Saturday, May 31, 2008

Bekam dan madu

Keduanya adalah pengubatan nabi.Sangat berkesan dalam penyembuhan penyakit cumanya bila dan keadaan bagaimana yang sebaiknya kita gunakan kedua kaedah ini.Bila musim panas banyakan perawatan menggunakan kaedah bekam dan bila musim sejuk pula menggunakan madu.Bila berbekam ,elok dilakukan pada tengahari mengikut tarikh 17,19 dan 21 haribulan kalender Islam,ketika itu kedudukan bulan berada paling dekat dengan bumi.

Lepas bekam kena minum air panas, madu atau kopi radix supaya tidak belaku ketidak seimbangan panas dan sejuk.Bila tidak seimbang berlakunya kembong perut dan lain-lain lagi .Lepas bekam tak boleh bersama isteri nanti terjadi fatiq(sangat letih).

Bekam juga perlu betul pada tempatnya,oleh itu saya cadangkan supaya mengikuti kelas bekam
yang betul agar terhindar daripada kesalahan.Sila rujuk kursus bekam yang diadakan oleh KPJ dari masa kesemasa.InsyaAllah.

kejang kaki semasa mengandung.

Kejang(cramp) sering dikaitkan dengan kekurangan kalsium namun bagitu dalam pengubatan TCM pula di katakan kerana masalah panas(yang) pada hati.Perubatan jawi mendapati masalah selalu kejang kaki dan kebas masa mengandung boleh dihilangkan dengan mudah melalui pengambilan kopi radix.

Satu kapsul radix (buka) dimasukan dalam segelas kopi radix boleh menghilang masalah kejang InsyaAllah.Rawatan ini merupakan pengalaman berharga yang saya dapati dari testimoni isteri saya sendiri.Amin.

Friday, May 30, 2008

Pengubatan Islam

Apa jua ubat yang bakal kita berikan pada pesakit terlebih dahulu perawat kena merasakan benar-benar dihatinya bahawa yang menyembuhkan itu adalah datang dari Allah.Lantas keyakinan itu dipindahkan kepada pesakit yang sedang menanti pesanan daripada perawat.
Perawat perlu membersihkan(detox) dihati pesakit keraguan dan ketakutan kepada makhluk-makhluk yang lain melainkan hanya takut pada Allah sahaja.Lebih mudah kita menyandar kesakitan diri ,besar kemungkinan sebagai kifarah pada dosa-dosa kita yang lalu.

Bila kita melihat ujian itu sebagai jalan untuk mendapat keampunan Allah maka hati akan menjadi tenang dan akan lahirlah pengertian kesakitan itu sebagai bunga cinta dari Allah.

Ini berbeza bila kita mengaitkan kesakitan dengan buatan orang.Ia akan terus membuka pintu permusuhan berpanjangan walaupun itu hanya telahan perawat berdasarkan rasa hati.Lebih teruk bila ada usaha menggunakan bomoh untuk membalas dendam.Itulah sebabnya saya menyatakan kaedah perawatan ini merupakan perkara ghurur atau tipu daya syaitan dengan menggunakan orang-orang yang dipercayai dalam masyarakat bagi memutuskan silaturahim.

Ikuti pengajian KPJ ,InsyaAllah anda akan menemui pengubatan yang bersih dari unsur syirik tetapi mujarab dengan Izin Allah.

Testimoni :Sakit jantung

Pengakuan daripada Hj Ismail bin Mohd Saad dalam program KPJ Alor Setar malam tadi.Beliau telah menjalani ujian stress dan tidak mampu menghabiskan di stage ke 2 ujian tersebut.Kemudian mendapat rawatan dari pakar sakit jantung ,

Beliau telah cuba menggunakan perubatan Jawi dengan menjadikan 7 produk dalam satu sinergi di bawah cadangan Kak Pah Sungai Petani (Syarifah Sulaiman) .Alhamdulillah Allah memberikan kesembuhan pada beliau sampai hari ini.Herba yang digunakanya ialah:-

1. 3 D (D det,d deu,d karm)
2. Teh tropika
3. Shark Cartilage
4. madu
5. omega 3 soft gel

Bi iznillah.

Testimoni : Sakit sendi tangan.

Terima kasih atas testimoni Pn Norhazimah bt Omar di KPJ di Alor Setar malam tadi.Allah memberi kesembuhan pada sakit yang telah lama dialaminya.Sakit sendi dipergelang tanganya menjadikan beliau terus mendapat rawatan fisioterapi di hospital namun tetap tidak ada perubahan.

Setelah diperkenalkan dengan perubatan jawi beliau telah cuba menggunakan 3 produk iaitu:

1. Radix kapsul (3 x 3)

2. Tuju Angin kapsul (3 x 3)

3. Minyak but-but .

Berlaku kesembuhan dengan Izin Allah.

