. Oleh itu program mengurangi obesity mesti bermula kerana kita memerlu tubuh yang sehat demi perjuangan yang semakin mencabar.

Beras perang untuk anak-anak.

Tingkatkan imuniti anak anda dengan menggunakan beras perang. Bagaimana? Persediaanya sama seperti masak nasi Cuma air ditambah sekali ganda dari biasa. Apabila mendidih, air tersebut diambil dan di jadikan minuman pada anak-anak anda.

Tanda kelemahan imuniti adalah seperti berikut:-

1. Sering demam

2. Sentiasa selsema

3. Susah tidur

4. Kerap menangis

5. Batuk berterusan dan berkahak

6. Panas badan

7. Perut kembung dan lain-lain lagi.

Air beras perang sangat sesuai untuk anak-anak kecil.InsyaAllah.

Madu untuk Kencing Manis.

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma,cuka apel,cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu /senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral.(1 :3) .jika keadaan gula masih tidak turun ,boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1 .

Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.

Pandangan Imam Abu Hanifah

Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa bomoh dan ahli nujum mesti dibunuh., berdasarkan ucapan Umar r.a yang menyatakan "Bunuhlah! setiap ahli nujum dan dukun. Bomoh ialah orang yang mengambil jin sebagai penyampai berita padanya ,sedangkan ahli nujum ialah orang yang bercakap berdasarkan prasangka seraya mengaku tahu perkara-perkara yang ghaib.

Monday, May 18, 2009

Warna urin.

Urin dalam tubuh dapat ditentukan mengikut warnanya. Jika warnanya kuning kemerah-merahan menandakan keadaan tubuh yang kekurangan air dan jika warnanya jernih pula menandakan sudah berlaku kelebihan air.Warna urin yang elok ialah kuning muda.

Disinilah pengukuranya yang dibuat bagi mengamalkan program detox air 2. 5 liter sehari. Disamping itu terdapat 2 jenis air yang digunakan bagi kes dehidrasi yang teruk iaitu air asam jawa dan air roselle.

kekurangan dan kelebihan air akan menyebabkan sesak nafas,oleh itu warna urin perlu dilihat bagi menentukan kadar air yang cukup dalam tubuh.

Mencari ulamak pewaris Nabi.

Menghina ulamak merupakan kehinaan pada diri sendiri kerana ulamak adalah pewaris para nabi. Ulamak-ulamak yang berjuang bagi penegakkan hukum Allah swt menjadi penyelamat kepada aqidah ummat. Ulamak mengajak manusia menjadikan Allah sebagai tuhan bukanya menjadikan hamba kepada kebendaan dan pangkat.Mereka tidak pernah meminta balasan daripada apa yang mereka perjuangkan melainkan agar Islam diterima sepertimana ajaran Rasulullah saw.

Ulama tidak membawa manusia agar kagum pada dirinya sendiri dan bagitu juga pengikut-pengikutnya. Mereka bertemu membicarakan kelebihan yang ada dalam Islam bukanya membicarakan kelebihan guru-guru mereka. Hari ini kita melihat keterbalikan ini,para murid sibuk menceritakan kehebatan guru dan guru pula menerima sanjungan yang bukan menjadi miliknya.

Jangan sekali-kali kita mengukur kehebatan guru itu dengan pekara ajaib yang berlaku tetapi ukurlah dengan pegangannya kepada Al- Quran dan as sunnah.

Ramai para ulamak yang tidak cenderung hati mereka pada ugama lantas mereka tidak menghantar anak-anak meraka untuk mempelajari Islam sepertimana diri mereka. Dari soal kecil sampai perkara besar boleh dipertikaikan. Mereka mengahwini anak perempuan mereka dengan mas kahwin yang tinggi dan masih lagi menjadikan upacara persandingan sebagai hukum adat yang tidak boleh ditentang. Mereka masih boleh tersenyum melihat anak-anak mereka memakai lipstick diatas pelamin menjadi tuntunan awam. Jika berbicara sering bercakap tentang soal jin dan buatan orang melebihi dari persoalan aqidah yang perlu dipertahankan. Ini berbeza dengan ulamak yang ikhlas tetap memelihara kesucian Islam dalam apa jua sudut kehidupan.Amin semoga kita menjadi pengikut ulamak pewaris para nabi.

