Saturday, November 28, 2009

Cuka HPA

Minum cuka setiap hari akan menghilangkan lebihan lemak dalam badan. 1/3 sudu teh cuka dimasukan dalam satu gelas air dan dicampur dengan 2 sudu teh madu lebah. Minum dalam keadaan suam pada waktu malam ketika hendak tidur. Cuka HPA di buat dari cuka nipah yang asli bukan dari cuka sintatik kerana cuka sintatik tidak boleh dijadikan ubatan .

Perubatan dengan cuka merupakan salah satu kaedah pengubatan Islam yang sangat berkesan terutama untuk membakar plak dijantung. Selain daripada perbincangan KPJ saya juga kini sedang menyiapkan sebuah buku tentang kelebihan cuka berdasarkan pengalaman pengamal tempatan untuk dijadikan salah satu method pengubatan jawi yang berkesan. Amin.

Gatal Seluruh Badan

Kadangkala gatal ini sangat sukar diubati walaupun dengan ubatan yang menggunakan steroid. Pesakit akan terus menggaru sehinggakan tidak sedar kulit sudahpun luka kerana tidak tahan dengan gatal . Pelbagai krim tidak upaya dijadikan penawar kerana gatal itu betul-betul didalam isi bukannya diatas kulit.

Jika anda bertemu dengan kes bagini, InsyaAllah cubalah resepi pengubatan herba ini iaitu beri pesakit meminum air perahan cekur segelas,dua kali se hari . Kebiasaannya kesembuhan akan cepat berlaku disamping meminum air minuman HPA 2 liter sehari. Insya Allah. Lakukan berterusan sehingga gatal-gatal akan mulai hilang.

Thursday, November 26, 2009

Webmaster dalam ujian.

Hari raya kali ini webmaster HPA terpaksa berhariraya dalam banjir. Namun bagitu ia tetap tidak melepaskan laptopnya dalam meredah air yang kian mencecah paras lutut. kesemuanya ini dilakukan kerana tugas walaupun dalam apajua situasi.

Kami dari wargakerja HPA terus berdoa agar semua ahli-ahli HPA dimana sahaja berada agar lebih hati hati dalam situasi alam begini. Disamping itu jangan lupa dengan herba-herba kita agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit. Teh sepang sangat baik untuk anti diare disamping IMT atau air IMT drink. Minum madu lebah tiap tiap hari bagi mengelakan berlakunya jangkitan kuman .InsyaAllah kita ada solusinya dalam keadaan ini. Semoga Allah melindungi kita semua dan webmaster kita.

Lagi potong jari kaki.

Balik raya kampung kali ini,banyak lagi kes kawan-kawan yang kena kencing manis dan terpaksa dipotong jari kaki. Bermula dengan kebas-kebas,tiba-tiba bahagian kaki menjadi hitam,gangreen dan akhirnya dipotong. Satu perkara yang sering saya temukan bahawa hampir 100 % yang kena potong kaki ialah mereka yang mengambil nasi lemak setiap hari. Dahulu penyakit ini tidaklah ketara sangat tetapi kini apabila nasi lemak dah jadi makanan pagi,tengahari dan malam,nampaknya semakin ramai anak-anak muda yang menerima hukuman dari makanan yang mereka makan.

Ketiga-tiga kawan saya semuanya sebaya dengan saya (46 tahun) dan lebih lebih lagi bila sudah dipotong kaki mereka menjadi sangat stres. Kadangkala saya dapat merasakan tekanan jiwa mereka dari air mata yang mengalir tanpa mampu mereka tahan. Hanya sebuah ucapan yang saya boleh berikan sebagai penawar yang paling mujarab buat masa kini ialah telanlah "pil kesabaran" disamping berpesan pesanlah pada teman -teman tentang bahayanya nasi lemak dalam menu makanan harian hari ini.