Thursday, May 29, 2008

Batu dalam hempedu

KPJ di Perlis pada malam ini menampilkan satu testimoni yang menarik daripada cik Hasmawati Abdul Razak yang menghadapi masalah batu dalam hempedu.Perubatan berlaku selama 2 bulan dengan penggunaan herba seperti dibawah:-

1. D deu - 5/5/5

2. Teh Herba - 3 uncang sehari

3. Minyak zaitun - 5/5/5

Sinergi diatas juga didapati telah banyak menolong pesakit dalam menghancurkan batu dalam hempedu.Bagi mereka yang menghadapi masalah yang sama bolehlah mencuba sinergi ini sebelum membuat keputusan untuk membuat pembedahan.InsyAllah.

Wednesday, May 28, 2008

Perubatan Islam

Hari ini kita amat bersedih dengan gambaran sempit yang diberikan kepada pengubatan Islam.Pengubatan Islam hanya diartikan dengan perubatan bagi menghalau jin dan mainan orang sahaja.Kalau anda datang bertemu dengan perawat seperti itu ada dua kemungkinan sahaja penyakit anda iaitu:-

1. kena buatan orang

2. sebab-sebab yang ada hubungan dengan makluk halus juga seperti saka,gangguan jin dll.

Perawat akan terus melemparkan tuduhan kepada sesiapa sahaja yang dikiranya logik melakukan kerja-kerja sihir.Berlakulah pergaduhan dan permusuhan sepanjang hidup dengan dendam yang berpanjangan akibat dari telahan karut seorang perawat dan kadangkala juga boleh datang dari seorang yang dihormati (ustaz ).Persoalannya apakah itu yang dikatakan pengubatan Islam dan kaedah pengubatan seperti ditunjukan oleh Rasullulah SAW?

Situasi ini menjadikan pengubatan Islam tidak berkembang dan menyelesaikan masalah ummah .seperti para cendikiawan pengubatan Islam masa dahulu yang berjaya menemukan pelbagai kaedah pengubatan yang kini menjadi rujukan dunia .

Bagi mengikuti perbahasan demi perbahasan tentang pengubatan Rasullulah SAW dan pengubatan Melayu marilah kita menghaziri program Kuliah Pengubatan Jawi (KPJ) yang di adakan di 9 lokasi seperti berikut:-

1. KPJ Kangar
2. KPJ Alor Setar
3. KPJ Sungai Petani
4. KPJ Ipoh
5. KPJ Kuala Lumpur (KLIH)
6. KPJ Melaka
7. KPJ Johor
8. KPJ pahang
9. KPJ Terengganu.

Jadual Bulanan dinyatakan dalam blogspot jawiherbshop.InsyaAllah.

Tuesday, May 27, 2008

Corcinium Plus untuk Resdong/Sinusitis

Salah satu produk HPA ialah Corcinium plus yang digunakan untuk terapi resdung/sinusitis.Produk ini merupakan produk pertama dikeluarkan dalam sejarah perubatan Jawi. Saya mempelajari resepi ini dari bapak saudara saya(pak Long Mat) dengan menggunakan 4 herba iaitu:-

1. akar mengkunyit

2. pokok periuk kera

3. pokok sarang semut

4. akar rumput (dari kumpulan rusiga)

herba ini bersifat panas terutama pada mereka yang telah serius mengalami masalah resdung,oleh sebab itu kalau penggunaannya tidak betul boleh mengakibatkan terjadinya jerawat dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang baru hendak mula menggunakan ubatan ini sebaiknya dibuka kapsul dahulu dan dicampur dengan satu gelas air panas .Kemudian masukan 1/2 sudu teh madu dan minum pada waktu pagi dan malam.

Corcinium boleh di sinergikan dengan omega 3 soft gel bukan kapsul .Bagi sesetengah kes ia sangat membantu mempercepatkan kesembuhan namun bagitu perlu diteruskan sampai resdung benar-benar sembuh.InsyAllah.

Projek pertanian bersama HPA

Sekali lagi HPA mempelawa semua warganya untuk melibatkan diri bersama projek pertanian yang mempunyai hubungan dengan industri yang sedang dibangunkan.Projek yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

1. Penanaman jagung untuk dijadikan makanan ayam(buah) dan makanan kambing(batang)

2. Penternakan Cacing untuk dijadikan makanan ayam dewasa (sumber protein) menggantikan sumber yang haram (beta agonist)

3. Penternakan ikan keli bagi pengeluaran ikan keli salai.

Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi en Suhairi 0134239717(pejabat pengarah)

Saturday, May 24, 2008

Projek tanaman roselle/pegaga

Berdasarkan pemintaan roselle dan pegaga yang bagitu tinggi maka pehak HPA farm sdn bhd mempelawa mereka yang mempunyai tanah bagi mengusahakan tanaman ini secara kontrak peladangan . Syarat-syarat yang telah ditetapkan ialah seperti berikut:-

1. Memiliki tanah yang sesuai untuk tanaman roselle/pegaga

2. Menggunakan benih roselle/pegaga yang dibeli dari syarikat HPA

3, Menggunakan baja organik yang dikeluarkan oleh HPA

4. Menjual (Roselle)mengikut harga yang dipersetujui seperti dibawah

a. buah mentah dengan harga rm 2.50/kg
b. buah yang dibuang biji rm3.50/kg

Pegaga mengikut harga pasaran.