Wednesday, May 13, 2009

Meningitis

Saya kini berada di Melaka dan akan memberikan kuliah pada malam ini tentang perubatan herba. Salah satu soalan yang mungkin akan ditanya ialah tentang Meningitis kerana wabak ini kini dikatakan menular di negeri ini.Apakah meningitis? Ia merupakan peradangan di selaput otak dan tulang belakang yang mungkin disebabkan oleh virus,bakteria ataupun mikrob yang lain.Ia juga boleh disebabkan oleh sebahagian ubatan kimia.Tanda-tandanya seperti:-
1. demam 2. sakit leher 3. sakit kepala 4. kecelaruan 5. muntah-muntah 6. sensitif kepada cahaya dan bunyi . Perubatan moden akan memberikan antibiotik atau anti viral dan kadangkala diberikan dengan steroid.

Dalam pengubatan herba,perkataan "tis" itu menunjukan peradangan dan sesuatu yang radang berpunca dari kepanasan dari sifat api atau sifat angin.Penawarnya ialah dari unsur sejuk sebagai anti peradangan. Namun bagitu peradangan itu dilihat berlaku dimana? oleh kerana peradangan ini berlaku di otak maka bahagian herba yang berkesan itu mesti datang dari buah,biji,daun atau bunga.Kembali kepada "doktrin of signature" yang menjadi pengecaman tepat menentukan ubat maka pegagalah yang paling sesuai dibandingkan dengan herba yang lain.

Teh herba mengandungi 100% pegaga yang boleh dijadikan minuman bagi membantu menguatkan tubuh badan kepada orang yang sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati dan cadangan saya kita menjadikan minuman teh herba sebagai minuman harian sebagai langkah pencegahan.Namun bagitu jika terdapat tanda-tanda seperti berikut hendaklah segera mendapatkan rawatan di hospital kerana ia bersifat acute (cepat bertindak) sementara kelebihan herba tidak dapat mengejar serangan virus yang bagitu cepat.Jangan biarkan masa seminitpun tanpa rawatan kerana penyakit ini boleh membawa kepada kematian.Semoga Allah melindungi kita semua dari wabak ini dan kita memilih tindakan pencegahan sebelum terkena wabak tersebut.Amin.

Hujung jari runcing.

Hujung jari yang runcing memang nampak cantik seperti tombak serai. Namun bagitu dari segi kajian genetik herbalogi pula ia membawa makna pewarisan kepada penyakit kencing manis atau darah tinggi. Elok kita mengambil langkah pencegahan apatah lagi jika ahli keluarga telah mempunyai rekod penyakit tersebut.

Anda tidak boleh mengubah bentuk jari anda tetapi anda boleh merubah kepada gaya hidup anda. Ini yang lebih penting supaya kelemahan genetik yang ada pada anda tidak menjadi penyakit yang kronik. Pencegahan itu lebih mudah dan murah dibandingkan dengan pengubatan.Darah tinggi dan kencing manis boleh mengundang penyakit berangkai seperti peluru pemusnah berangkai yang memusnahkan semua fungsi tubuh.

Amalkan pengambilan plantisol dan teh herba berterusan dan herba memberi perawatan dari hujung rambut sampai hujung kaki.InsyaAllah.

Biji anggor.

Biji anggur dan biji apel mempunyai dua sifat yang berbeza dalam dunia pengubatan. Biji anggor boleh dijadikan ubat bagi menghilangkan ketumbuhan dalam tubuh dan menghilang plak di jantung. Minyak black seed oil dari biji anggor hitam telah terkenal sejak zaman berzaman .

Biji apel pula mempunyai bahan yang beracun sama seperti biji betik. Cuma dalam segi kuantiti yang tidak banyak kesan keracunan tersalah makan tidak kelihatan. Elakan dari memakan biji apel. Biji betik pula boleh menyebabkan keguguran kandungan awal sama seperti mengkudu muda.Namun bagitu biji mengkudu pula boleh dijadikan ubat untuk mengilangkan ketagihan dadah/kecanduan nakoba.

Kaedah pengecutan.

Terdapat dua cara bagaimana menghilangkan sesuatu ketumbuhan di kulit iaitu:-

1. Pengecutkan

2. Pemasakan dan pemecahan

Pengecutan lebih baik kerana ia tidak melibatkan darah yang dikeluarkan.Jika kaedah pemasakan dipilih bukan hanya darah malah nanah juga akan turut keluar dalam masa yang agak lama.

Kaedah pengecutan menggunakan pelbagai herba yang “serasi” dengan sesuatu penyakit.Serasi atau tidak diukur dengan rasa iaitu jika pesakit merasa sejuk seperti diletakan ketulan ais menunjukan ia serasi atau sesuai dengan herba tersebut.

