Sunday, January 31, 2010

Belajarlah mengenal diri.

Selain dari belajar mengenal herba dan kegunaanya,sewajarnya seorang herbalis juga belajar mengenal diri sendiri. Pertama tentang hak pemilikan tubuhnya,milik siapa? Sudah semestinya tubuh itu dimiliki oleh yang mencipta diri. Pemilikan disini ialah hak mutlak pencipta yang mencipta dan ia mengikut tujuan yang satu kenapa ia diciptakan. Mengulas tentang pemilikan ini kita tidak boleh pergi jauh melainkan hanya kata yang layak dan tepat,ialah tiada sesuatu yang ujud melaikan menjadi bukti tentang keujudNYA.

Tidak hanya menjadi bukti tentang keujudaNya tetapi kita juga diminta menjadi saksi tentang hukum yang ditegakkanNya. "Saksi hukum" inilah yang dinamakan "ibadah" iaitu peraturan khas yang diperintahkan untuk di laksanakan oleh manusia.

Kesimpulan awal jika kita mula untuk mengenal diri, maka fahamilah 2 perkara ini iaitu "diri anda menjadi saksi tentang keujudaNya dan saksi tentang penegakan hukum-hukumNya.".

Musim ketam berisi

Jika anda ke laut pada waktu sekarang,anda akan dapati ketam laut mulai mempunyai isi. Ia bergantung kepada penuhnya bulan atau tidak. Tahukah anda bahawa sekarang juga musim musim wanita mengandung. Apakah mengandung juga seperti ketam yang mempunyai isi ketika bulan penuh? jawapanya ya. Pusingan dan peningkatan hormon berlaku dimana ia mempengaruhi kesuburan sesaorang.

Masih ingatkan anda tentang kajian yang dilakukan kepada pokok tungkat ali? apa yang terjadi kepada tikus yang diberikan dengan herba itu. Pertama, kadar sperma meningkat dan menjadi aktif dan yang keduanya meningkatnya kekerapan tikus jantan mencari tikus betina. Ini terjadinya kerana berlakunya peningkatan paras hormon tikus selepas diberi pokok Tungkat ali.

Namun bagitu kedudukan bulan,air pasang surut dan musim juga menjadi petunjuk kepada kesuburan manusia. Cuma mereka yang mahu belajar sahaja yang mahu mengerti....

Penjagaan gigi dengan kaedah pengubatan herba sangat berkesan terutamanya bagi mendapatkan gigi yang kuat sampai ke tua. Herba-herba yang digunakan kebiasaanya dari jenis herba yang mempunyai buku atau ruas. Tebu,buluh,rumput dan pelbagai herba lain direbus dengan dicampur sedikit garam bukit yang berwarna hitam . Air rebusan dijadikan ubat kumur setiap pagi dan malam.

Garam hitam ini kebiasaanya kedapatan dibukit- bukit yang ada kolam air di tengahnya. Binatang-binatang hutan seperti kambing gurun,rusa,gajah akan mencari garam ini sebagai makanan tambahan untuk menguatkan tulang.

Dalam perubatan Jawi, garam bukit yang berwarna hitam ini dimasukkan kedalam campuran ubatan kapsul Deep Cleansing(Deep C) . Deep C juga digunakan untuk menguatkan tulang dan gigi. InsyaAllah.