5. Memastikan tidak menggunakan racun kimia atau baja kimia.

Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi dengan en Suhairi (0134239717)

TK.

Friday, May 23, 2008

Madu dan Kencing Manis.

Madu lebah sangat sesuai untuk pesakit kencing manis disamping memberikan tenaga segera ianya juga berguna untuk mengubati penkreas yang berfungsi dalam produksi insulin.Namun bagitu madu tidak boleh diambil dengan dos yang tinggi memadai sebagai pemanis dalam minuman.

Madu yang dipilih pula mestilah mempunyai kualiti yang tinggi iaitu kandungan air dibawah 18% dan diambil dari debunga tumbuhan yang hidup di negeri-negeri padang pasir.Madu Iran,madu Syria,madu Sudan,madu Aswan(mesir) merupakan antara madu yang boleh digunakan dalam terapi kencing manis.(madu HPA dari Iran)

Ada pertanyaan dalam kuliah KPJ,kenapa berlaku peningkatan glukos pada pesakit KM apabila mengambil madu lebah.Jika hal ini berlaku kurangkan dos madu dan teruskan penggunaanya.Pengalaman yang penting yang ingin saya kongsikan sebagai kaedah terapi kencing manis yang berkesan ialah seperti berikut:-

1, Jangan sekali-kali menggunakan gula putih tetapi gantikan dengan gula merah/perang
2. Jangan menggunakan beras putih tetapi gantikan dengan beras perang.
3. jangan mengambil makanan yang mengandungi santan
4. jangan makan roti putih/perang (kecuali roti arab)

Ada 2 herba lagi yang baik untuk pesakit kencing manis iaitu lada hitam dan kulit kayu manis.
Masukkan sedikit lada hitam dalam nasi yang dimasak dan kulit kayu manis dalam apa jua minuman.

Disamping jangan meninggalkan produk HPA iaitu:-

1. Plantisol - 3 x 3
2. Teh herba - 3 kali sehari
3. soft gel VCO - 3 x 3
4. D det - 2 x 2 (maxsimum)

kesannya dapat dirasai selepas 3 bulan menggunakanya.InsyaAllah.

Thursday, May 22, 2008

Masalah Hati.

Biasanya kita merawat pesakit yang ada masalah dihati termasuk hepatitis dan sirosis dengan menggunakan teh herba dan omega 3 soft gel.Pengubatan yang sangat simple ini telah menjadi pengalaman pengubatan jawi dari sejak dahulu lagi.

cara guna:
1. Teh herba HPA diambil 10 uncang dan dimasukan kedalam jug air dan di jadikan air minuman seharian.(sama seperti terapi pesakit gangren kencing manis.)tidak ada masa meminumnya, yang penting dihabiskan dalam tempoh 24 jam.Pegaga sebagai ubat anti kanser-Rujuk kajian Dr Azizah Abd Hamid UPM.

2. Omega 3 soft gel - pengambilan 5 x 3 (sekali ambil 5 soft gel,3 kali sehari/sebelum makan)

Dari catatan saya bagi pesakit hepatitis mengambil masa 6 bulan untuk sembuh dan apabila ditest darah akan menunjukan virus hepatitis "not detected"

Ada tambahan lain yang saya suka lengkapkan sinergi ini iaitu spirulina dengan dos 3 x 3.
Bagi sirosis hati juga dirawat menggunakan herba-herba ini tetapi di tambah dengan 3D iaitu d det,d deu dan d karm. (dos 3x3/semua jenis)

Testimoni terakhir pada malam tadi dikuliah KPJ kuantan.

Semuanya dari Allah.

Terapi kencing tak lawas.

Terapi kencing tak lawas.

Perubatan jawi menggunakan produk shark cartilage sebagai terapi yang sangat berkesan.Kapsul dibuka (1 kapsul) dalam gelas dan dimasukan air panas.Kemudian d kacau/aduk(ind) dan dibiarkan hampas mendak dibawah dan minum air yang jernih/bening(ind) diatas.Ulangi 3 kali sehari .InsyaAllah sembuh dalam masa terdekat.

Shark juga sering saya guna untuk masalah prostat(pembengkakkan kelenjar)yang menyebabkan sukar untuk kencing.Sangat mujarab.Apakah yang terkandung dalam kapsul shark HPA?

Ada dua bahan sahaja yang digunakan iaitu
1. serbuk tulang ikan yu/hiu (ind)
2. pokok terung pipit

kaedah ini saya ambil daripada bapak saudara saya(Hj Mat) dan beliau pula mengambil daripada datok saya sebelah ibu (Husin).Datok saya mengunakanya untuk penyakit batuk berdarah atau TB.

Semoga diberkati ilmu ini Dunia Akhirat.