Wednesday, November 18, 2009

2 M

Kita sering terlupa bahawa ginjal merupakan salah satu organ yang penting dalam penjagaan kesihatan. Lihat sahaja kepada mereka yang menggunakan mesin hemodilisis terpaksa tidur menghabiskan masa 4 jam untuk sekali proses rawatan. Jika seminggu 3 kali bererti sepanjang hidupnya terpaksa menghabiskan 12 jam berbaring dalam keadaan suka ataupun tidak. Jadi tidak salah jika HPA ingin mengemukakan beberapa jenis herba yang telah terbukti keberkesanannya pada mereka yang tergantung hidup dengan mesin selama ini.

Kapsul Malac dibuka (3 X 3) dan dimasukan kedalam gelas yang mengandungi air panas. Kacau hinggga ia benar-benar larut dan tunggu hingga berlaku mendapan hampas di bawah gelas. Ambil airnya sahaja(hampas ditinggalkan) dan campur dengan madu lebah 1 sudu teh kecil. Minum 3 kali sehari'. Jangan lupa lakukan bekam di titik ginjal (kedua belah)dan di titik tengah tulang c 7. InsyaAllah dalam masa terdekat kekerapan melakukan hemodilisis akan semakin berkurangan.

Saturday, November 14, 2009

Tulang dan tanah liat.

Tulang juga mempunyai respon terhadap perubahan suhu persekitaran di mana bagi sesetengah orang yang menghidap sakit arthritis akan mula terasa ngeri apabila hari hendak hujan. Ini juga berlaku kepada sesaorang yang menggunakan besi untuk rawatan tulang yang patah.

Anda tentu pernah mendengar kaedah terapi lumpur yang dijadikan bahan untuk melumuri tubuh terutamanya kepada pesakit lumpuh dan saraf. Bagitu juga dengan rawatan menimbus diri dengan pasir laut untuk tujuan kesihatan. Bagi perawatan jawi,tanah liat putih di bancuh dengan air dan di lumuri pada tempat-tempat yang sakit agar cepat pulih terutamanya kes peradangan.

Melumuri bahagian tubuh dengan tanah liat dapat mengimbangi semula kepanasan tulang untuk kembali berfungsi. Tanah liat hitam dan kuning juga boleh digunakan. Batu kawi (sejenis batu kapur merah) juga sering digunakan bagi tujuan yang sama cumanya ia lebih banyak digunakan untuk mengecilkan ketumbuhan.

Kulit Jambu dan pohon Bongor.

Dari kedua pohon ini boleh dijadikan ubat untuk mengurangi sakit bersalin. Kulit yang menggelupas ataupun kulit hidup dari batang dikeringkan dijadikan serbuk. Apabila telah pecah air tertuban,barulah di minum air secawan yang di larutkan serbuk kulit pokok tersebut .Secawan air panas ukurannya dengan satu sudu besar serbuk dari kulit pokok. Boleh juga setiap hari seminggu sebelum tempoh masa bersalin. Kesan yang ketara dilihat ialah proses bersalin menjadi mudah dan cepat. Namun bagitu ianya tidak menggangu rasa sakit untuk membolehkan proses “meneran” itu dilakukan.InsyaAllah.

Testimoni dari Sarawak.

Tahniah kepada en Abu Seman dan Pn Dahlia (peserta sijil ke 17) yang telah membuka pusar rawatannya di MJC,Bandar Baru MJC,Batu Kawa,Kucing Sarawak. Beliau mempunyai pegalaman yang luas di Pusat Hemodilisis dan mempunyai kelayakan bagi menguruskannya. Mudah-mudahan disuatu hari nanti HPA juga mempunyai pusat hemodilisis sendiri .InsyaAllah. Dari pengalaman beliau yang mengendalikan pesakit buah pinggang mendapati bahawa malac dan madu sangat membantu pesakit yang menjalani proses cuci darah. Malac (2x 2) diberikan bersama madu asli HPA. Kesannya yang boleh dilihat tempoh cuci darah tidaklah sekerap kebiasannya.

Menceritakan pengalaman beliau sebagai ahli terapi herba ,ketumbuhan di ovary juga sangat berkesan dengan pengambilan Shark cartilage(5x3),kopi radix (1x 2) dan roselle (1x 2). Walaupun dos kopi dan roselle itu kecil tetapi ia sangat berguna untuk mempercepatkan kesembuhan tersebut. Semoga Allah menjadikan beliau sebagai ahli herba yang mahir.InsyaAllah.