Herba-herba untuk pengecutan:-

1. Naga buana

2. Sisik naga

3. Tanah liat putih

4. Akar mertajam

5. Ubi bemban/ubi garut – Indonesia

6. Semalu gajah

7. Akar raya putih/akar pokok sepatu putih

8. Akar pokok kaki merpati

9. Bedak sejuk/bedak dingin- ind

Herba untuk pemecahan pula biasa digunakan cendawan susu harimau dan herba-herba yang lain.

Ketumbuhan di dalam.

Ketumbuhan didalam tubuh pula diatasi dengan kaedah pengecutan dalam.Pengecutan dalam mestilah menggunakan kombinasi herba yang betul kerana ia agak sukar dilakukan. Sifat herba yang dipilih adalah seperti berikut:

1. Dari jenis umbisi

2. Berwarna terang

3. Salah satu herba yang hendak di sinergikan itu mestilah berwarna hitam.

Jenis-jenis temu seperti temu lawak boleh digunakan tetapi kunyit memberikan kesan yang lebih dibandingkan dengan yang lain.Kunyit di sinergikan dengan lada hitam menjadi ubat untuk ketumbuhan didalam.Produk curcumin merupakan produk hasil sinergi tersebut.

Monday, May 11, 2009

Serangan Virus

Serangan Virus semakin menjadi-jadi ,deman di sana-sini dan banyak sms yang datang kepada saya bertanyakan pemakaian herba dari serangan virus.Produk terbaik masa kini ialah IMT dan sabun dari tanah liat putih.IMT mempunyai bahan anti radang yang sangat kuat sehinggakan ia akan menjadi pelindung kepada peradangan yang dihasilkan oleh virus. Kekuatan IMT telah diakui sebagai antidot(serum) untuk racun ular.Daging yang luka akibat dari kencing manis tidak akan mereput dengan pengambilan IMT.Ini merupakan kesan anti virus yang sangat kuat dalam dunia pengubatan herba.Jika di goncang 300 kali kesanya menjadi semakin kuat dan boleh menyebabkan pemasakan kulit yang mati atau baru di oporasi.

Friday, May 8, 2009

Herba dan tempat tumbuh

Kekuatan herba terletak kepada bumi di mana herba itu tumbuh.Tanah-tanah organik yang tidak ada pencemaran kimia akan membekalkan sejumlah mineral koloidal yang sangat penting untuk tubuh.Mineral-mineral ini ada dalam jumlah yang sedikit tetapi di sel memang diperlukan.Jika tanah telah kehilangan keseimbangan kimia,mineral koloidal juga akan hilang walaupun pokok boleh hidup hanya dengan ujudnya mineral-mineral utama.
Satu lagi mineral yang menjadi kekuatan pada pokok untuk tujuan ubatan ialah selenium.Selenium banyak kedapatan di tanah gunung berapi.Di kepulauan Jawa tanahnya amat kaya dengan selenium. Herba seperti daun dewa yang tumbuh di kawasan gunung berapi sangat bermanafaat untuk perawatan kanser kerana mineral tambahan ini.Sesuatu bahan aktif yang terdapat di dalam herba bukannya semestinya boleh terus di ambil oleh tubuh tanpa bantuan bahan yang lain.Contuhnya yang paling mudah ,mineral kalsium dalam sesuatu herba,walaupun kedapatannya tinggi tetapi jika herba tersebut mengandungi asid oksalik ia akan menyekat penyerapan kalsium tersebut.
Oleh sebab itulah kita memerlukan keseimbangan tanah bagi tujuan herba ubatan.

Saturday, May 2, 2009

Buku Yoga dan Solat

Sekali lagi kita terpanggil bagi menjelaskan bahawa Yoga bukan solat dan solat bukan Yoga.Matlamat ketenangan dalam yoga tidak boleh disamakan dengan sakinah daalam solat.Yoga adalah ajaran atau aliran kejiwaan hasil yang diterap dari kepercayaan hindu.Mereka mendakwa bahawa dengan meditasi mereka berjaya mendapatkan alfa frekuasi iaitu tahap gelombang otak berada pada detik yang sangat relax dan kebahagian jiwa dapat dinikmati.

Hal ini merupakan satu proses "ghurur" tipudaya syaitan dalam menyesatkan manusia dengan menjadikan rasa bahagia setelah pengamalnya meninggalkan sunnah dan Al-Quran.Orang Islam yang mengikutinya juga turut terperangkap dalam situasi sihir syaitan ini.Sebenarnya bukan hanya pada yoga yang terdapat proses ghurur ini tetapi juga berlaku kepada aliran sufism yang telah terkeluar dari sunnah nabi.Pendakwaan memiliki kelebihan yang pelbagai merupakan pintu ghurur yang pertama.Murid dibawa kearah merasa takjub pada guru bukanya kepada ajaran Islam.Ucapan guru dianggap keramat dan tidak boleh di tentang kerana akan mengundang bencana.Akhirnya gejala ini menjadi aqidah yang sangat tebal dan bagitu sukar untuk dibetulkan lagi.

