Friday, May 23, 2008

Madu dan Kencing Manis.

Madu lebah sangat sesuai untuk pesakit kencing manis disamping memberikan tenaga segera ianya juga berguna untuk mengubati penkreas yang berfungsi dalam produksi insulin.Namun bagitu madu tidak boleh diambil dengan dos yang tinggi memadai sebagai pemanis dalam minuman.

Madu yang dipilih pula mestilah mempunyai kualiti yang tinggi iaitu kandungan air dibawah 18% dan diambil dari debunga tumbuhan yang hidup di negeri-negeri padang pasir.Madu Iran,madu Syria,madu Sudan,madu Aswan(mesir) merupakan antara madu yang boleh digunakan dalam terapi kencing manis.(madu HPA dari Iran)

Ada pertanyaan dalam kuliah KPJ,kenapa berlaku peningkatan glukos pada pesakit KM apabila mengambil madu lebah.Jika hal ini berlaku kurangkan dos madu dan teruskan penggunaanya.Pengalaman yang penting yang ingin saya kongsikan sebagai kaedah terapi kencing manis yang berkesan ialah seperti berikut:-

1, Jangan sekali-kali menggunakan gula putih tetapi gantikan dengan gula merah/perang
2. Jangan menggunakan beras putih tetapi gantikan dengan beras perang.
3. jangan mengambil makanan yang mengandungi santan
4. jangan makan roti putih/perang (kecuali roti arab)

Ada 2 herba lagi yang baik untuk pesakit kencing manis iaitu lada hitam dan kulit kayu manis.
Masukkan sedikit lada hitam dalam nasi yang dimasak dan kulit kayu manis dalam apa jua minuman.

Disamping jangan meninggalkan produk HPA iaitu:-

1. Plantisol - 3 x 3
2. Teh herba - 3 kali sehari
3. soft gel VCO - 3 x 3
4. D det - 2 x 2 (maxsimum)

kesannya dapat dirasai selepas 3 bulan menggunakanya.InsyaAllah.

2 comments:

haitami said...

Assalamu'alaikum Wr. Wb. Alhamdulillah saya di Bandung semakin mudah berkomunikasi dengan Tuan Haji. Mengikut himbauan perkara rossel atau pegagan, boleh tak saya yang di Indonesia menyambut ajakan itu. Mungkinkah dibuat kilang rossel dan pegagan di Bandung dan diperedarkan khusus di Indonesia. Saya sudah ada farm untuk rossel seluas 4 hektar, dan boleh ditingkatkan menjadi 20 hektar dengan cara sewa.
Saya sangat menunggu jawaban Tuan Haji. Terima kasih. Wassalam.
(Haitami plus Anna - HPA Babussalam)

jawimedherb said...

salam.

Ya..bisa dilakukan tetapi terlebih dahulu dibuat proposal kepada saya dan saya akan menghantar staf ketempat bapak untuk perbincangan lanjut.Kami menunggu proposal itu.Titip salam pada pak Kiyai Mokhtar Adam.