Nasi lemak dan Kencing manis.

Awas jika anda gemar memakan nasi lemak ! Nasi lemak mendatangkan mudarat yang sangat besar jika sesaorang itu mempunyai penyakit kencing manis dan wajib dihentikan serta merta. Keadaan penyakit kencing manis akan menjadi semakin teruk dimana kaki akan jadi hitam,lebam,kebas dan lama kelamaan membengkak diikuti dengan luka lambat sembuh. Akhirnya luka tersebut tidak upaya dirawat lagi maka kaki terpaksa di potong kerana gangren yang sangat merbahaya.

Sebenarnya bukan salah pada nasi tetapi sebab santan. Inilah yang dimaksudkan oleh orang tua-tua dahulu dengan pantun “sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan binasa”. Jika anda masih sayangkan kaki anda,eloklah dihentikan mengambil nasi lemak setiap hari.

Satu perkara yang ingin di kongsikan dengan anda semua ialah tentang nasi lemak yang tidak menggunakan santan. Hari ini kita boleh gantikan santan dengan minyak VCO,disamping tidak merubah rasa ,kini nasi lemak telah menjadi makanan yang menyihatkan badan. Selamat mencuba.

Grapeseed.

Masalah rambut yang luruh boleh dirawat dengan pengambilan grapeseed oil HPA (2x 2). Minyak biji anggur sangat baik bagi memperbaiki aliran darah terutama disekitar kepala. Disamping menyihatkan akar atau umbi rambut , minyak ini juga sebenarnya mengandungi bahan tertentu yang khusus untuk kesihatan rambut.

Selain dari itu tonik pandan juga membantu menjadikan rambut sihat dan hitam disamping mengelakan kekeringan terutama di kulit kepala. Rambut-rambut halus akan mulai tumbuh semula InsyaAllah.

Wednesday, November 11, 2009

Buat semua warga kerja HPA.

Dimana jua kita berada pada saat ini mudah-mudahan kita tergolong dalam kumpulan “hamba-hamba Allah yang soleh”, amin. Doa kesejahteraan khusus untuk anda (hamba yang soleh) dalam salawat Ibrahim terus menerus dipanjatkan dari jutaan bibir muslim dalam setiap detik dan waktu. Tenanglah hati dalam menghadapi apa jua dugaan hidup kerana tugas menjadi hamba itu menuntut sejuta kesabaran. Mereka yang kuat ujiannya terdiri dari rasul-rasul kemudian dituruti mengikut tahap keimanan masing-masing. Jika graf ujian ini di letakan sebagai neraca mengukur keimanan sudah tentulah kesakitan tubuh badan, tekanan fikiran dari setiap permasalahan hidup itu merupakan nikmat buat penyempurnaan sebuah keimanan.

Menjadi pekerja yang amanah.

Sebelum anda menerima sesuatu jawatan dalam HPA, fahamilah tentang peniagaan yang sedang diperjuangkannya itu. HPA adalah syarikat yang menjalankan aktiviti bisnis iaitu dunia niaga tanpa sempadan. “Tanpa sempadan” bermaksud tidak ujudnya sesuatu had niaga selagimana tidak bercanggah dengan al-Quran dan As- sunnah. Peniagaan ibarat suatu peperangan yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal agar tidak menyerah kalah dengan tekanan yang sedia ada. Kejayaan dalam bisnis ialah apabila lebih luas wilayah takluk niaga yang berjaya di tawan. Kesemuanya itu ditundukkan kepada hukum Allah yang telah lengkap sempurna.

Pergerakan anda mestilah seiring dengan misi syarikat dan tidak ada alasan yang boleh diberikan untuk menutup kelemahan yang mampu diubah. Anda merupakan seorang tentera yang siap siaga dimedan jihad bagi menentukan kejayaan pasukanya samada untung ataupun rugi. Kegagalan anda memahami hakikat ini akan menjadikan anda sentiasa lambat untuk bertindak dan menjadi gangguan kepada sebuah kemenangan.