Semua orang boleh mendakwa mereka benar tetapi ukuranya mestilah kepada sunnah dan Al-Quran.Semoga warga HPA terhindar dari gejala ini.Amin.

Pembetulan Tulang belakang.

Pembetulan tulang belakang (PTB) salah satu kaedah yang sangat berguna dalam dunia perubatan. Ini disebabkan tulang belakang sentiasa berada dalam keadaan tertekan atau pada kedudukan yang berubah akibat aktiviti harian.Tanda yang paling mudah untuk melihat adakah pesakit menghadapi masalah tulang belakang ialah rasa kebas-kebas dihujung jari tangan dan kaki diiringi dengan sakit kepala.

PTB dimulakan dengan melakukan perenggangan terlebih dahulu sambil melembut-lembutkan otot yang tegang.Sebahagian otot yang mengikat tulang belakang menjadi tegang dan tulang turut berubah lokasinya(dislokasion).Tindakan menyuruh anak-anak berjalan diatas belakang merupakan sebahagian daripada kaedah pembetulan tulang belakang.Namun bagitu ianya perlu diperlengkapkan dengan beberapa gerakan lembut yang lain.

Ilmu PTB diajar di dalam HPA bagi menolong kes-kes yang mampu dibantu dengan kaedah ini.Selepas itu pesakit diberikan herba iaitu:-

pilihan pertama - Herba Tuju Angin + Kapsul Radix
Pilihan kedua - Madu,minyak zaitun dan habatul saudak.

Insyalah ,PTB akan menjadi sangat berkesan.Amin.

Friday, May 1, 2009

Produk Penjagaan Kulit.

1. SABUN BAYI

· 100% ALAMI TANPA BAHAN KIMIA

· BAUAN ALAM.

· DIPERBUAT DARIPADA GLISERIN KELAPA SAWIT.

· BAIK UNTUK MEREKA YANG ADA ALAHAN SABUN

· HIPOALLERGENIK

(BOLEH DIGUNA PADA KULIT SENSITIF).

· MENYIMPAN KELEMBAPAN KULIT

· MENGURANGI KEKERINGAN KULIT DAN PENUAAN AWAL

· PENCUCI MUKA TERBAIK

· DIGUNAKAN UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR.

· BOLEH DIGUNAKAN PADA BAYI YANG BARU LAHIR

· PERUBATAN KEPADA KULIT KERING DAN MENGELUPAS.

2. SYAMPOO AROMA TERAPI

· MENGGUNAKAN MINYAK SARI DARI HERBA BUKAN PEWANGI TIRUAN

· PUDINA – SEBAGAI PENYEJUK KEPALA.

· LENDIR LIDAH BUAYA - RAWATAN RAMBUT

· PEMINTAAN KEDUA TINGGI SELEPAS SYAMPOO PEGAGA

· GUNA PERAWI RAMBUT SELEPAS MENGGUNAKAN SYAMPO.

3. SYAMPOO BETIK

· MENGANDUNGI BAHAN AKTIF DARI GETAH BETIK

· PAPAIN

· KAJIAN MENDAPATI PAPAIN MERAWAT RAMBUT PECAH DAN BERBUAH.

· GUNA PERAPI RAMBUT SELEPAS MENGGUNAKAN SYAMPOO

4. TONIK PANDAN

· MINYAK ZAITUN YANG BERKHASIAT

· RAMBUT TEGUH,LEMBUT,HITAM.

· ANTI KEKERINGAN KULIT KEPALA

· UBAT SERAP MELALUI KULIT KEPALA

· PEREDARAN DARAH DI KULIT KEPALA

· ANTI KUTU

· ANTI GUGUR RAMBUT

· ANTI KELEMUMUR

· CAMPURAN TERUS BERSAMA SYAMPOO.

· MENGHALUSKAN KULIT BADAN

· MENGELAKAN KULIT PERUT PECAH PADA ORANG MENGANDUNG

· MEMANAS DAN MELANCARKAN PERJALANAN DARAH.

· PERAWATAN MELALUI KULIT.

· KAKI SEJUK

· SEJUK TANGAN DLL MASALAH EDARAN DARAH

· MENGECILKAN JERAWAT

· CAMPURAN DENGAN SEMUA JENIS BEDAK