Pekerja yang amanah sentiasa menyiapkan diri untuk diarah dan diperintah bagi missi khas bisnis. Dia tidak mencari alasan untuk tidak menyertai dalam mana-mana operasi yang di tentukan. Malah dia taat samada berada di saf awal sebagai pemimpin ataupun saf thani sebagai seorang pengikut. Menjadi imam pun ia tidak menolak dan menjadi makmum pun ia ikhlas beribadat. Pembentukan peribadi pekerja yang diharapkan sebegini sudah tentu tidak berlaku jika keluruhan bisnis itu hanya berkiblatkan kepada perjuangan benda(wang)semata-mata.

Jangan bekerja semata-mata kerana mencari wang untuk sara kehidupan didunia sedangkan saham akhirat kita rugi . Ciri-ciri pekerjaan yang baik itu ialah sesuatu usaha yang mendekatkan kita dengan akhirat bukannya yang mampu mengangkat pangkat ketahap yang paling tinggi. Bisnis dalam kacamata Islam dipandang sangat mulia dan sepanjang zaman keagungan Islam para peniagalah yang menjadi perncetus perubahan kepada sesuatu masyarakat. Generasi para sahabat yang menjadi para mubalig juga menggunakan uslub niaga.

Sejauh mana seorang pekerja itu amanah dengan pekerjaannya itu, bergantung sejauh mana ia memahami tentang ibadah dalam dunia niaga. Peniaga amat mudah melakukan penipuan terhadap pengguna tetapi lingkungan soleh yang mempengaruhi para peniaga telah mengubahkannya menjadikan peniagaan sebagai sebuah sekolah kehidupan. Kehidupan orang-orang solih yang mengharapkan untung itu berlaku didunia dan diakhirat. Pembentukan biah soleh ini telah menjadi dasar bisnis HPA sebagai support kepada system niaga yang sedia ada.

Hujan dan manafaatnya.

Hujan yang turun juga berperanan memperbaiki medan eletromagnetik bumi. Hujan akan membetulkan dan mengimbangkan kembali ion berguna(ion negative) agar meujudkan persekitaran selesa pada penduduk bumi. Air hujan juga sangat baik untuk dibuat mandian sekali-sekali terutama ketika hujan lebat dan telah berlalu 30 minit pertama. Titik-titik hujan bertindak seperti urutan pada semua titik tubuh yang akan mendatangkan kesan “deep sleeping”terutama pada malam hari. Pada awal hujan turun, kita tidak di cadangkan untuk mandi sebab kemungkinan besar ia mengandungi asid yang tinggi terutama dikawasan-kawasan perindustrian. Jika terkena tempisan air hujan ,dinasihati kita mandi bagi mengelakan demam dan sakit kepala.

Hujan juga membentuk imuniti yang tinggi pada anak-anak jika mereka dibiasakan dari kecil.Berbeza sekali dengan anak-anak yang ibu bapaknya terlalu control sehingga didapati mereka lebih kerap sakit dibandingkan dengan anak-anak kampung yang bermain upih pinang di tengah hujan. Bagi saya air hujan itu bukan sahaja dikenali sebagai soft water tetapi ia merupakan terapi alam yang berkesan. Paling minimum ia akan memberikan tidur yang berkualiti dan membangunkan system imuniti .Minum kopi panas selepas mandi hujan. Walahua’lam.

Musim Hujan,madu dan kopi diet.

Bagaimana kita boleh mengelakan dari selsema di musim hujan. Imt drink merupakan salah satu altenatif yang terbaik disamping kapsul IMT. Namun bagitu dalam pengubatan Islam,musim hujan dikaitkan dengan pengambilan herba-herba yang dapat memanaskan badan seperti madu,habatul saudak dan lain-lain lagi.
Tekanan sejuk juga kadangkala boleh menyebabkan imuniti menjadi lemah dan tubuh memerlukan makanan yang boleh memanaskannya untuk mengekalkan suhu badan. Madu aslilah yang paling sesuai diamalkan dalam musim -musim bagini. Madu dicampur dengan kopi diet dan dijadikan minuman tonik yang menguatkan imuniti. InsyaAllah.